19 September 2013

Aku Rindu Ini Belog! aaaahhh!

okay tittle awal-awal lagi dah saiko. pfffttt

by the way, lama bapak la aku tak update blog ni.
ni kalau rumah ni, dah berpuaka dah rasanya. haha mulut memang puaka betol cakap macam ni.
maaflah, ini mungkin effect dari bacaan #seramshit trololololol

okay awkward moment dah start dah. padah siak dah lama tak hupdet blog. aku taktau nak tulis apa.

roomet aku masa dia couple dulu aku tengok hari-hari dia hapdet blog dia weh. kental betol jiwa dan minda dia pikiaq each and every point dalam entry dia. ntah mana tempat ntah dia berguru. aku ni berblog hangat-hangat tahi pou ja. hahaha

malam ni hapdet pon sebab tadi ntah kenapa gatal betei p search google image full name aku. kalau batak hot, aku rasa memang tak la sebab aku tak kejar sangat hot-hot dunia macam tweetpemes Adaa Syada tu. eh noob pulak aku rasa bila terpikir pasal dia. hahaha okay keluar topik.

bila dah keluar segala muka aku yang pernah aku letak dalam blog ni kat google image, maka bertambah gatal aku jadinya. bukan gatal apa. gatal nak klik each and every picturezzz. lewls

so terkeluar la page entry aku yang 2011 punya. zaman-zaman batak aku mengejar popularity dalam dunia blogging. nasib aku malas nak blogwalking. kalau tak, ntah-ntah dah taraf Fatin Liyana dah apa. haahahha mimpi hanya tinggal mimpi. blog post kemain banyak, alih-alih takda reader sangat pon. macam mana nak pemes oi. hahaha

so then aku baca la entry tu. puhlahmak kau nyah! ayat aku tak menahan bak hang! meleleh-leleh siot hahaha. blushing aku baca balik cara penceritaan aku. dengan short story bagai as a mukadimah memang LOLOLOLOLOL 9gag sangat! hahahahahahahaha

inilah entry yang aku perkatakan. ah! malu malu. ah! peduli apa aku. ah! aku nak share jugak. ah! apasal banyak ah! ni? ah budak ni memang mintak disantau. ah sila baca entry tersebut. k
Life is FAIR Enough for Us
tengok tajuk je la. bukan main lagi omputih nya. hahaha
aku pon taktau macam mana aku boleh ada idea nak tulis entry yang berunsur motivation ni. kalau bagi entry menganjing tweetpemes, fesbukpemes, hipster, instagramerBatakLIKE dan sama species dengannya memang pro enough la hohoho

harini boleh pulak aku rasa motivated lepas baca entry tu weh. bukan apa. aku sekarang ni memang moral down tahap bangka okay. everything seems like SANGAAATT TAK ADILLLLL! AAAHHHHH! I feel so disappointed then wanna vomit so hard! *tetiba*

terus aku rasa rindu gaban nak hapdet ini blog. rasa macam nak menangis pon ada. ntah-apa-apa punya rasa. bodoh ja nak menangis sebab rindu nak hapdet blog. sakai much!

tapi aku layankan jugak la rasa ni haha
maka terjadilah entry ini. sekadar entry meluahkan rasa ja. tak penting pon. saja gedik hewhewhew

betol la orang kata. once kita bukan di alam persekolahan lagi. kita akan rindu like hell zaman tu. yup it ziriyesli true! I iz sad... hukhuk omomomo

aku rasa antara sebab aku boleh taip entry macam tu berpunca dari everyday life aku kat sekolah dulu yang osem. ye la dulu aku ponteng kelas addmath bagai. dah nak exam baru kalut buat exercise dalam buku koleksi. bila dah dapat result FAILED terus rebel yang
"HIDUP NI TAK ADIIIIIIL! PENAT AKU STUDY! HOKTUIH fakyu huh!" hahahaha
bila dah balik rumah dengan mood yang sedih sebab failed addmath, terus dapat idea nak blogging. motivate orang bagai. padahal hang........ like seriously syafiqah? U R SO PAKING HYPOCRITE! *eleleleleyyy

okay that's all. Mkaybai :3

poyo habis gambar ni macam la aku ambik pedulik hahaha


..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

20 March 2013

Result, please.

HELLo readers,

memandangkan aku ni lepasan SPM yang belum sempurna sifatnya..
atau untuk lebih senang faham, tengah tunggu result. aku rasa, agak gementar sekali! (ceh of coz lew..)

well, U know la why aku harus berasa gementar. dalam Tv3 pon dah tersiar bila tarikh result SPM. It's TOMORROW okay! jangan kata Tv3 ja dah siar. kat Facebook, Twitter pon dah jadi fenomena k. ntah ntah kat twitter tu dah naik trending apa sampaikan orang Eropah pon berasa aneh "SPM? vhat le hell iz that?" pffffttt!

aku rasa time-time macam ni jugak la, budak budak hot macam Miyyo Azman, Adel Asha pon telah dilupakan oleh sang peminat batch 95 dek kerana perasaan gementar, resah gelisah yang bertahta di hati mereka. (amboi ayat karangan sangat..) ntah-ntah jugak kan, budak-budak yang selalu lepak kat tangga Pavi, yang suka tangkap gambar dalam jamban Pavi mesti malam-malam macam ni insaf buat bacaan yassin kat rumah. LOL

by the way, me as an ordinary human being,
aku rasa UNPREPARED for what will happen tomorrow. aaaaaa *zceaming zlike zhell*
nak kata aku tak buat sedaya upaya masa exam haritu, aku rasa tak la. sebab SPM penting okay. gila hang nak huhahuha lagi time jawab tu? tapi, biasa la "The Night Before The Result Day" kan. pandai tak pandai, cerdik tak cerdik, masing masing mesti rasa gelisah tak ketahuan. tetiba ja rasa tak sihat. yang pompuan macam aku ni tetiba pulak rasa macam ada small creature kicking dalam perut, rasa pening-pening macam morning sickness. padahal bukan mengandung pon. menstrual cycle pon normal lagi. heh


by the way, aku ingat lagi perbualan aku dengan mak aku beberapa hari yang lepas

aku : mak, nanti result abang long kata dia nak pi jugak. haiya *troll face

mak : biaq la kalau dia nak pi pon. *troll tak berbalas

aku : alaaa. takkan orang nak tercongok dengan dia masa depa umum result nanti kot. orang nak berjimba dengan kawan kawan orang jugak.

mak : laaa apa masalahnya. pikah takyah la dok dengan dia. pi la dok dengan kawan kawan tu.

aku : mak pi la sekali nanti. selama ni orang tak bagi mak pi pon. jom aa

mak : tak pa la. pikah pi je la. nanti bila mak pi, kalau pikah dapat tak elok. malu mak.. 

aku : HAHAHA tu la. beria pi ambik ramai-ramai. tapi result tak seberapa pon. HAHA tak payah pi la mak HAHAHA 

at the end of the simple conversation, I tried to create some humour. ngeh
I know. for you as a reader, the answer which my mom gave to me a bit harsh. little of it hurt my feelings too.
but well, dalam jawapan yang kasaq tu aku tau, terselit 'banyak' harapan dari dia.
aku ni anak bongsu. dalam 5 orang adik beradik. aku sorang ja yang beria menghabiskan duit mak ayah aku pi tuisyen dari form 3 sampai form 5. kakak dengan abang aku semuanya study sendiri.
so, aku rasa hampa faham la kenapa mak aku patut malu kalau aku dapat result teruk. :)

okay last but not least. doakan sikit untuk aku wahai pembaca sekalian..
aku nak mak aku peluk aku macam masa aku dapat result PMR dulu. hihi

and quote for tomorrow,
Setiap yang berlaku ada Hikmahnya 
walau apa pon yang akan terjadi esok. aku akan pahat quote ni dalam hati. Still. hehe

mkaybye


..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

19 January 2013

Malu yang Sinonim.

Pagi tadi seawal pukul 7 pagi aku dah tercanggak depan rumah menungu ketibaan Limousine berwarna keemasan milik kawan rapatku. Seperti yang sudah dijangka, beberapa minit selepas itu, kawanku Rai menghubungiku dan memaklumkan sekeras-kerasnya bahawa "Aku on the way nih!"

Lebih kurang pukul 8.30 pagi, Wani rakan seperjuangan yang boleh tahan hebat juga perjuangannya pula menelefonku.

"Hello pikah, sorry wey. kami lupa nak ambik hang tadi. sekarang ni kami dah sampai Yan.."

aku yang masih dalam keadaan mamai kerana tertidur tanpa sengaja serta sedikit terpinga-pinga mulai timbul rasa pasrah..

"owh yaka. takpa la.. takpa la kalau macam tuu.."

"HAHAHAHA! dak la wey. kami dah ada depan lorong hang dah ni.. HAHAHA"

okay.

fine.

HAMPA MEMANG KUAJAAAQQQ! mencik!
so bermula la kisah aku harini..
pagi tadi aku ikut depa (Rai dengan Wani) berserta abang Rai (Abang Rusydan) pi New Distributor Seminar. seminar pasai apa? sorry, aku perlu merahsiakannya~ hikhik!

masa kat seminar tu kami diberi 3 helai kertas yang tertulis nombor-nombor dari 1-50.
kami diarahkan membulatkan dan menyambung nombor yang tertera mengikut urutan dari 1-50 dalam masa 1minit. dalam masa yang sama kami dipaksa makan bekfes (sarapan) iaitu nasik lomak~

abang-abang hensem yang smart dan berkerjaya serta berpengalaman turut ditugaskan untuk mengganggu concentration kami. so, aku memang of cos le terkial-kial nak mampuih cari nombo. dengan nafsu makan yang terlalu ghairah sampai membuak-buak. dengan tugasan menda apa ntah. dengan godaan untuk menatap muka abang-abang hensem yang memang diminta untuk ditatap lama-lama. memang ramai ah keliling kami ni (aku, rai, wani) ini memang laaa.. MEMANG. memang aku rasa sangat sukar dan mencabar kekuatan nafsu aku. phewwww

Imma in dilemma. "jangan la kacau I, bang.... huhu"
lepas dah habis makan. kami pon berpusu-pusu masuk ke dalam dewan semula..
TIBA-TIBA Incik MC (pengacara majlis) semak tugasan yang kami buat tadi dan.. :

ni apa ni garis-garis saja? tak BULAT nombo pon! *panggil nama*

ni pulak punya la contiaaanggg! (conteng) orang dah kata tadi garis elok-elok! *panggil nama*

haaa ni lagi sorang. dia punya la BULAT.... BULAAAAT ja nombo tuh! garis tak, pun! ni sapa punya ni? SYAFIQAH JAMALUDIN!!

OMG OMG OMG OMG OMG OMG OMG OMG OMGGGGGGG!!

"cheq... pasai pa cheq tak sambung nombo-nombo ni? dok keja bulat ja pasai pa??"

OMG OMG OMG OMG OMG OMG!!

"errr.. sayaaa.. saya tak sempat.. gulp!"

"laaaa.. pasai pa tak sempat pulaaakkk..."

DEM DEM DEM DEM DEM DEM DEM!!

"er.. tadi.. taaad... tad tadi depa kacauuuu.. "

"haa! sapa kacau dia tadi! sapa kacau dia tadi? tunjuk! tunjuk! sapa kacau Syafiqah nih! tadi Syafiqah makan dak?"

YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH..

"sambil buat nombo tu sambil makan.. ehehe"

"laaa cheq.. pasai pa sambil buat sambil makan cheqqq? buat la dulu bagi habis.. lepaih tu baru la makan.. haaiissyy"

DEMMMMMMMMMMMMMMM

"errr.. tadi depa suruh makan.. saya makan laa.."

okay..

aku rasa....

malu. DEM -______-

*********************************

lepas makan tengah hari.. depa cabut 5 nama untuk buat 1 sketsa.
Incik MC pon memaklumkan yang nama-nama tu diambik secara rambang masa pendaftaran. kononnya.
So I Prayed. really really wished that I AM NOT ONE OF THEM WHICH I THOUGHT WERE LE CLOWNS.

but maybe this is the right time for me to be all known. Famous Amos, maybe.. So,

"SYAFIQAH JAMALUDIN!!"

lantas terdengar la suara-suara sumbang..

"laa.. kesian nya hang pikah.. go pikah! go pikah!" Sorak Wani menyuntik semangat kononnya.

"Femes dah dia ni....." No makcik.. NO.. kefemesan dengan cara begini bagi saya... TIDAK PATUT! :(

aku bukannya tak biasa dengan sketsa.. dari Form 4 lagi aku dah terbiasa terjebak dalam kancah sketsa-sketsa ni. tapi sketsa kali ni adalah tanpa suara dan hanya diiringi muzik. water fish??!

so for sure la menari-nari sikit, kan? garu-garu dahi aku pikiaq macam mana la aku nak buat ni..

adoh! mampus la aku! kali ni true mampus punya! *bajet macam gambar yang menggambarkan situasi sebenar*
dalam 5 orang tu.. 3 lelaki, 2 pompuan termasuk aku. 4 orang kena tunggu kat luaq dewan. so seorang abang ditinggalkan di dalam dewan dan mengalami sedikit Tutorial dari Incik MC.
dari luaq aku dah boleh dengaq lagu hindustan terpasang sekuat-kuat alam.
DEMMMMM mampus aku.. dah la pakaian tak menepati majlis. dengan long-skirt-princess-cut-apa-ntah.
memang boleh jadi kes tanggung malu wooo -_____-

pastu Incik MC pon panggil "mai masuk sorang pompuan!"

ohmai ohmai ohmaiii...

"saya takmau buat duluuuuuu.. alaaaa..." aku memujuk.

"kalau takmau buat dulu. kamu buat last. nak?"

"tak tak tak tak.. taknak taknak!"


so, as u can understand. aku lah yang masuk dulu.. deemmm!

"berikan tepukan kepada the best actress kitaaaa! Syafiqahhhh!!"
*tepukkan mana gemuruh pon. At the first time ever, I felt like being humiliated by people without any langsir to cover. YA ALLAH..

"okay Syafiqah.. awak cuba tiru apa yang dia buat"

"ti.. ti.. titi.. tiru apa yang dia buat?"


"yaa.. tiru apa yang dia buat. tengok betol-betol ya.. lepas ni awak kena buat apa yang dia buat satgi. okay?"

"haahhh?! errr o.. oo.. okay. kay. kay. ehe ehe ehe"

makanya muzik pon bergentayangan di udara..

"okay, sekarang turn awak pulak Syafiqah.. awak boleh buat?"

"bob bob bobo boleh.... boleh.. insyaAllah.. err errr"


pastu aku pon buat la..
hareeemmm step aku tak ingat langsung...
aku main buat ikut suka hati aku ja.. well, lagu hindustan kan? buat macam hindustan la..

benda ni kami buat sorang.. sorang.. so, dia macam pasing-pasing tarian la..
dah sampai orang yang terakhir.. nooohhh! satu step apa pon tak sama! dia lagi la buat ikut suka hati dia. hareeemmm HAHA

lepas tu, depa tunjuk balik video yang depa rakam masa kami menari tadi..
OH GOD PLEASE...

MALU GILA WEY!

mana la Iolls nak letak muka niihh? hukhuk!

aku punya malu.. siap tutup-tutup muka dengan fail wey! Incik MC tu siap cakap lagi:

"nah Syafiqah. tengak apa yang kami buat tadi. oi SYAFIQAH! tengok laa!"

lepas tu 'hahahahahaha' aku dengaq orang gelak.

okay. aku rasa "fineeee.. aku dah perbodohkan diri aku. MALU la gile!"

tapi aku sendiri pon tergelak-gelak jugak la tengok diri sendiri.
"aku ke tu? HELL YEAH!" hahaha

by the way, malu nak mampus tu memang la ada. gila weyh! sampai 2 kali aku naik stage sebab 'aku noob', mau nya tak rasa malu lagi? tapi positif la.. bila lagi aku nak experience benda-benda macam ni lagi kan?

kalau pi event ja, asyik-asyik berpura-pura ayu. bosan jugak la hidup guwa der! hahaha

MALU itu la yang akan dikenang lama dan menjadi kenangan manis dalam hidup setiap insan. kerana apa?
of cos la KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA.. :)
P/S : aku rasa macam batak syok sendiri pulak bila setiap situasi ada tetempek gambaq aku. dah la balik rumah baru boleh snapped gambaq. gambaq via webcam pulak tu. memang bataakkk sangat ni HAHA
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

19 December 2012

Gambar gerak-gerak :)

Oh my oh my oh my oh myyyyy...

first time aku try buat semua ni ! dan menjadiiii ! oh maiii I'm so EXCITED!

rasa nak buat banyak-banyak ja. pastu tunjuk dekat orang dengan RIAK! haha

makanya, ayuh la butakan mata hang dengan menatap
gay-moving-animated-photos-so-awesome-like-I-wanna-try-to-make-it-too kat bawah ni.
hohoho #ya Allah riaknya aku rasaaaa.. (-_-!)

*gay = riang.

gerak gerak dan gerak lagi !

seriously, aku rasa macam nak buat banyak-banyak ja benda alah ni. 

well, senang gila kot! apa yang hang perlu ada hanyalah PHOTOSCAPE!
tak perlu segala Photoshop CS3, CS5 Portable dan CS-CS yang lain!
as easy as ABCDGHJKJGDFNYUT orang kata!
#hai syafiqah, perlukah buat ayat seru? (-__-!) pffftt

owh kayy, memandangkan malam satgi aku dah nak bertolak ke Melaka dan satu barang apa pon aku tak packing lagi dan mak aku pon tengah bising sekarang ni.
#menggigil-gigil aku berusaha nak habiskan satu entry ni tau. pheeww!
so, sampai disini saja la entry aku kali ni.

last but not least.. nak aku buatkan tutor? hehe boleh ja inbox aku kat fesbuk tu.. aku pon tengah bersenang lenang sekarang ni.. pengusaha anggur terhormat la katakan.. semua orang tak rela nak ambik aku keja weyy.. SOODEEYHH! o(╥﹏╥)o

by the way,

Congratulations to those who get EXCELLENT result in PMR..
buat yang rasa down gila sebab dapat result yang kurang mengghairahkan, jangan kecewa..
at least hampa boleh sambung Form 4 jugak.. so, nanti do the best in the real-biggest-godai-exam for the next 2 years.. haha

Gagal Harini Tak Bermakna Gagal Selamanya,
Cemerlang Harini Jangan Nak Membongkak Sangat yaa..


..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

6 December 2012

Take Care.. Garnier..

FREEDOM!!!!! 

well, dari bulan lepas lagi topik ni berlegar-legar dalam kepala aku..
waaahh, kemain lagi dia berlegar-legar ya
dah macam kena sihir pulak aku rasa
siap mimpi dah 'publish' untuk tatapan umum lagi.. hahaha
lifeless. -_-

with Raihanah~ wuuhuuu

sokay, sekarang aku bukan lagi.. apa orang kata? SPM CANDIDATEzzz? VUDAK CEKOWLAH? PENGAWAS PUSAT SUMBER YANG BERTAULIAH? (merujuk kepada gambar pompuan bertudung blue black di atas).. no no no no no bukan lagi

now we're all FREE! oowwyeah!

Meet le awesome Vaiologi.. *rolling eyes*

27/11 haritu last paper aku. oh mai gad! "last payper last payper!"
well gila okay. 5 tahun aku sekolah kat situ. walaupon aku pernah bercita-cita nak tukar sekolah.
tapi hakikatnya aku saaaayang sekolah ni. jujur k jujur. ihik ihik
last paper maknanya SPM IS OVER! your final tough spiral logistically game blablabla IS NO LONGER EXIST. NO MORE SCHOOL UNIFORM. NO MORE SCHOOL HOLIDAY FOR ME AS A SCHOOL-STUDENT. NO MORE EVENT ORGANIZE BY LE SCHOOL FOR ME TO sibuk sibukkan diri. no more no more

last but not least, NO MORE VANDALISM CREATED VIA Syafiqah Jamaludin.

SPM dah habis. JOM kita conteng meja!

memandangkan aku dah tak terlibat dengan hal ehwal sekolah. so. untuk mengisi masa lapang aku yang bak kata pepatah 'sudah terang lagikan bersuluh' yang sememangnya penuh dengan aktiviti yang tidak sihat.
so, aku pon terima la pelawaan Rai, 

"JOM JOIN SEMINAR KEUSAHAWANAN KAT KELAB CINTA SAYANG. 3HARI 2MALAM WEY.... FREE OF CHARGE!" 

and for sure aku akan menjerit "FREE?! AKU NAKKKK!!!!"
owwhh sungguh childish.

Rai : kalau kita join seminar tu, kita boleh luaskan network bisnes kita.
Aku : ya! ya! (seperti biasa, excited)
Rai : kita cari kawan ramai-ramai kat sana. pastu kita sembang la pasal bisnes kita. kalau depa minat, boleh la depa join.
Aku : wuhuuuu! syoknya wey.. nanti ajaq la aku cara-cara berkawan.. hihi (seperti biasa, bodoh)
Rai : ya laaa.. aku ajaq la hang. kita kan dah matang.. haha

okay.. begitulah perbualan kami yang matang.. matangkan kami?

so, aku cut it short la nohhh. 

ada la 3-4 orang yang berminat nak join kami punya bisnes..
dah jadi best friend pon kami~ ohohoho (nanti aku upload gambar)

time nak balik tadi, masing masing dengan hal masing masing..
ada yang bercinta tapi kurang kasih sayang. (konooonnn so sweet) so, berlaku la sedikit drama berbabak-babak. hahaha
ada yang luahan tersekat-sekat. so, satu episode drama pon tak terpapar.

kami pulak, 
bertukar-tukar barang yang high sentimental value antara satu sama lain..

benda yang aku dapat pulak :

kenangan uollss kenangan...
sebagai balasan,
aku bagi la kertas conteng-conteng aku kat dia..
kertas yang berkeronyok. penuh dengan lukisan lukisan yang tak sihat dan lirik-lirik lagu Taylor Swift. haha

selain tu, aku bagi la jugak pen biru sebatang kat dia.
by the way, pen tu ada la value sikit compared to kertas conteng-conteng tadi.
pen tu la yang cikgu bagi time SPM dulu, pen tu la aku buat karangan, biology, fizik, kimia.
pen tu dah banyak berjasa dengan aku.. mesti dakwat dia dah tinggal lagi setitik-dua. hahaha

reaksi aku bila nampak barang yang Rai dapat :

Aku : wey, hang dapat macam-macam dari aku. takkan aku balik takda apa kot.
N : a ah la. wey aku nak bagi apa kat hang ni...? 
Rai : hang bagi je la apa-apa kat dia.. haha
Aku : cepat-cepat! aku nak balik dah ni~ hahaha (demanding gila)
N : isy! aku takda apa nak bagi ni.. laa haaihh
Aku : takpa la kalau takda. aku melawak ja. hahahah
N : dakkk.. aku nak bagi... hesy, sat aku cari.
Aku : dah takda tu takda la... 
N : sat la aku cari.. hang pakai stokin dak? nah ni ada stokin.
Aku : hoi, stoking? hahaha benda lain la wey! kan aku kata kalau takdak, tak payah.
N : haaaa, sat sat.. *bukak beg* nah buku recycle. bukan senang ooo nak dapat buku ni.
Aku : oceeyhh! buku.. *selak-selak dulu*
N : tapi kosong ar. tak tulis apa lagi dalam tu..
Aku : laaa ni hang pi conteng sekarang. hahaha tulis la apa yang hang nak tulis dalam tu.


malas nak rotate...
by the way, aku taktau apa motif aku letak batang kayu atas buku tu.
kayu tu pon aku ambik kat Kelab Cinta Sayang.. mungkin, suatu hari nanti dia akan jadi benda yang berharga.
hahaha

Le Sweet Memory will always sweet to be remember. 

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

1 December 2012

INSOMNIA.. maybe?



I can't sleep.

frankly speaking, I CANNOT SLEEP!

aaahhh! aku rasa pathetic gila okay

masuk tidur pukul 1.00 pagi. TAPI TAK BOLEH tido!

merenyam renyam atas katil.

"DEM sh*t! eyes, why Y NO CLOSE?"

aku rasa gigih gila okay.. pukul 1.30 pagi bangun balik. bukak laptop.

terus online pesbuk.

well, the real nightmare is about to happen in real life!

right now,
"waderhel! apa aku taip ni? larat nak speaking macam tongkang pecah dalam blog!"

eh, NO! bukan tu yang aku maksudkan..

aku cumaaa.. tak boleh tidoqqqq!!

whyyy.. kenapa malam ni?

seharian aku dekat rumah wani.

bergossip sakan macam esok hari terakhir hidup.

semua berita fitnah tersembur sembur keluar sekali dengan salivary amylase.

tapi....

errrr.. sekarang, aku tak sangka..

just tak sangka.....

juga, rasa VODO, VANGANG, VAHALUL dan SEVAGAINYA..

can you just imagine.

someone..

eh, bukan someone..

you..

you just....

you got this facebook message..

just after you thought you have to go for a long beauty sleep..

like this.. (just an example)
"u, nak lamar u jadi pasangan i"

all I can think and all I can say is :

" FUCK! I need someone to kill me. RIGHT NOW! "

p/s : sorry sebab guna perkataan yang tak semenggah kat sini. 

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

24 November 2012

Majlis Restu SPM.. what???


SPM??

OMG OMG OMG! 
nom nom nom nom #kunyah air liuq(liur)

GULP! #telannn

SPM? ada apa dengan SPM?

semua orang gentar dengan SPM.. (gentar? hahahaha)

well, same goes to me.

almost 11 to 12 years aku jadi pelajar sekolah.

seriously, benda ni la yang paling aku paaalingg paling paling tak BERSEDIA.

aku ni bukannya fandai sangat.

kat sekolah, aku la yang paling noob..

hang sebut ja la addmath depan aku.

mahu saja aku meludah ke muka hang sambil berkata

"Air liur aku sensitif. bila hang sebut addmath depan aku. particle-particle yang terkandung di dalamnya akan  terperanjat."

bai de wey, aku susah susah buang masa depan blog ni bukan sebab nak heboh pasal particle air liur aku yang special. 

tapi pasal majlis restu la.

well, gambaq yang aku tempek kat atas tu bukannya gambaq majlis tahun ni.
tapi, gambaq majlis restu aku masa PMR dulu.
dah hampir 3 tahun dah..
cuba klik gambar tu bagi enlarge sikit.

comel, kan aku? ihikkks! aku tauuu

why dalam gambar ni aku senyum? superimpose ni !

okaaayyy.. ni baru gambar tahun niii..

masa ni tengah pelok pelok, sedih sedih dengan cikgu kimia aku, Puan Syafini.

kalau nak dibandingkan dengan tahun PMR dulu..

Iolls tak nangis pon time PMR dulu. Serious la!

tapi tahun ni... 

Iolls la antara orang yang faling faling tework menanis. uhuk! uhuk!

air mata ibarat Niagara Waterfall..
mencurah-curah tanpa kawalan.
sapa tak sedih wey. 5 tahun aku sekolah kat sana.
sebut ja benda kotor apa aku tak pernah buat.
semua aku dah buat okay.

tapi merokok, berkhalwat kat sekolah takda laa.. 
-__________-

ponteng kelas >> dah;
merayau satu sekolah >> dah;
kena tibai dengan cikgu disiplin sampai 2 kali >> dah;
berdiri atas kerusi time Math, Madam Goh seminggu sekali >> dah;
keras hati nak buat homework Madam Goh sampai jadi 'the most wanted people in the class' >> dah;
kena cubit perot dengan Ustazah Fazilah sebab tak siap homework dia >> dah;
kena tulis surat sebab ponteng kelas PJK >> dah;
tidoq dalam kelas time Math, Sir Chong sampai dia dah hafal nama aku >> dah;
tidoq dalam kelas time Addmath, Puan Norhayati sampai dia baling kapur tulis >> dah;
makan dalam kelas sampai Sir Chong sendiri terbau >> dah;

dan banyak lagiiiii~
malas la aku nak buat senarai panjang panjang.
baik aku buat full entry terus, lagi berharga. hahaha

so, now.. disebabkan banyak gila benda yang dah aku buat masa sekolah kat situ.
of course and of of of course la aku rasa berat nohayom nak tinggalkan sekolah.

like seriously.. 
contoh la, hang makan banyak gila protein sampai susah nak berak.
ha! like that la! ehe he

sokaayyy, SPM iolls tak habis lagi.
minggu depan, isnin dan juga selasa. subject tough wajib matik punyer!

dari itu, selamat ya khalian.. aku harus ngeOff ini blog~

entry macam tergantung, kan?
aahh biaq la! nanti dah habis SPM, iolls repost balik leeeww.

sekhian, teghima khasih..

luv,
S.

fineeeeeeeeeeeee, iolls tiru Istanbul Aku Datang.. ahak!

publish :)

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

11 October 2012

Aku Ceraikan Kau Dengan TALAK 3!


"Aku dah lama niat nak ceraikan kau! sekaranglah masa yang sesuai untuk menjandakan kau!"
terdengarlah laungan keras seorang suami yang begitu nekad untuk membatalkan perkahwinannya bersama isteri... maka, berjurai-juraianlah air mata sang isteri menanggung perit kerana beliau bakal menjadi janda tidak lama lagi...


AHHH sudah!

semua yang di atas langsung takda kena mengena dengan hidup aku okay.
drama petang petang sejak kebelakangan ni pon tak terbit lagi dialog macam ni..
saja dok mereka ayat gramatis. well, SPM is around the corner kan?
sekali hang corner, naahaaiii ketemu SPM...

sh*t sh*t sh*t sh*t. hahaha

oh yaaa... kembali kepada "Aku Ceraikan Kau bla bla bla bla..."

well.. pagi tadi aku mimpi aku kawin uoollllsssss...
aaahhh!! what a dreammmmmzzzz~~ AHA AHA AHA!

ish! macam mana aku nak start ni? satgi terOVER emotion pulak.
naaahhh! KAU HENGAT KAU DIVA mimpi kawin grand grand?

okay, aku mimpi aku kawin..

aku tak pasti aku kawin sebab apa..

aku tak pasti perkahwinan tu diadakan tahun bila..

lepas aku SPM kah?

lepas aku errr.. teman mak aku pi kenduri kah?

atau lepas aku friend dengan abang abang hensem dalam facebook?

well, actually dalam mimpi tu tetiba ja aku kawin.. ehehe

but guess what?

aku sempat rasa aku punya WEDDING RECEPTION okayyyy!!

what a inspiring dream..

slightly baby pink mixed brown caramel baby baby woaahh~

English style, romantic surrounding.. ehehe

just imagine my future wedding~ aahh! verangan la hang.. :3

my HUSBAND?

aku rasa dia businessman. dan hensem. hohohooo

I don't know why, but my instinct keep 'screaming' "BUSINESSMAN!"

what about me?

I am a _____.
okay, aku taktau aku sapa masa tu.
yang pasti..

AKU LEBIH BERFIKIRAN MATANG dan LEBIH ELEGANT.
whahahaha! seriously, tetiba aku rasa cun gila dalam mimpi tu.
yala, aku dah besaq kot masa tu. ngeh ngeh
daannn, bertudung..

so, enough with le description na.
here le story beginzzz~

aku dah kawen dengan dia and of course kami pi honeymoon~ okay syok nyaaa!

tapi yang aku tak puas hatinya, tempat tu BUKAN ROME!
wth wth wth! why not ROME? why???? :(

no wonder la terjadi malapetaka masa honeymoon tu.
dah la tempat langsung tak dikenal pasti.
tetiba pokok besaq bapak depan villa.
ehem! repeat, VILLA. HAHAHAHAHA

kan aku dah kata. aku mesti OVER... show off pulak tu.
padahal mimpi je pon... ahahaha

sincerely, tempat tu memang la cantik.
tapi pelik okay.

dah la dalam mimpi tu, tak pegi jenjalan pon.
kami keja melepak atas pokok ja.

bayangkan, laki bini yang baru kawin tapi habiskan masa honeymoon melepak atas pokok.
what a dem dem dem honeymoon eva. -__________-

tapi dalam mimpi tu, aku syok serupa tu jugak.
bersayang sayang lagi dengan husband aku. ahahaha
husband aku sweet okay. aku sayang dia gila kot.
tapi reality nya SPM pon tak lepas lagi weeeyy..

tadi aku ada sebut malapetaka kan?
yes!
ntah macam mana, muncul hurricane ke hapa ntah. gempa bumi kot.
habis semua nya wey. aku taktau apa yang dah jadi.

DAAAANNNN.. aku tetiba bangun nak terkencing. DAMN

tapi, lepas menyahtinja segala galanya.
mimpi tu bersambung balik uolllsssss.. sak sak sak -__-


yang aku takleh lupa, masa malapetaka tu, aku yang selamat kan 'suami' aku wey.
ohoiii bangga gila.
tapi dia bukan reti nak mengenang budi.


balik ja dari honeymoon, dia dah berubah.
dia jadi pendiam okay. peehh! aku rasa macam benda tu jadi betul betul wey.
risau risau risaaauuuu sangat...~ T_T

maybe, kepala dia terhantuk dekat ranting ranting pokok kot. tu pasal dia jadi macam tu
okay, bukan salah dia (anggapan seorang isteri yang solehah)

dua tiga hari lepas tu, dia tak balik rumah.
pastu mak mertua aku datang. menziarah la kononnya.

pastu paksa aku makan ubat. you know, makan ubat...
aah malas nak mention ubat apa. HAHA satgi hampa kata aku pandai sangat pulak.
ahahahha tapi aku tak makan pon ubat yang dia bagi tu. ntah apa apa ja aku tengok ubat tu.

one thing, aku rasa mak mertua aku tak suka aku.
aku taktau sebab apa. tapi masa 'kawin' haritu, semua dah restu.
beliau pon bukan main syok lagi dapat menantu yang bertauliah macam aku ni.

takkan dia pon terhantuk ranting pokok kot.
amboi menipu sangat alasan macam tu. nak berubah jugak la ek?
no way mak mertua, no way!

*******************************

masa laki tak balik balik rumah, aku dapat berita dia ada pompuan lain wey.
aku sendiri pon pernah nampak kot. fak fak fak. dasar &$R%$$^!
hang tau tak aku dah selamatkan hang? dem you

sedih gila wey... dulu bukan main sayang lagi kat aku.
siap tolong masak. sweety sweety lagi wey.
agaknya memang betul teori aku.
memang betul la dia terhantuk ranting pokok haritu. :'(

pastu aku pi meluahkan perasaan aku kat kawan kawan aku.
menangis nangis aku. sampai basah bantal. perit jugak rasa orang curang dengan kita ni kan?
haissyyy..

tapi tak sangka okay, kawan kawan aku jadikan aku tabah gila.
walaupon bila di pikirkan balik, reality nya, aku tak kenal langsung depa tu.
tetiba mimpi, jadi kawan baik. nice man!

by the way, ada sorang laki ni, masa aku kawin haritu. dia punya la frust.
tapi lepas dapat tau laki aku jadi macam tu, dia macam syok pulak.  kuang haja ye kuang haja.

sakit hati gila kot. memang ar memang :

" LELAKI SEMUA SAMA JA! "

pastu laki tu cakap
" Syafiqah jangan la sedih... aku kan ada.. "
okay, aku telah berjaya ditenangkan.... hahahah voddo okay voddo

then, aku nekad gila.
aku ajak kengkawan aku tu teman aku balik rumah.
ingat nak ambik barang barang aku.

unfortunately, masa aku masuk bilik sorang sorang nak ambik barang..
kawan aku tunggu kat bawah.. okay, rumah kami 2 tingkat...
dalam bilik tuuu..
aku nampak laki aku tengah sedap tido dengan pompuan lain.
WATTEHEL?!!

tapi yang pelik sangat nya..

aku tak menjerit.

aku tak marah.

aku tak meraung.

aku tak melulu kat katil pastu pukul-pukul laki aku dengan beg tangan pon.

tapi yang aku buat.

" Eh eh.. suami orang tengah tido dengan pompuan jalang laa.. tak malu nya "

laki aku pulak terjaga, gosok gosok mata then tunjuk aku sekeping gambaq.
fine. GAMBAQ DIA BERPELUK DENGAN POMPUAN TU ATAS KATIL.
masa tu, aku rasa laki aku mabuk.

yala, gambar tu sebagai bukti laki aku curang okay..
senang senang ja dia tunjuk kat aku. aku pon, why not, merampas dengan bergaya nya gambaq tu dan lari laju-laju turun bawah. cepat-cepat aku pass gambaq tu kat kawan aku.
" Syafiqah! kau jangan nak biadap ya! kau tunggu situ. kau tunggu! "
laung laki aku dari atas. okay, aku tunggu dia. -_____-

elok dia turun bawah dia tanya aku" mana gambar tu? mana gambar tu?! "

" I dah buang dah. :P " okay dia percaya. HAHA

" Aku memang dah lama niat nak ceraikan kau Syafiqah! aku menyesal kawin dengan kau! "
wey wey wey wey. amboihhh sedap gila kata menyesal kawin dengan aku. dasar lelaki tak mengenang budi.
kalau aku tau hang macam ni, aku biaq ja hang kena telan dengan pokok besaq masa honeymoon dulu.
saks la saks. -_____- sedih nya..

" I datang sini pon sebab nak mintak Khuluk dekat you. I dah tak tahan dengan perangai you! "
godai la godai. haissyy awat la aku tak ber'hang aku' ja dengan dia tadi.
aku masih bersopan jugak dekat dia even dia dah macam puaka dekat aku.
well, sudah terbukti yang aku memang baik walaupon dalam mimpi. aahh nyenyenyenye~

" Syafiqah, aku ceraikan kau dengan TALAK 3! "

maka, jatuhlah talak ba'in kubra keatas aku~
tak boleh rujuk hang tau tak? haaiissyy kalau dia gila talak, aku taktau laaa..
mampuih ar kalau nak buat style cina buta. -____-

tamatlah sudah pengalaman aku sebagai seorang isteri.. :'(

kini aku sudah menjadi janda.

sedihnya, tak sempat nak dapat anak yang comel comel dengan husband aku yang hensem tu.. :'3

secara umum nya, aku rasa husband aku dibomohkan..

why?

well, naluri seorang isteri la katakan.
instinct aku tetap kuat okay walaupon dalam mimpi.

terjaga ja dari tidoq, aku pi crita kat mak aku.

" Mak, orang mimpi kena cerai talak 3 mak "

" amboih! banyak tengok drama la ni "

pastu mak aku pi crita kat mak cik aku.
okay, aku rasa malu gila. -______-

sekian sahaja la nohhh.. nak SPM dah ni, makin aneh pulak mimpi mimpi aku.
ehee

dulu lepas trial, aku keja mimpi jadi pelarian ja. lari sana lari sini.
tiap tiap malam, dengan lelaki yang berbeza. dan yang pasti mereka sangat adorable.
auw auw! nasib tak berlaku perkara yang tak diingini.
mak aku mesti bangga dengan aku sebab pandai jaga diri. muehehehe

kinda.... okay I believe it. ehehe
one more one more!

Saya doakan Syafiqah berjaya dalam SPM nanti. dan dapat membanggakan mak dan ayahnya dengan keputusan yang cemerlang. Amin


..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

27 July 2012

Semua dalam SATU.



First of all, Selamat Berpuasa semuaaa!
sedar tak sedar, tidur lena tak lena, tidur mengigau sepak terajang orang ka..
kita dah pon start berpuasa. woaaahh! hidup lagi aku berpuasa tahun ni, kan? :')

okay, takmau sembang kemaih banyak banyak sangat. 
kita terus kepada point point penting kita la nohh..
memandangkan aku cuma ada malam ni ja nak mengup-to-date kan blog huduh piang ni.
so, aku nak sumbat la segala benda yang jadi sebulan dua yang lepas. 
tanpa membuang masa... AYUH KITA MULAKAN! hiyaaakk!

1. English Drama Competition. 23 June 2012 ( the State level)

over acting sangat kau nurse. -,-
as usual, aku mestilah nurse~ hohoho
alaahh. berapa kerat sangat la dialog aku kalau nak dibandingkan dengan Izzah Ombak Rindu tu.
however, errr, you know what. this is the first time ever rever ever Bandar represented KM/Y dalam English drama. kau tau tak? KAU TAU TAK? 

and of course we are so proud of our team la kaann. jangan kata first time mewakili. kami ni baru first team yang dihantar oleh sekolah. hampa tau tak?!
so, hang extra ka, hang chorus ka, hang prop master ka. hang main actor ka. hang terperangkap dalam hospital gila macam drama Reason In Madness ni ka. bangga tu tetap ada okay.

nak di pendek kan cerita, finneeeee.. WE LOST THE COMPETITION. sekian...
kami tak boleh mewakili Kedah ke National level sebab team kami dapat nombor 3.
tapi hampa tau tak national level kat mana tahun ni? hampa tau tak?
kat SABAH okay! S.A.B.A.H. tau tak! tau tak! #owh! tetiba jadi beremosi. haha!

oleh itu, takmau crita panjang panjang pasal benda ni. rasanya cukup kalau aku kata aku frustrated tahap membunuh segala lipas dalam rumah ni. SERIUSSSSSS

tapi, apa lagi yang boleh kami buat. keputusan dah pon dimuktamadkan.
so, hang nak bunuh diri ka. hang nak maki the judges tu sampai kering saliva hang ka.
hang nak meratap tepi Dewan Sungai Layar sampai kena hambat ka. tiket flight ke Sabah tu tetap bukan milik hang. dengan mata berkaca kaca. weolls redha.. :')

2. Hari Sukan Terakhir. 5 July 2012 (yeah! aku SENIOR)

go Laksa go go go!
even haritu hujan. Sukan diteruskan jugak...
larat la nak batal sebab hujan.. aku dah seterika baju penat penat. 
senang senang ja hang nak suruh batal kan. saka mau?

bajeetttt... macam aku pulak yang pegang sepanduk tu. miahahaha
okay, let the story begins with a lot of loveeeeessszzzz~ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
(bukan dah mula dari tadi ka? -,- )

spoiled pulak gambaq ni bila aku sorang ja yang tengok sini. haha -,-
pasangan bungga manggar aku yang kiri tu. Najihahahaha nama dia.
yang tengah tu la pemegang sepanduk kami. Chewanwan nama di beri.
oissyy, pandai pandai aku ja tambah abjad lebih lebih dalam nama depa kan.
owhwell ni Syafiqah laaaa~

OMG! hidung aku nampak kembang dari biasa. 

Sang Syafiqah bersama anak anak manggisnya.
hoh! sibuk aja si Kemal yang berbaju hijau highlight tu.
aku dengan anak anak manggis nak bergambar dengan tenang pon tak boleh.
-,-


tuu tuu tuuu. rumah Pahlawan main burung burung ekk.
no wonder la depa menang perbarisan... ada nampak permainan dia di situ?
aaahh! aku dengki. malas nak edit. HAHA!


amboi... Raihanah sudah pandai memuncungkan mulut beliau yee..

owh ya! kalau tak silap aku.. Burn yang tangkap gambaq ni.
punya la lama nak tunggu dia click capture. sampai tengang pipi iolss uols tauuu..
#eeii gedik pulak berbahasa macam ni.

so, the probability of Raihanah memuncungkan mulut dia sebab lenguh senyum lama lama adalah tinggi.
kaaannn~ haha


amboiii gedik pulak budak budak lelaki manggis ni.
like sister, like brother uolllssss.. genetic niiiiiii~ hoho
*fliping le hairzzzzz*


le horrifying manggissssss *sharp whispering*
muka terkejut yang dibuat buat..
MENYAHAMPAH mak tengok, uoollss~
boleh muntah segala sisa berbuka tadi.

terasa suka pulak buat mulut macam tu~ haha
ni la ketua perbarisan kami~ hewhewhew
owh ya. lemme tell ya something.
hari sukan kami hari khamis.

hari isnin minggu yang sama baru la kami kalot cari anak anak manggis.
hari Selasa baru anak anak manggis ni diberi didikan pasal kawad.
so, imagine sendiri la betapa huru hara nya perbarisan rumah sukan kami.

dua hari latihan mana cukup der.. nak sembang sembang lagi.
nak maki hamun anak anak maggis yang tak dengaq cakap lagi.
nak menggedik bajet senior tegar depan adik adik lagi..
guna banyak masa kotttt..

lagipon, latihan petang ja. tu pon start pukul 3.30.
apa hang ingat kami ni Hantu Saka ka belatih dua hari dah boleh menang?
so clice uolllsss~

so, that's why la aku tak kecewa sangat even kami bertangan kosong ja lepas Hari Sukan.
at least profile picture dah bertukar.. ngeh ngeh ngeh~


at least aku dapat ni jugaaakkk..
ada jugak benda nak membongkak depan anak anak aku nanti.


"ni la pingat yang mama dapat masa mama jadi senior dulu.. hoho"
sembang mama Syafiqah dengan kencangnya~

ekceli, aku tak terlibat pon dalam lari lari ni.
berlari atas padang ni dah lama aku tinggalkan.
(ceehh ayat bajet atlet)

tapi ntah macam mana. kakak yang sepatutnya lari, tak boleh lari.
so, depa suruh aku ganti. O MAI GAD!

pujuk punya pujuk... aku pon lari laaa..
saja buat keras kepala menolak dengan angkuh.
padahal dalam hati terkinja kinja nak lari. HAHA

gambar ni jadi profile picture aku. hewhewhew~
berbekalkan nasik ayam Tat. aku berposing dengan bersungguh sungguh. haha

aku ingat lagi. masa aku baru masok sekolah tu.
aku pon pelari jugak.
tahun ni, tahun akhir aku. aku juga menjadi seorang pelari.
"Bermula sebagai seorang pelari,
berakhir juga sebagai seorang pelari."
Doktor Falsafah Hajah Syafiqah Jamaludin.
aahh! what a sweetest memory everrrr!

owh! last but not least.
This is the Best Sports Day EVAH!
3. Kem Under Koreksional. 12 July- 14 July 2012 

terasa seperti over posing pulak dalam gambar ni. -,-

dengan anak anak staf penjara..
nampak macam sebaya kan? padahal depa ni semua junior junior aku.
tetiba rasa macam tak matured~
btw, tu bukan topi aku. tu topi Cikgu Ashrof.
saja buat harta~ pulon la kaaannn.. *shitty face*


tengah berjungle tracking~
walaupon ni baru jalan sebelom masok hutan. tapi penat ooooo..
aku nak jalan sambil terkinja kinja pon tak boleh wey.
bayangkan la betapa terseksanya batin aku tak boleh gedik masa berjalan.
haha!

tudiaaa! sadis gila menyembah bumi!
This is what we call Menara Condong Kami Mampu~
menara group kami.. aececeyyy
punya la penat gulung kertas surat khabar. menjerit jerit nak compete dengan group lain
akhirnya lepas kami lunch. tumbang juga beliau dengan cara yang menyedihkan di lantai simen.
what a sad end.. T_T
tapi, sebelum tumbang. menara kami paling tinggi kot.

HAHAHAHA! malapetaka!
sibuk ja menara Orange Flavour nak bersaing dengan kami.
siap bawak menara kertas tu atas tanah lagi, nak sambung bagi tinggi.
alih alih. menara patah jugak... HAHA
dah la nama group tu cliche sangaattttt~

amboih, sempat pulak aku menganjing depa kat sini kan. haha
posa oi posa!

tapi, sebelom buat menara tu, ada Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
kami kena lukis logo, moto kumpulan, cogan kata  dengan nama ahli kumpulan kami.

untuk kumpulan kami. tetiba dalam kepala aku terlintas "KAU MAHAMPOO?"
dengan suara Azwan Ali berkumandang.

tapi, lepas sorang, sorang bagi cadangan.
kami sebulat suara menamakan kumpulan gagah kami.
KAMI MAMPU ! ngeh ngeh ngeh

moto kami. pulak.
ada sorang anak staf penjara tu yang cadangkan.
kalau tak silap aku, nama dia Rusydan. baru form 2~
BIAQ LA DAH KAMI MAMPU!

then, cogan kata ke hapa ntah. kami letak 'Aceceyyyy'
tu pon si Rusydan yang cadangkan..

tak semena mena, tanpa sebarang clue. si pembentang logo pulak mereka telah memilih aku.. -,-
disaster wey, disaster.. HAHA


hari terakhir.. Guess what.
our group menang kootttt!!

lepas tu ada pulak hadiah untuk Peserta Terbaik Lelaki & Perempuan...
OMG!

perserta lelaki terbaik. of course leee dapat kat penghulu~
*rolling eyes*

Perserta perempuan terbaik pulak???

aku dah letak sijil siap siap dalam fail. pulun bak hang!
tu sijil yang kami dapat masa pi kem hari tu.
Peserta Terbaik perempuan dapat pen~
untuk yang menang berkumpulan tu. kami dapat fail untuk letak sijil.
amboihh.. ada nampak perancangan teliti disitu?

so, sapa peserta perempuan terbaik tu. hampa paham sendiri la nohhh.
sumpah aku tak rasuah orang wey!
di sebabkan ganjaran ni la. dari aku balik kem haritu. aku keja kena bahan dengan orang ja.
" tuuuu peserta terbaik.. depa mana mau tegoq kita daahh~"
dem you dem you! -,-

************************

okay, cukup la setakat ni. aku dah lenguh menaip.

pendek kata, tahun ni memang rancak la bagi aku sebagai pelajar senior yang bakal meninggalkan sekolah tak lama lagi..

kem tu boleh tahan best la.. tapi ada yang tak best jugak.
you know why? kem tu CLASH dengan Hari Kokurikulum kot.
hang tau tak hari KOKO tahun ni PSS buat rumah hantu?

dapat kutipan terbanyak kotttt! seribu lebih jugak laaa..
sampai hantu hantu yang kacau orang pon rasa nak bersara hang tau tak!
rugi gila aku. aku dah planned kot aku nak jadi hantu apa masa hari tu.
tapi aku TAK BOLEH! (!_!) terkilan nyaaaaa....

yang best pulak. aku boleh buat konsert free kat kem tu~
ngeh ngeh ngeh~

you know how?
semuanya sebab depa biaq ja speaker dengan microphone kat luar dewan~
aku ni pantang nampak mic. spontaneous, aku terus terpa kat mic tu.
bajet bajet Testing testing...


dengan semangat berkobar kobar, terkeluar lah suara sumbang aku
sampai cikgu penjara tu datang dan kuatkan volume speaker. HAHAHA!

okay. that's all for today. thanks for wasting your time reading this entry..
see yah next time! good bye ladies and gentle man.. Assalamualaikum!

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

22 June 2012

Troll meme.

Friend, Y U NO asking question other than that?

kalau nak pinjam barang masa sekolah rendah dulu selalu jadi macam ni.
double U Ti Hesh okay!


I've told you earlier. she'll get bored! *troll face*


Dear Nicolas,
Y U NO add me on Facebook? you rock man!


True Story. HAHAHA! #butthurt 

Poooooffffff!
Seriously, gonna try this next time. HAHAHA
It's cool enough to troll someone. woaahhh


Dear my dearest Friends, Y U NO mind your own business?

BHAHAHA!
Only 5 sentences.
Till Now. Always. Every Night. Seriously no joking. HAHA!


You cool dad!
Do not hit girls, purple colour gay son! HAHA


oiisssyy! sekarang ni pon dok buat benda ni lagi.
habit okay~

****************************************

cukup. lenguh tangan aku copy paste Troll Comics ni kat TheFunnyPlanet.
kalau dulu dok gila layan 9gag. 
tapi lepas aku kena marah dengan sorang budak laki kat sekolah masa baca 9gag.
terus aku tukar angin. haha

"woi! orang pompuan mana boleh layan benda nih!"

"lol! pasai pa pulak?"

"kat sini banyak benda lucah kot... issh!"


HAHAHA! tapi masa tu bukan aku sorang okay, ada lagi budak pompuan lain.
dah la yang menego tu baru form 3. 
"oowhh adik! terima kasih kerana menasihati kakak yang dungu ini." :')

Uhuk huk huk!

okay wey. cukup setakat ni. aku sebagai SPM candidate memang kena jarang update blog.
bila dah update blog haruslah dipenuhi contents yang merapu serta kehadiran penutup secara tiba-tiba.
So, lets make it short.

Esok sekolah aku akan represent daerah Kuala Muda/Yan dalam English Drama Competition to the State Level for first time ever! History okay! 
sebelom ni, jangan kata dok kalah saja. hantaq drama team pon tak pernah uolss.
It was a big surprise to know that our school has won the district level for the day.


Jadi datanglah beramai ramai menyaksikan English Drama Competition bertempat di dewan SMK Sungai Layar pada hari esok, Sabtu 23.6.2012 jam 9 pagi.
Terbuka kepada semua golongan, muda ataupun tua, kaya ataupun miskin. Pass masuk adalah percuma.

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥