15 January 2012

Perangai PUAKA masa Kecik-2

Di hari cuti bersempena lahir Sultan Kedah ni. tetiba aku terkenang "Kepuakaan" aku masa zaman kecik2 dulu. heheee.. >.<

" La ni sapa SENIOR?! "
1. Membuli anak jiran yg berusia 4 tahun tanpa belas kasihan lepas dapat tau mak dia yg buang kucing kesayangan aku.
(nanti aku buat full entry)

2. Tumbuk muka anak jiran aku sampai kepala dia terhantuk kedinding dalam perlawanan tinju antara aku dengan dia. FYI, anak jiran aku tu LELAKI, dan kami sebaya. he heee.. dia sendiri yg cari nahas, dia p pelok kaki aku apa pasal? haa, kan dah kena penumbuk. weekkk! *jelir lidah*

3. Bergaduh dengan sekumpulan anak jiran aku. sebab? errr, kalau tak silap aku, sebab depa kata aku LEMBAB kot. biasa la lelaki. tapi tak adil la. ada lagi pompuan masa tu, kenapa aku jugak yang LEMBAB. kan dah kena bedal dengan batang penyapu. =p

4. Aku lepaskan 2-3 ekor ikan yang dah cun-2 terperangkap dalam perangkap ikan kat kolam kawasan rumah aku walhal perangkap tu bukan aku punya. gila mengamuk budak-2 India a.k.a tuan punya perangkap ikan tu. aku, tunggu lagi? cabut balik rumah laa. nasib dia tak ngadu kat bapak aku. HAHA

5. Aku mengajar anak-2 jiran aku yang baru 7-6 tahun panjat pokok jambu. HAHA
orang pertama yang naik pokok tu of course la aku. panjat tinggi-2 sikit, pastu berMEGAH depan anak-2 jiran macam dah berjaya tawan gunung kinabalu.  bila teringat balik siryes rasa BODO gila. -_-"

6. Lepas kelas mengaji dalam pukol 10 malam. aku ngusik anak jiran aku yg baru balik ngaji. rumah dia kat tingkat 2, atas rumah aku ja. kami satu block. so, dia kena la naik tangga yg gelap sensorang. Dengan perangai setan yang dah menguasai diri.
aku buat la bunyi hilaian nyaring. tapi takde la mengilai panjang-2, sekejap ja aku mengilai. tau-2 esok tu, terus budak tu demam. HEHE

7. Aku twisted lagu dari nasyid aku jadikan lagu mengejek anak jiran yg buang kucing aku tu.
menangis-2 budak tuu. biaq dia nangis terok-2 sampai nak lari balik rumah. barulah aku pujuk. selalunya susah nak makan pujuk budak tu. DEGIL. kena bagi gula-2 baru reti brenti melalak. HUH!

8. Aku dengan kengkawan tangkap ikan GUPPY dalam longkang. kalau ada berudu tersesat sekali. kami bunuh berudu tu dengan cara yg zalim lagi sadis.
(picit ekor berudu, pastu campak kebawah dari tebing tinggi) siryes bunyi perot pecah dengaq macam main mercun bawang. -_-"

ok, sekarang telah terbukti, perangai puaka aku ni sememangnya dari kecik kecik lagi.
FYI kejadian 1 hingga 7 tu jadi masa kat rumah lama aku kat berek polis.
yes! aku anak polis. SO, WHAT?!

TO BE CONTINUED...
p/s : nanti aku sambung. ada banyak lagi the unexpected  things yang aku dah buat. :)

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

12 January 2012

Khas Untuk Gegirls. ☻


harini dah 13/1 tahun 2012. ok aku ulang, 2012 !
last aku update malam new year lepas. fuhhh!

malam semalam, khamis malam jumaat. macam biasa, aku dengan kakak aku memang suka baca citer hantu sampai meremang segala bulu roma. kalau hampa pon nak baca,  Kat sini la tempatnya.
kalau nak baca dari mula, tekan je page nombo 1 kat atas nuhh..

so, let's make it short as short as possible. wuuhooo!

tengah2 syok baca thread yg berjumlah 70+ pages tu.
ada la satu cerita yang PEHHH! jangan kata meremang, aku sampai rasa nak terkencing tapi takot nak p toilet sorang2. tuudia! begitu hebat penangan forum tersebut. HAHA

kat page ni. orang yang namanya HEST.
dia ada bagi petua pasal Tuala Wanita..
haaaa.. awal2 lagi aku dah mention.
 topic kali ni KHAS UNTUK GEGIRLS.
kalau ada lelaki2 yg tersesat kat sini.
HAMPA BACA LA SAMPAI HABIS. ok?

petua dia:
pasal tuala wanita tu... adalah lebih baik, sebelum di bungkus dan di buang, terlebih dahulu taburkan garam pada tuala wanita yang telah di bersihkan tu sambil berselawat.. ini untuk mengelakkan, 'benda' tu 'memakan' tuala wanita yang telah di gunakan
aku ulangi. 'BENDA' tu 'MEMAKAN' tuala wanita yang telah di gunakan.
DIA MAKAN wei, bukan RE-USE. tapi, M.A.K.A.N.

even though kita rasa kita dah basuh bersih-2.
jangan fikir yang DEPA tak ambik makan. depa tetap akan KOREK nakkan benda tu.

ok, ni aku copy sikit cerita orang yang bernama HEST tu.
aku pon ada pengalaman macam dia jugak. kalau nak tau, baca sampai habis.

sebenarnya sebelum ni, hest pun setakat basuh, balut, masuk dalam tong sampah yang ada dalam bilik..kedudukan tong sampah tu belakang pintu.. kalau hest tutup pintu.. tong sampah tu kira di ujung penjuru pintu.. sebelum ni, hest selalu dengar pintu bilik hest kalau di tutup, nanti mesti ada bunyi macam pintu tu bergegar perlahan.. hest pikir, mungkin angin yang tolak buatkan pintu tu macam bergegar kecil (kadang-kadang tahu angin tak de pun malam tu), walau nak ikutkan bunyik dia macam orang langgar pintu beramai-ramai berebut sesuatu paham tak?? ( macam kalau bola belakang pintu, anak-anak kecil berebut nak dapatkan bola tu, kan pintu tu akan berbunyik bergegar banyak kali kan? ha macam tu lah, tapi ni halus jer tak kuat) tapi yang hest perasan sekarang dah tak de..

dalam kepala dah terimaginasi adakah dulu bunyik tu terhasil dari benda tu yang berlari untuk berebut nak dapatkan tuala wanita untuk dimakan sebelum-sebelum niwallahualam... tapi dari cerita-cerita yang ada dalam MPS ni.. kalau perasan 'benda' tu memang suka makan tuala wanita kan? yang berdarah lagi la dia suka


haaa... dia ada cakap pintu bergegar kecik kan?

ok, ni citer aku.
setiap kali aku dilanda cik bulan. aku selalu amalkan menukar benda alah tu sebelom aku tido.
kalau dah sebelom 'aku' tido tu. of cos la masa tu almost MIDNIGHT !
lepas dah basuh bersih-2. bungkus-2 semua siap. aku pon p la buang dalam tong sampah yang lokasinya 'luar pintu belakang rumah aku.'
 lepas baca citer kat atas tu, baru aku terperasan.
lepas aku buang ja benda tu, kunci pintu. belom sempat aku masok dalam bilik, aku dah dengaq bunyi gegar2 kecik sebalik pintu. masa tu, memang aku tak pikir apa la. menonong ja terus masuk tido. bukan sekali ja aku dengar macam tu. tapi 'SETIAP' kali lepas aku buang 'benda' tu. siryes tak tipu. bunyik krekkk kreekkk kekadang slow, kekadang terkuat. macam tak sabo sabo nak dapat makanan. =.="
okay.. tu citer aku.
kalau hampa tak caya, hampa try la buat macam aku. then, dengar sendiri.
bagi yang percaya tu, amalkan la bubuh garam kat benda tu sambil selawat sebelom bungkus dan buang. lepas ni suruh mak ayah hampa set garam banyak2.
tak rugi ponnn. bukan aku suruh hampa letak gula.

owh ya! aku pon ada terpikir. maybe adakah ini salah satu punca kita PERIOD CRAMP?
Haa Haa Haaa...


p/s : kalau rasa tulisan blog aku ni halus sangat. klik CTRL+ serentak!
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥