19 September 2013

Aku Rindu Ini Belog! aaaahhh!

okay tittle awal-awal lagi dah saiko. pfffttt

by the way, lama bapak la aku tak update blog ni.
ni kalau rumah ni, dah berpuaka dah rasanya. haha mulut memang puaka betol cakap macam ni.
maaflah, ini mungkin effect dari bacaan #seramshit trololololol

okay awkward moment dah start dah. padah siak dah lama tak hupdet blog. aku taktau nak tulis apa.

roomet aku masa dia couple dulu aku tengok hari-hari dia hapdet blog dia weh. kental betol jiwa dan minda dia pikiaq each and every point dalam entry dia. ntah mana tempat ntah dia berguru. aku ni berblog hangat-hangat tahi pou ja. hahaha

malam ni hapdet pon sebab tadi ntah kenapa gatal betei p search google image full name aku. kalau batak hot, aku rasa memang tak la sebab aku tak kejar sangat hot-hot dunia macam tweetpemes Adaa Syada tu. eh noob pulak aku rasa bila terpikir pasal dia. hahaha okay keluar topik.

bila dah keluar segala muka aku yang pernah aku letak dalam blog ni kat google image, maka bertambah gatal aku jadinya. bukan gatal apa. gatal nak klik each and every picturezzz. lewls

so terkeluar la page entry aku yang 2011 punya. zaman-zaman batak aku mengejar popularity dalam dunia blogging. nasib aku malas nak blogwalking. kalau tak, ntah-ntah dah taraf Fatin Liyana dah apa. haahahha mimpi hanya tinggal mimpi. blog post kemain banyak, alih-alih takda reader sangat pon. macam mana nak pemes oi. hahaha

so then aku baca la entry tu. puhlahmak kau nyah! ayat aku tak menahan bak hang! meleleh-leleh siot hahaha. blushing aku baca balik cara penceritaan aku. dengan short story bagai as a mukadimah memang LOLOLOLOLOL 9gag sangat! hahahahahahahaha

inilah entry yang aku perkatakan. ah! malu malu. ah! peduli apa aku. ah! aku nak share jugak. ah! apasal banyak ah! ni? ah budak ni memang mintak disantau. ah sila baca entry tersebut. k
Life is FAIR Enough for Us
tengok tajuk je la. bukan main lagi omputih nya. hahaha
aku pon taktau macam mana aku boleh ada idea nak tulis entry yang berunsur motivation ni. kalau bagi entry menganjing tweetpemes, fesbukpemes, hipster, instagramerBatakLIKE dan sama species dengannya memang pro enough la hohoho

harini boleh pulak aku rasa motivated lepas baca entry tu weh. bukan apa. aku sekarang ni memang moral down tahap bangka okay. everything seems like SANGAAATT TAK ADILLLLL! AAAHHHHH! I feel so disappointed then wanna vomit so hard! *tetiba*

terus aku rasa rindu gaban nak hapdet ini blog. rasa macam nak menangis pon ada. ntah-apa-apa punya rasa. bodoh ja nak menangis sebab rindu nak hapdet blog. sakai much!

tapi aku layankan jugak la rasa ni haha
maka terjadilah entry ini. sekadar entry meluahkan rasa ja. tak penting pon. saja gedik hewhewhew

betol la orang kata. once kita bukan di alam persekolahan lagi. kita akan rindu like hell zaman tu. yup it ziriyesli true! I iz sad... hukhuk omomomo

aku rasa antara sebab aku boleh taip entry macam tu berpunca dari everyday life aku kat sekolah dulu yang osem. ye la dulu aku ponteng kelas addmath bagai. dah nak exam baru kalut buat exercise dalam buku koleksi. bila dah dapat result FAILED terus rebel yang
"HIDUP NI TAK ADIIIIIIL! PENAT AKU STUDY! HOKTUIH fakyu huh!" hahahaha
bila dah balik rumah dengan mood yang sedih sebab failed addmath, terus dapat idea nak blogging. motivate orang bagai. padahal hang........ like seriously syafiqah? U R SO PAKING HYPOCRITE! *eleleleleyyy

okay that's all. Mkaybai :3

poyo habis gambar ni macam la aku ambik pedulik hahaha


..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

20 March 2013

Result, please.

HELLo readers,

memandangkan aku ni lepasan SPM yang belum sempurna sifatnya..
atau untuk lebih senang faham, tengah tunggu result. aku rasa, agak gementar sekali! (ceh of coz lew..)

well, U know la why aku harus berasa gementar. dalam Tv3 pon dah tersiar bila tarikh result SPM. It's TOMORROW okay! jangan kata Tv3 ja dah siar. kat Facebook, Twitter pon dah jadi fenomena k. ntah ntah kat twitter tu dah naik trending apa sampaikan orang Eropah pon berasa aneh "SPM? vhat le hell iz that?" pffffttt!

aku rasa time-time macam ni jugak la, budak budak hot macam Miyyo Azman, Adel Asha pon telah dilupakan oleh sang peminat batch 95 dek kerana perasaan gementar, resah gelisah yang bertahta di hati mereka. (amboi ayat karangan sangat..) ntah-ntah jugak kan, budak-budak yang selalu lepak kat tangga Pavi, yang suka tangkap gambar dalam jamban Pavi mesti malam-malam macam ni insaf buat bacaan yassin kat rumah. LOL

by the way, me as an ordinary human being,
aku rasa UNPREPARED for what will happen tomorrow. aaaaaa *zceaming zlike zhell*
nak kata aku tak buat sedaya upaya masa exam haritu, aku rasa tak la. sebab SPM penting okay. gila hang nak huhahuha lagi time jawab tu? tapi, biasa la "The Night Before The Result Day" kan. pandai tak pandai, cerdik tak cerdik, masing masing mesti rasa gelisah tak ketahuan. tetiba ja rasa tak sihat. yang pompuan macam aku ni tetiba pulak rasa macam ada small creature kicking dalam perut, rasa pening-pening macam morning sickness. padahal bukan mengandung pon. menstrual cycle pon normal lagi. heh


by the way, aku ingat lagi perbualan aku dengan mak aku beberapa hari yang lepas

aku : mak, nanti result abang long kata dia nak pi jugak. haiya *troll face

mak : biaq la kalau dia nak pi pon. *troll tak berbalas

aku : alaaa. takkan orang nak tercongok dengan dia masa depa umum result nanti kot. orang nak berjimba dengan kawan kawan orang jugak.

mak : laaa apa masalahnya. pikah takyah la dok dengan dia. pi la dok dengan kawan kawan tu.

aku : mak pi la sekali nanti. selama ni orang tak bagi mak pi pon. jom aa

mak : tak pa la. pikah pi je la. nanti bila mak pi, kalau pikah dapat tak elok. malu mak.. 

aku : HAHAHA tu la. beria pi ambik ramai-ramai. tapi result tak seberapa pon. HAHA tak payah pi la mak HAHAHA 

at the end of the simple conversation, I tried to create some humour. ngeh
I know. for you as a reader, the answer which my mom gave to me a bit harsh. little of it hurt my feelings too.
but well, dalam jawapan yang kasaq tu aku tau, terselit 'banyak' harapan dari dia.
aku ni anak bongsu. dalam 5 orang adik beradik. aku sorang ja yang beria menghabiskan duit mak ayah aku pi tuisyen dari form 3 sampai form 5. kakak dengan abang aku semuanya study sendiri.
so, aku rasa hampa faham la kenapa mak aku patut malu kalau aku dapat result teruk. :)

okay last but not least. doakan sikit untuk aku wahai pembaca sekalian..
aku nak mak aku peluk aku macam masa aku dapat result PMR dulu. hihi

and quote for tomorrow,
Setiap yang berlaku ada Hikmahnya 
walau apa pon yang akan terjadi esok. aku akan pahat quote ni dalam hati. Still. hehe

mkaybye


..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

19 January 2013

Malu yang Sinonim.

Pagi tadi seawal pukul 7 pagi aku dah tercanggak depan rumah menungu ketibaan Limousine berwarna keemasan milik kawan rapatku. Seperti yang sudah dijangka, beberapa minit selepas itu, kawanku Rai menghubungiku dan memaklumkan sekeras-kerasnya bahawa "Aku on the way nih!"

Lebih kurang pukul 8.30 pagi, Wani rakan seperjuangan yang boleh tahan hebat juga perjuangannya pula menelefonku.

"Hello pikah, sorry wey. kami lupa nak ambik hang tadi. sekarang ni kami dah sampai Yan.."

aku yang masih dalam keadaan mamai kerana tertidur tanpa sengaja serta sedikit terpinga-pinga mulai timbul rasa pasrah..

"owh yaka. takpa la.. takpa la kalau macam tuu.."

"HAHAHAHA! dak la wey. kami dah ada depan lorong hang dah ni.. HAHAHA"

okay.

fine.

HAMPA MEMANG KUAJAAAQQQ! mencik!
so bermula la kisah aku harini..
pagi tadi aku ikut depa (Rai dengan Wani) berserta abang Rai (Abang Rusydan) pi New Distributor Seminar. seminar pasai apa? sorry, aku perlu merahsiakannya~ hikhik!

masa kat seminar tu kami diberi 3 helai kertas yang tertulis nombor-nombor dari 1-50.
kami diarahkan membulatkan dan menyambung nombor yang tertera mengikut urutan dari 1-50 dalam masa 1minit. dalam masa yang sama kami dipaksa makan bekfes (sarapan) iaitu nasik lomak~

abang-abang hensem yang smart dan berkerjaya serta berpengalaman turut ditugaskan untuk mengganggu concentration kami. so, aku memang of cos le terkial-kial nak mampuih cari nombo. dengan nafsu makan yang terlalu ghairah sampai membuak-buak. dengan tugasan menda apa ntah. dengan godaan untuk menatap muka abang-abang hensem yang memang diminta untuk ditatap lama-lama. memang ramai ah keliling kami ni (aku, rai, wani) ini memang laaa.. MEMANG. memang aku rasa sangat sukar dan mencabar kekuatan nafsu aku. phewwww

Imma in dilemma. "jangan la kacau I, bang.... huhu"
lepas dah habis makan. kami pon berpusu-pusu masuk ke dalam dewan semula..
TIBA-TIBA Incik MC (pengacara majlis) semak tugasan yang kami buat tadi dan.. :

ni apa ni garis-garis saja? tak BULAT nombo pon! *panggil nama*

ni pulak punya la contiaaanggg! (conteng) orang dah kata tadi garis elok-elok! *panggil nama*

haaa ni lagi sorang. dia punya la BULAT.... BULAAAAT ja nombo tuh! garis tak, pun! ni sapa punya ni? SYAFIQAH JAMALUDIN!!

OMG OMG OMG OMG OMG OMG OMG OMG OMGGGGGGG!!

"cheq... pasai pa cheq tak sambung nombo-nombo ni? dok keja bulat ja pasai pa??"

OMG OMG OMG OMG OMG OMG!!

"errr.. sayaaa.. saya tak sempat.. gulp!"

"laaaa.. pasai pa tak sempat pulaaakkk..."

DEM DEM DEM DEM DEM DEM DEM!!

"er.. tadi.. taaad... tad tadi depa kacauuuu.. "

"haa! sapa kacau dia tadi! sapa kacau dia tadi? tunjuk! tunjuk! sapa kacau Syafiqah nih! tadi Syafiqah makan dak?"

YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH..

"sambil buat nombo tu sambil makan.. ehehe"

"laaa cheq.. pasai pa sambil buat sambil makan cheqqq? buat la dulu bagi habis.. lepaih tu baru la makan.. haaiissyy"

DEMMMMMMMMMMMMMMM

"errr.. tadi depa suruh makan.. saya makan laa.."

okay..

aku rasa....

malu. DEM -______-

*********************************

lepas makan tengah hari.. depa cabut 5 nama untuk buat 1 sketsa.
Incik MC pon memaklumkan yang nama-nama tu diambik secara rambang masa pendaftaran. kononnya.
So I Prayed. really really wished that I AM NOT ONE OF THEM WHICH I THOUGHT WERE LE CLOWNS.

but maybe this is the right time for me to be all known. Famous Amos, maybe.. So,

"SYAFIQAH JAMALUDIN!!"

lantas terdengar la suara-suara sumbang..

"laa.. kesian nya hang pikah.. go pikah! go pikah!" Sorak Wani menyuntik semangat kononnya.

"Femes dah dia ni....." No makcik.. NO.. kefemesan dengan cara begini bagi saya... TIDAK PATUT! :(

aku bukannya tak biasa dengan sketsa.. dari Form 4 lagi aku dah terbiasa terjebak dalam kancah sketsa-sketsa ni. tapi sketsa kali ni adalah tanpa suara dan hanya diiringi muzik. water fish??!

so for sure la menari-nari sikit, kan? garu-garu dahi aku pikiaq macam mana la aku nak buat ni..

adoh! mampus la aku! kali ni true mampus punya! *bajet macam gambar yang menggambarkan situasi sebenar*
dalam 5 orang tu.. 3 lelaki, 2 pompuan termasuk aku. 4 orang kena tunggu kat luaq dewan. so seorang abang ditinggalkan di dalam dewan dan mengalami sedikit Tutorial dari Incik MC.
dari luaq aku dah boleh dengaq lagu hindustan terpasang sekuat-kuat alam.
DEMMMMM mampus aku.. dah la pakaian tak menepati majlis. dengan long-skirt-princess-cut-apa-ntah.
memang boleh jadi kes tanggung malu wooo -_____-

pastu Incik MC pon panggil "mai masuk sorang pompuan!"

ohmai ohmai ohmaiii...

"saya takmau buat duluuuuuu.. alaaaa..." aku memujuk.

"kalau takmau buat dulu. kamu buat last. nak?"

"tak tak tak tak.. taknak taknak!"


so, as u can understand. aku lah yang masuk dulu.. deemmm!

"berikan tepukan kepada the best actress kitaaaa! Syafiqahhhh!!"
*tepukkan mana gemuruh pon. At the first time ever, I felt like being humiliated by people without any langsir to cover. YA ALLAH..

"okay Syafiqah.. awak cuba tiru apa yang dia buat"

"ti.. ti.. titi.. tiru apa yang dia buat?"


"yaa.. tiru apa yang dia buat. tengok betol-betol ya.. lepas ni awak kena buat apa yang dia buat satgi. okay?"

"haahhh?! errr o.. oo.. okay. kay. kay. ehe ehe ehe"

makanya muzik pon bergentayangan di udara..

"okay, sekarang turn awak pulak Syafiqah.. awak boleh buat?"

"bob bob bobo boleh.... boleh.. insyaAllah.. err errr"


pastu aku pon buat la..
hareeemmm step aku tak ingat langsung...
aku main buat ikut suka hati aku ja.. well, lagu hindustan kan? buat macam hindustan la..

benda ni kami buat sorang.. sorang.. so, dia macam pasing-pasing tarian la..
dah sampai orang yang terakhir.. nooohhh! satu step apa pon tak sama! dia lagi la buat ikut suka hati dia. hareeemmm HAHA

lepas tu, depa tunjuk balik video yang depa rakam masa kami menari tadi..
OH GOD PLEASE...

MALU GILA WEY!

mana la Iolls nak letak muka niihh? hukhuk!

aku punya malu.. siap tutup-tutup muka dengan fail wey! Incik MC tu siap cakap lagi:

"nah Syafiqah. tengak apa yang kami buat tadi. oi SYAFIQAH! tengok laa!"

lepas tu 'hahahahahaha' aku dengaq orang gelak.

okay. aku rasa "fineeee.. aku dah perbodohkan diri aku. MALU la gile!"

tapi aku sendiri pon tergelak-gelak jugak la tengok diri sendiri.
"aku ke tu? HELL YEAH!" hahaha

by the way, malu nak mampus tu memang la ada. gila weyh! sampai 2 kali aku naik stage sebab 'aku noob', mau nya tak rasa malu lagi? tapi positif la.. bila lagi aku nak experience benda-benda macam ni lagi kan?

kalau pi event ja, asyik-asyik berpura-pura ayu. bosan jugak la hidup guwa der! hahaha

MALU itu la yang akan dikenang lama dan menjadi kenangan manis dalam hidup setiap insan. kerana apa?
of cos la KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA.. :)
P/S : aku rasa macam batak syok sendiri pulak bila setiap situasi ada tetempek gambaq aku. dah la balik rumah baru boleh snapped gambaq. gambaq via webcam pulak tu. memang bataakkk sangat ni HAHA
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥