20 February 2012

Happy Birthday to you.

lambat sungguh nak tunggu penguin ni nyanyi bagi habis. kan?

okaaayy.. Happy sweet 17th Birthday weii...
besar dah kawan aku. 17 dah pon. layak sangat ni kalau nak berumah tangga. HAHA

aku rasa macam baru ja minggu lepas kita orientasi Tingkatan 1.
sedar tak sedar sekarang ni daaahh dekat 5 tahun usia kita tak BANDAR.
walaupon selama 3 tahun kita sekelas. tapi rasa sekejap sangat! seriously!

aku ingat lagi masa Birthday aku yang ke 14. masa tu seminggu selepas raya puasa.
kita pi rumah terbuka Syahirah Roslan. lepas tu hang balik jalan kaki dengan kawan hang.
masa hang on the way nak balik rumah hang, aku call.
maklum la, 7 hari panggilan percuma untuk pengguna SOX.
mari kita rugi kan CELCOM! 

tapi kita sembang tak lama. sebab battery handphone hang dah low.
sebagai penutup, hang nyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY kat aku masa lalu bawah highway, kan?
lepas nyanyi lagu tu hang ada cakap yang aku suka lagu Bila Diri di Sayangi.
pastu kita nyanyi sama sama sampai la battery hang habis.
tapi, bila kita flashback balik 'tragedi' tu sama sama.
"Eh! bila masa pulak aku suka lagu tuh?" HAHAHA

jujur aku cakap. aku tak pernah lupa saat tu. masa taip entry ni, macam terdengar2 ja suara hang nyanyi tepi telinga aku, sorakan kengkawan hang masa hang nyanyi, bunyi gema kereta kereta yang lalu bawah highway tu. siryes siryes siryes!

aku siap rakam kot apa yang kita nyanyi. suara ala-ala serak ke'katak'kan kita.... Oh!
sampai sekarang ni rakaman tu aku simpan walhal handphone aku dah rosak.
nasib baik awal-awal lagi aku dah save dalam memory card. hewhewhew.

tapi, 

aku tak mampu nak buat semua tu kat hang tadi.
aku tak mampu nak ingat tarikh lahir hang macam yang lain2.
aku tak mampu nak beli kek untuk hang.
aku tak mampu nak bagi hadiah masa birthday hang.
aku tak mampu nak nyanyi tepi telinga hang macam mana hang buat kat aku dulu.
aku tak mampu nak bagi pelokkan tanda sayang kat hang.

apa yang aku mampu, tengok hang seronok dari jauh dan acting macam aku sangat sangat la segan.
tak lupa jugak. aku cuma mampu tulis dalam kat Birthday hang. tu pon buruk. -_-"

kalau hang baca entry kali ni. aku rasa hang paham, kan?
apa yang aku maksudkan dengan "aku tak mampu"?

entry macam ni bukanlah spoiled kan mood hang.
aku bukan la nak bagi hang serba salah sampai menangis mengenangkan perkara yang dah lepas.
sungguh tak!

cuma, apa yang nak aku sampai kan...
-walaupon kita dah boleh bertegor sapa, tapi tak mungkin kita akan rapat macam dulu.
everything is different now. dan aku paham.

but, sincerely from my heart, I'm glad to see you happy just now. 
I just don't want to ruin your happy day. 

sorry, kalau hang rasa tak selesa dengan perangai aku tadi.
tapi, apa lagi yang aku patot buat selain daripada berdiam diri?

last but not least, seriously, aku ada jugak rasa segan tadi.
mana tak nya! errrrr....
tapi, jangan la ambik hati. aku kan memang macam ni.
nanti kalau ada apa apa event. jangan la invite aku. menyuramkan suasana ja.
so, jadikan pengajaran untuk hang! hehehe

p/s : tak dapat nak bagi kek kat hang. tapi naahhhh!

nah penguin kek untuk hang. enjoy! hewhewhew


..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

18 February 2012

My Biggest Dream.


contest? 
ya, contest. tapi aku tak join pon. kenapa?
errr, sebab aku malas. aku malas nak share dreams aku demi contest.
(okay, alasan tak munasabah. haha)

contest ni bukanlah tak menarik. tapi disebabkan aku malas.
tiba-tiba ja dia jadi tak menarik di mata aku. 
but, for those yang nak join contest ni. nah link blog dia. Ain Zulkifle.
blog dia lawa Oooo.. siryes! siryes! kalau tak caya. pegi tengok sendiri.

memang sedari awal lagi aku tak mau join contest ni. tapi, seriously! tajuk contest tu sangat la menarik untuk aku jadikan entry blog aku. hewhewhew
MY BIGGEST DREAM, okay. owwwhhh! so sweet.. ahaks! XD

let's make it short.

DREAM?
tak kisah la dari Bill Gates yang kaya tu sampai ke Dr Rozmey,
semuanya ada impian depa yang tersendiri. Zarina Anjulie yang seksi nak mampos tu pon ada impian, tahu?

tapi, aku bukanlah nak cerita pasal impian mereka-mereka yang di atas tu haa.
gila ke hape?!
kalau aku memecah keringat menggeledah Google Search sehari semalam pon belom tentu lagi aku dapat tau impian sebenar depa.
impian-impian palsu yang telah direka mungkin jumlahnya infiniti. 

maka dengan itu, lebih baik aku cerita pasal dream aku kat blog ni dan post dalam pesbuk.
tak semena-mena boleh meningkatkan nama aku yang tak dikenali ni.
mana la tau. kot kot boleh dicop Si Gadis Pesbuk ke. rezeki la kan.
nak dapat gelaran Si Gadis Youtube, Najwa Latif dah pegang dulu. HAHA

okay. 

aku ni memang dah banyak impian.
kecik kecik dulu.. kununnya aku nak ada kuasa current macam PIKACHU, nak ada kuasa bulan macam SAILORMOON. nak terbang macam TINKERBELL. tapi bila besar sikit. ada la pulak impian aku nak hidup dalam istana happily ever after dengan Prince Charming. HAHA
sangatlah taksub aku dengan alam fantasi.

comelkan? nasib tak keluaq karen lagi. hewhewhew
ditambah pulak dengan kuasa imaginasi yang tiada sempadan. AHH! memang sakan la aku berangan-angan.

tapi tu bukan BIGGEST DREAM aku tau. 

banyak sangat sebenarnya dream aku ni. sampai taktau nak cerita yang mana satu.
so, aku cerita yang common je la yaaa.

aku suka menyanyi. tak kira la dalam kelas ka. masa nak menyenduk nasi ka. atas moto ka.
tengah on the way nak p toilet pon aku boleh menyanyi. ke mana saja, bersama siapa, di mana saja aku menyanyi, pastinya suara aku tetap sumbang dan kekadang dah macam halilintar pon ada bunyinya.

for sure, kalau Shila Amzah dengaq ni. mau menangis-nangis dia lari balik rumah.
tapi, dengan suara serba 'kekatak-kan' aku ni. jangan pikir aku tak boleh pasang angan angan, tahu.
Pikah boleh koottt..

aku memang minat gila dengan Greyson Chance. oleh itu, lepas ES PI EM. aku dah plan dah.
aku nak join piano lesson sampai aku pro. hewhewhew

pastu kan. bila aku dah pro. aku dah boleh cipta chords piano sendiri. dah cipta satu lagu sendiri.
dah ada cukup duit nak beli at least keyboard macam GC punya tu.
aku nak post video aku dalam YOUTUBE. BHAHAHA!

nak mengalahkan viewers Najwa Latif la kononnya. dalam Malaysia kan takda lagi pianist yang menyanyi.
guitarist dah berlambak. kalau aku main gitar. nanti jadi macam Najwa Latif-orang kata dia klon Yuna.
kan dah tak best.
so, aku mencari alternatif selamat untuk menjadi pianist yang menyanyi macam GC.

So i hold on til the night..~ *nyanyi penoh perasaan
ok, tu je la kot. larat la nak tulis semua dream aku. kang tak pasal pasal tersesat cerita pasal MY PRINCE CHARMING pulak kang. tak ke berjela panjangnya entry ni nanti. 
eh! awesome jugak kalau aku buat entry pasal Putera yang digelar Charming tu. 
mana lah tau kot2 bertemu jodoh kat blogspot ka. nice kot! hikhik!

p/s : coming up next. MY DREAM GUY. hewhewhew


..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

7 February 2012

OH! Aku Hampir Mati.

aku mintak maaf kepada readers blog aku sebab lama tak update.
#wah! memang hebat gila kalau aku 'betol2' ada readers. "huhu"

err.. terasa kekok pulak aku nak menaip harini. tapi aku nak update jugak!!!
peehh.. kalau la semangat berkobar-2 mengarang blog ni diterapkan dalam menulis karang BM.
dah lama rasanya aku jadi ahli sastera. aiceh!

ok, dimana kita tadi?

oh ya! mukadimah terlalu panjang. ayuh kita berbalik kepada tajuk di atas.
AKU HAMPIR MATI? mesti ada yang terdetik dalam hati.
"ohmy! kenapa dia HAMPIR? kenapa tak mati je terus. DEM! la macam ni"

ok, ceritanya begini. cuti Tahun Baru Cina itu hari aku dengan famliy abang aku yang nombo dua ada join gathering dengan family mertua dia kat Port Dickson selama 3hari 2malam. ya, family mertua abang aku. Hal ini bermakna aku tak kenal sapa2 pon, tahu.

tapi, alhamdulillah. berguna jugak muka tak malu aku ni bila di tempat orang. HEHE
eh! lupa nak habaq, mak dengan ayah aku tak ikot okay. cuma abang aku dengan bini dan anak2 dya yang under 5 years old serta nenek kak ipar aku ja yg ikot.
kalau nak hidup dan cuba untuk tak mensia-siakan hari cuti aku dengan bermuka sombong dan acting seperti kerang busuk. aku pon ringan-2kan mulut menegor anak-2 makcik kak ipar aku yg berumur around 8 to 16y. dan hasilnya macam drama tv jugak. aku dapat geng yang ohsem! untuk 3 haritu. YEAAA!

gambar google. PD tidaklah seindah ini.

yang bestnya. kami dok kat apartment yg bila bukak tingkap or keluar balcony je dah nampak beach views.
MESMERIZING, man!
romantik jee biarkan rambut terbuai2 ditiup angin laut dari balcony tingkat 6.

lagi tambah JAKUN aku bila bawah apartment tu ada 'Swimming Pool!'
Wooaa!  DEM! freaking ohsem, dude!
(mesti ramai yg keciankan aku sekarang ni kan. HAHA kfine)

ok, nak di jadikan cerita.
hari kedua lepas berkubang dalam swimming pool yang dalamnya 1.7m sedari pukul 9pagi hingga pukol seploh setengah.
aku and the new geng p terjun laut pulak.
dari pantai, dok geraaam ja tengok orang naik banana boat. grrrrrrr grrr jaa *gigit bibir

sekadar gambar hiasan. sumber-google image.
then, lepas sembang pasal harga. aku, kak ipar aku, cik liza (mak cik kak ipar aku) dengan fatin, dina, fahim (anak2 cik liza) ja yang naik banana boat tu.  abang aku tak mau join kami. takut air ke hape? *riak*

masa naik banana boat tu, toksah kata laa.. bila dia bawak kita ketengah sikit. waaahh! jernih je air PD tu. rasa macam nak nganga mulut luas2 then telan air tu tanpa rasa bersalah ja.
lagi satu, punya la jauh 'pakcik banana boat' tu heret kami. dari pantai depan apartment, sampai la ke rumah api sana tu haa. *menunding jari penuh semangat*

elok2 dekat sikit dengan pantai. pakcik tu buat trick.

"jatuh la kamu wahai manusia!" spoke the devil.
dia pusing boat dia punya la tajam. tercampak kami semua jatuh.
"how DEM you pakcik! I tak reti berenang, tahu! huhu"

punya la panic aku masa tu. dah la kaki tak jejak pasir.
life jacket pon macam cilake. kempis sebelah! mana mampu menampung susuk tubuh modelku ini.
#ah! hampir mati pon mahu perasan lagi. =.="

yang pakcik tu boleh acting kerek lagi. "cetek je, tak dalam mana pon.."
sekali dia terjun. "uiissyy, dalaaammm, dalaaaammm"
HUH! kalau aku diberi kuasa masa tu. nak ja aku KA ME HA ME HA! kat pakcik tu barang sedas dua.
*menjuih bibir

lastly, err sincerely from deep inside my heart. time ride pagi tu tak 'hampir mati' betol2 lagi.

actually, panjang cerita dia.. esok aku sambung. KEH Keh keh..
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥