30 March 2012

Hacker Failed SPM.

okay, malas nak cerita panjang panjang.
facebook kawan aku kena hack harini.
daaannnn.. guess what?
BHAHAHA! aku chatting dengan si hacker tu tadi wooo..

okay, lend me your eyes for a short while
let the pictures tells the tale.. (ceewwaahh!)



kurang hajerr kan hacker sorang nih? 
dia FAKRI kan sekolah aku? puaka ke hapa dia ni?


grrrrr... grrrrrrr....




naahh! taste me, you hacker!
you don't know who I am.
so, please do not start any trouble with me even Lenka told you that "Trouble Is A Friend" !
(waahh! aku terasa sungguh hebat berbicara begini di khalayak umum) HAHA



kena kat hang balik hacker! muahahaha!
taste me hacker! taste my words! kehkehkeh
aku sengaja mengaitkan SPM dalam perbualan kami.
berharap dia boleh kembali ke pangkal jalan kerana keinsafan yang hadir secara tiba-tiba.
aahh! syafiqah. sadis benar kau rupanya. #wiping sweat


hambek kau hacker! hambek kau!
taste me! taste me!

#okay, dah kot. terasa semacam ja guna ayat "taste me'' berulang kali. HAHA


THE END

"Eh pompuan ni! boleh pulak dia layan hacker tu baiikk punya kan? kang tak pasal-pasal kena hack jugak pompuan ni nanti. ngak usah sokk berani sama gueee..."

ada tuuu.. ada.. ada yang terdetik dalam hati dia cakap cenggini kat akuu..
aip! aip! jangan berdalih lagi. aku tahu segalanya.. HAHA

okay, let me tell you something. hewhewhew~
at first. aku tak tau pon tu hacker.
aku ingat kawan aku tu saja-saja hegeh acting macam kena hack.
post merapu-rapu kat profile dia.
jadah ke hapa petang-petang nih?

so, aku pon... dah ingat orang tu tengah menyebar propaganda.
apa lagi. layaaann je la. komen-komen sikit kat status dia.
konon-2 "I believe you a hacker!!! muaah! muaahh!"
mengata sikit-sikit kat dia.
sampai la dia bengang macam orang datang bulan.
lantas menegur aku dengan sopan di Chatting Room, Facebook, Mark Zukerberg punya.

oleh itu, tercetus la perbualan mesra antara aku dan hacker tercinta terbenci.
pada mulanya beliau melayan karenah aku dengan sabar sehinggalah beliau mengundur diri dengan bebai lantas men'deactivate' akaun kawan aku tuu.. owhh! sad ending nya.. :'(

lepas tuu.. barulah kawan aku yang lain inform kat aku yang si akaun Fazrul tu memang di hack orang.
O MAI GAD ! dem! dem! dem!
aku telah melayan hacker dengan penuh perasaan. TIDAAAKKK!
#over acting.

gilaa sakai, bodoh! takot derr.. mana la tau nanti aku pulak mangsa seterusnya.
DEM YOU HACKER! you pissed me out man!
aku sayang Facebook aku, tahu?

moral of the story : jangan celopar dengan hacker yang tidak dikenali. (T_T)

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

28 March 2012

In Love. Ahhh~

wawawawawa !!
#okay, takda mukadimah yang sesuai... (-_____-!!)

uwaaahh! malam ni aku rasa meroyan tak pasal-pasal.
huaaaahhhh!! #saja nak huaa terok terok. HAHA

jujur. mesti hati kecil hampa meronta-ronta nak tau kan?
"tell me! tell me bebeh! tell me whuaaaiiiiyy??? whuuaaaiiiyyy?????" (o.O')

HAHA. hoh! bajet macam ada yang ambik kesah pasai hang.
punya pasai ar! vooddooo
(Syafiqah berasa segan lantas melontarkan perkataan 'voodddoo' di blog nya)

hewhewhew~
okay, merujuk perkara di atas. (tajuk)
Syafiqah ada me'mention' tentang In Love bukan?
ah ya! benar itu benar..

jadi siapakah yang sedang In Love itu?
dan siapakah yang menjadi mangsa bencana In Love kepada orang yang sedang In Love itu?
serta siapakah yang bakal memakan kasut sekolah pengawas pusat sumber yang bersaiz 5 kerana menggunakan ayat begini di dalam penulisan blognya? Siapakah?

I have DIED everyday waiting for you..
Darling done be afraid.
I have LOVE you for a THOUSAND YEARS..
-Christina Syafiqah Perry.

huuiissyy. nama Christina Perry kelihatan sangat aneh bukan?
namanya menjadi lebih sedap dari biasa bila aku mention kat sini, kan?
aahh! ngaku je laa.. KEDENGKI dengan aku lettew. wekk wekk~ =p



okay, gegirls gegirls snobbish seperti aku sekaliaaaan..
meh jerit sesama okayyyyyy...
Aaaaahhhhh aaaaaa uaaaaaa~

"HO HEM JAY ! hesh shoo chuteeeeeee !! ARghhhhh!!"
untuk effect yang lebih menarik.
sila tonton video tersebut terlebih dahulu.

syyyyhhh! diam sat! diam sat!
syyyyyyyyyhhhhhhh!
hampa dengaq tak apa aku dengaq?
tak dengar?
cer kuatkan sikit volume speaker hampa tu.
jangan la mute kan dia!
haaa, haaaa. dengaq?

SUARA DIA SEDAP! aaahhh!
mata dia CANTIK! aaahhh!! >_____<
pandai main PIANO jugak tu! aaahhhh!
macam Greyson Chance la! aaaahhhh!

one more thing. dia TUA dari aku! aaaahhhh! HAHA


aku nak beralih arah la kalau macam ni.
nak ignore relationship request dari Greyson Chance la macam ni.
nak Tanner Patrick pulak. hihikssssssssssssss

oppsss! bukan Tanner Patrick la.
panggil TAPAT jewww. dia yang suruh panggil keyh!
dia cakap tu nama manja dia. special for someone...... errrr
like me. yeeaahh! exactly!

p/s : Sorry Greys. You terlalu muda untuk I.

pandai pandai la you berGOOGLE untuk translate apa yang I cakap ye Greyson.
HAHA! eeeuuwww! makanya, sudah terpancar sedikit cahaya kegedikkan semula jadi aku dalam blog ini secara rasmi nya.
owh! habis laa.. mesti ramai makcik gossip yang dah reject aku jadi menantu depa. :(
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

23 March 2012

Cowmeilnyeww~ kaaann?

comey gilakkk!!!

malam ni tiba-tiba ja rasa macam nak menganjing orang. HAHA
nak kata perubahan hormon. terasa melampau sangat la pulak menyalahkan hormon sesuka hati. kang disekatnya aku punya production of hormone. maunya aku menopause diusia muda.
wkwkwkwkwkw! AH! sungguhku tidak rela!

#################################################

okay, semuanya bermula di Facebook. (motif~)

  •  Profile Name.
seharusnya menggunakan nama yang hebat. celebrities mungkin?
dipangkal nama juga mestilah menggunakan tulisan dari keyboard yang rosak.
--> Syafiqah cHanCE, Pieykah cHanTAEIK, EiyKah ShayunK AwOkk, Scha FoX BiEbeR ChanCe PeRRy SuzukI sWIft.

  •  Profile Picture. 
gambar gambar yang diambil mestilah seperti photoshoot. model la kata kaaannn~ 
dengan berbekalkan Nikon DSLR. berkaca mata hitam. dalam jamban Pavilion pon boleh. 
"Ah! gua dalam jamban Pavi nih. nak snap 'picht' sikit lah dengan 'sepaik' baru gua yang berharga RM10 brand Jalan Chow Kit. 5-10 keping pon jadi lah. boleh buat DP peshbuk. nanti mesti ada aweks-aweks yang ghairah tengok DP gua. oink oink!"

  •  Wall Photos
"Natural of me. without any make up okay. Cowi eak, I tak secanteik uols. if ta suke uols can blah from my profile. if korunx suke, like and comment pleash."
bahasa cenggitu memang menjadi kebiasan bebudak 'hawt sentap menyentap' nih.
ayat without make up tu memang wajibal la weyh. memang without make up pon.
tapi photo editing dia sekampit woo~
siap sign name lagik. jumlah tag kat kengkawan dia, jangan dikata. sampai beratus-ratus yang menjadi mangsa.
"I tak secantik uolssssss"  AHHH! bajet akan ada abang-abang sangap yang akan komen.

"you cantek la beb!" "gebunya peha you! macam tepung ubi!" 
"Ah! kenapa I rasa something bila tengok gamba you nih?"
"waahhh! lurah angkasa lepas! mantopsssss"
"As pretty as an Angel"


jujur aku kata. kebanyakan yang suka buat macam ni semuanya CANTEK-CANTEK.
majoriti orang melayu. seriously, memang hot stuff.
tapi sayang...

jangan kata yang free hair ja. yang bertudung pon tak ketinggalan.
#okay, tetiba aku terasa. miahahahaha!

reaction yang berjaya di tangkap ketika stalked gambar orang. HAHA

  • Ayat comel.

- awark uat pew tuewww? 
- chaye cyunx awack tetart-II .. 
- kqkq chowmeiyl lqrh! cqyunxx qkqk chqngqt-chqngqt!
- camnew nux beyark nun chelese? Ai cembelit la huwaaa!! huhu
WTHFAYTA?!! 
fakri fakri fakri !
gantikan A dengan Q ? kakak --> Kqkq?
apakah neraka yang hang katakan?
NAK --> nux? 
DHEI! jumlah abjad (nak) dengan (nux) sama je kot.
apasal susah susah gantikan (A dengan U), (K dengan X) ?

'Sayang' pon. yang susah susah berCYUNX-CYUNX tu apa kejadahnya?
tersimpul lidah menyebutnya tahu? bajet comel?
dhei thambiraju! dari dok bersusah memecah keringat orang nak paham ayat CYUNX hang tu. baik hang short form (sayang) ke (syg).
hoh! tiba-tiba aku rasa sangat cinta akan Bahasa Melayu. HAHA

aku tak paham seyh! apalaa masalah mereka mereka yang sesuka hati menggantikan huruf A dengan huruf-huruf yang tak sepatutnya tu kan?
nak kata memendekkan perkataan dan memudahkan serta mempercepatkan proses komunikasi dengan kengkawan. MENIPU doh!
apa, hang rasa senang ke kalau orang sent mesej macam ni kat hang?
'Hqi qwurx! qwurx ngqh uqt pew tho? dhq mum?'
"Hai awak! awak ngah buat pe tu? dah makan?"

It's really fakri sihat you know!

orang lain pon guna short form words jugak. termasuklah aku.
tapi takdak la sampai XXX NUN NUN NUN tuu..
apa, keyboard hang kehilangan huruf A kah?
atau keyboard hang terlalu mahal sampai bila taip huruf A keluaq huruf Q.

owwhh! so PATHETIC! nak aku sedekahkan keyboard aku?
okay, sila isi butiran peribadi hang dengan tulisan dari keyboard yang tidak rosak agar aku mengambil masa yang singkat untuk memahami masalah hang. it's up to you, nak pinjam keyboard kat jiran sebelah or makcik kantin sekolah Bandar.
dah siap semua tu, hantarkan ke talian Astro 32999 untuk tidak terlepas dari mendapat simpati dari Astro. mana la tau boleh nyanyi satu stage dengan Greyson Chance. Silap-silap Najwa Latif boleh pi kat hang mintak autograph. HAHA

terlebih edit. OUCH! muka aku seperti nenek sihir. miahahaha!
last but not least. entry ni bukan la nak bagi orang sentap semata-mata.
tapi, pikir-pikir la sikit apa yang orang akan kata kalau kita buat perangai annoying cam puaka tu?
tak ke mengaibkan diri?
bahasa Q tu, bukan senang nak baca woi! susah kering tahu!
penulisan-penulisan dalam blog aku pon bukan nya perfect sangat pon. aku tau.
tapi, sekurang-kurang nya bila aku baca balik apa yang aku tulis, aku boleh paham.
orang lain pon harap-harap paham lah ya dengan apa yang aku nak sampaikan.
kalau tak paham, bagitau kat shoutbox. :)

#########################################################

"LANTAK la hang nak kata apa pon! aku punya suka la nak taip cemana. aku beli keyboard ni tak kacau duit keturunan hang pon!"

ya! memang! tapi, yang hang dok update status facebook hang, tweeting, blogging. commenting kat gambar orang depan cermin Pavilion dengan tulisan-tulisan Q hang tu bukan untuk hang baca sorang okay. tapi untuk TATAPAN UMUM kot.
aku tak kesah kalau hang sendiri yang post, hang sendiri yang dok menatap tulisan Q hang tu.
biaq hang migrain sorang-sorang.
non of my business okay.

la ni masing-masing dah besaq. pandai-pandai pikir la yang mana elok.
aku sebagai blogger tak bergaji ni hanya mampu meluah di dalam blog sesuka hati. :)

p/s : sorry sebab entry kali ni banyak ayat-ayat yang tak sedap dibaca.
tiba-tiba ja aku jadi beremosi. TIBA-TIBA okay! muehehehe~

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

21 March 2012

MAMPUS! Result SPM.

percentage friends yang online kat facebook aku menjunam dengan kadar mendadak!
woooooo~ (gaya terkejut)

guess what? owh! man. takkan tak dapat tangkap lagi?
harini RESULT SPM keluar weyh! gila kau nak online facebook?
maunya diterpa bertubi-tubi oleh orang yang tak dikenali tapi bajet mengenali hang.
dan salah seorang daripada yang tidak dikenali itu sudah semestinya aku. miahahahaha

result budak spm skolah aku, alhamdulillah..
ada peningkatan... :)

sebelom depa dapat result, aku punya ketaq, berdebar-debar, cuak, gerun, seram, senoi, serott, se se se sembelit semua mengalahkan mereka mereka yang sepatutnya yang nak ambik result.
(yang se se terakhir tu 'perasa tambahan' semata mata)
siryes siryes siryes. 

depa yang dapat result, aku yang over bersorak lebih-lebih. dah macam tengok bola Indon vs Malaysia pulokkk~
dah tuu. orang dah habis ambik result. aku pulak yang merasa macam dah habis SPM.
over acting bak hang! pulon tanya cikgu gred nak dapat A+ untuk SPM kali ni berapa, kalau tak dapat result memuaskan kena buat apa.
pastu tarik habis kakak kakak, abang abang yang nama dipanggil naik atas stage.
tanya Add Math skor berapa. tips-tips nak skor A+ untuk add math. waahh! merasa bersemangat gila nak study. SPM woooo.

tu belom cerita 'searching for student who are frustrated.' memang memotivasikan diri sungguh la.
aku sampai menangis tengok sorang budak tu melutut kat mak dia. tapi, tak pasti dia la dia menangis sebab kecewa dengan result dia ataupon dia tak sangka. terlebih target. hihi

dalam dok seronok tengok orang senyum sampai ke telinga sebab dapat straight A's.
tiba-tiba aku teringat.. terbayang, nama dia kena panggil naik atas stage. muka dia bersorak, seronok, gembira, bersyukur tak terkira dengan result SPM dia yang cemerlang tu. bertukar-tukar 'tahniah' dengan kengkawan skolah. call mak ayah dia, inform result berapa A. senyum tak lekang dari bibir. :)
lepas tu, kawan aku akan inform result dia kat aku.
for sure, aku akan target nak kalahkan dia dalam SPM aku tahun ni.

tapi, semua tu angan-angan kosong ja. dia takdak semua yang aku bayangkan tuu.. jangankan nak dapat result SPM. SPM pon dia tak sempat nak jawab...
aku pon macam takda idol untuk SPM kali ni. nak target kalahkan dia....
kalau PMR dulu, boleh laa.. tapi, aku tetap tak boleh kalahkan dia masa PMR dulu. aku cuma kurang 1A dari dia. 1A ja weyh! T_T

macam yang orang selalu kata, 'Setiap yang berlaku, ada Hikmahnya.'
okay, aku faham. redha adalah satu pilihan yang terbaik. :)
aku dah tak boleh bergantung kat dia dah sekarang ni. aku kena cari pengganti.
selama ni aku try cari pengganti dia. tapi, dah dekat 2tahun.. yang patah, tak tumbuh-tumbuh lagi.
aku failed. takda sapa boleh ganti dia. "surrender je la" merupakan pilihan aku.

harini. alhamdulillah. ada la sorang dua yang aku nak try kalahkan untuk SPM nanti.
tapi... tak sama laa.. haha

okay okay sudah la kot. tiba-tiba aku rasa macam sayu sangat entry nih.
malaih la nak taip panjang panjang. satgi ada orang ambik buat skrip drama petang-petang pulak. muehehehehe

last but not least. 
'try to accept the failure and did not fail to try.'

p/s : Life must go on.

favorite quote aku masa form 3. :)

perjalanan masih jauh~



and~



..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

12 March 2012

KOJE yuuhh! koje!

UIISSYY ! besarnya matahari?!
Halloooww.. hape khabar semuai pon hadoi ter ber?
#mengesat air liur basi yang kehijauan seperti cendol.

terasa seperti membuang tebiat dipagi hari, kan? bila buat entry selepas subuh ni.
hewhewhew
tapi aku tak kira! aku nak buat jugak!

okay, pagi ni. aku nak tolong kawan aku keja.
meniaga tudung, katanya. dari pagi, saaammpai malam!
kat mana ntah. Kaloi? Keloi? loi, loi lah belakang dia tu. kat Baling kot. HAHA

dari situ, aku boleh la memancing barang seorang dua abang-abang macho atau abang-abang ketak disana. hewhewhew. tapi sorry to say, abang-abang yang sudah berkahwin, sila undur diri yee..
you're not my cup of tea.. #bermuka toya.
(bajet muka macam Neelofa ka hapa dia ni? demand!)

janji nak mai ambik aku pukul 7.
tapi, pukul 7.15 call aku, baru nak masuk mandi. APAKAH?
sebab tu la aku boleh membuang idea merepek sebentar dalam blog aku ni.

cukup la kot entry pagi ni. nak sembang pasal mimpi, kehancingan malam tadi memang memberi kesan terhadap mimpi aku! so, I have dream about nothing. -_______-''
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

Wordless petang Monday.

please smile before you read this entry or else, I'll kill you! #ugutan



okay, tengok tajok pon dah merosakkan bahasa. -___-"
orang buat title 'wordless' dia pon gigih nak ber'wordless' ugakkk..
owh! inilah typical malaysian.. #motif nak menganjing lettew. :3

okay, malam ni tusyen. so, let's make it short. :)

kucing aku, Tupai, nama diberi telah jatuh sakit seminggu yang lalu.

"nama saya Tupai." #nada suara yang maskulin.
oleh kerana tidak sihat. maka, otaknya mengalami kekeliruan yang sangat keliru.
mengapa aku boleh berkata begitu?
kerana dia telah terKENCING atas bantal tidoq aku.

okay, I repeat peat peat peat. #rima lagu kakak Selena

KENCING ATAS BANTAL AKU!

kencing yeeerr. bukan ngelap kencing.
kemonlah wei. atas bantal aku tu. kalau bantal kusyen, I don't mind la.
bukan aku tidoq atas kusyen pon..
tapi, ni bantal yang aku selalu lapik kepala malam malam okay.
bantal bertuah aku tuu.. yang membolehkan aku mimpi bertemu Greyson Chance tahu?

Ahhh! harap-harap kekencingan itu tidak memberi effect kepada mimpi-mimpi aku.
hewhewhew. #okay, childish. so what?!

kak chik aku la yang bagi tau aku.. lepas-lepas aku habis mandi wangi-wangi, dia hadir membisikkan kata-kata cinta di tepi telinga aku. Ahh! sungguh propa!

"pikaaahhh..~ orang habaq ni, jangan gitau mak tau..." #nada seakan merayu seperti Izzah.

"ohyeaa. ade hape?" #aku membalas seperti dialog watak Datin Suffiyah, filem Ombak Rindu.

"Tupai kencing atas bantal pikah!" #ayat penegasan yang mahukan tamparan wanita.

"owh yeke......... APAKAH?!"  #serta merta camera menghala kearah wajah bertubi-tubi seperti scene suspend drama Indon.

"jangan bagitau mak! jangan bagitau mak!"

"yalaa.. yalaaaa.. habis tuu.. hancing nih! satgi mak tau jugak."

"takpa. satgi kita cuci laa.."

"tapi, orang nak pi tusyen nii..." #alasan suci.

"TAKPA. BIAQ ORANG CUCI SATGI."

"APAKAH????" #okay, jeritan ni yang hanya lahir di dalam hati.

pasti anda tertanya tanya. kenapa aku CAPS LOCK besar-besar ayat kedua terakhir itu bukan?
(cer buat muka tertanya-tanya sikit... alalallala. comelnyeewww..)
okay, ni la motif sebenar aku buat entry 'kurang ayat' petang ni... hewhewhew

UOLS bayangkanlah. terkejut kera I, uooollllssss...
apa benarkah kata-katanya itu? apa itu semua bukanlah hanya
'planting sugar cane in the side of lips?'

apakah kakak aku yang malas itu telah bertukar sifat?
adakah kakak aku yang malas itu telah bertukar menjadi Albert Einstein yang rajin berusaha itu?
atau mungkin kakak aku yang malas itu telah dirasuk oleh roh mendiang Albert Einstein kerana ingin membalas dendam terhadap keluarga kami. once again.. APAKAH? apakah dosa kami terhadap beliau.
ini mesti ada kena mengena dengan moyang-moyang aku niiii.. haaaaa...
konspirasi apakah ini? misterius nye! misterius nye!

okay okay, I'll try to think positive.
"Manusia akan berubah 'sifat' serta merta tanpa mereka sedari jika mereka di dalam keadaan terdesak ingin melindungi sesuatu yang mereka sayangi."
-Doktor Falsafah Tersohor, Dr. Syafiqah Jamaludin.
 ooowwhh! thanks a lot Dr. Syafiqah. anda telah banyak membantu saya. hewhewhew

tercelik la akal aku sikit bila baca quote di atas nuhh.

"A ah la! kalau kantoi Tupai kencing atas katil. mesti mak tak bagi Tupai tidoq dalam rumah dah lepas ni even dia sakit. huurrrmmm.." #mimik muka lega. fiuhhhh!

mesti ada diantara hampa yang baca ni dah dapat tangkap dari awal lagi, apa yang aku patut pikir, kan?
HAHA! okay, okay! sorry, aku memang 'lambat'.. -_____-''

DEM! =oo=

okay la. last but not least. haaiiyooo.. aku rasa aku patut tukar la, lagu blog aku.
tak masuk langsung dengan segala entry-entry aku. rasa macam budak baru nak up tetapi telah dihina oleh public ja. HAHA
so, any idea? lagu apa yang sesuai? hewhewhew
#bajet macam readers kesah kan?
eh tak! okay, macam la ada readers, kan? muehehehe
yes! I know. ending yang out of topic and out of the blue kan? so what?!

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

9 March 2012

Sembang....

aku ada kek. kau nak? *nada suara maskulin
YEAAHH! sekolah telah pon diberi cuti... wuuhooo..~

semalam para pelajar begitu ghairah untuk menamatkan waktu P&P dengan jayanya.
semua aktiviti di sekolah dilaksanakan dengan pantas dengan harapan kepantasan itu turut mempengaruhi jarum jam untuk berdetik dengan kelajuan yang ganjil daripada biasa.

Ahh! begitulah reality kehidupan sebagai seorang pelajar.
aku juga masih seorang pelajar. segala onak dan duri kehidupan seorang pelajar telah pun ku tempuh satu per satu. gejolak jiwa sebagai seorang remaja juga telah dapat ku kawal dengan tenang...

OWH! tiba-tiba aku merasakan pelajar sekolah biasa seperti aku tidak perlu kot untuk menguna ayat skema sebegini dalam penulisan blog. terasa seperti sangat gigih bukan? AH! BEDEBAH KAU Syafiqah!

okay, mukadimah yang tiada kena mengena dengan title memang adalah kepakaran aku.
ia sangatlah membuang masa. hewhewhew.. 

sejak akhir-akhir ni, kekeringan idea woooo.. nak update blog pon rasa susah gila!
macam nak siapkan keja rumah karangan umum Cikgu Ashrof ja. 

status facebook aku pon mendapat tempiasnya.
ayat ntah apa-apa. 
sampaikan kepala terhantuk lepas rehat kat sekolah semalam pon aku nak update.
konon hotstuff lettew. diarrhea terus bak hang! muehehehe

lagu blog pon dah jadi issue besar buat aku.
aku taktau nak letak lagu apa. semuanya tak kena dengan mood aku.
rasa nak ja aku pi maki composer composer lagu yang ada. nak ja aku suruh depa compose lagu ikut mood aku. nak ja aku merasuah mereka dengan tutti frutti. HAHA
once again.. BEDEBAH KAU Syafiqah. bajet kemaih sangaaat ada orang nak buat lagu ikot mood hang!
#okay, ramai-ramai, rolling eyes. 

so, aku mengambil jalan mudah.
search youtube dengan mata tertutup. tekan! tekan! tekan! taip! taip! taip!

"segala kata cacian.. yang telah engkau berikan.. buatku rasa kosong..
kosong oouuwh!"
-Najwa Latif

first time aku minat lagu dia. padahal takda kena mengena pon dengan hidup aku.
but, like I care! lagu blog aku, bukan lagu blog hang. hewhewhew

last but not least. semalam Birthday kawan aku Elfi. so now, untuk kali yang ke berapa ntah. 
HAPPY BIRTHDAY ELFI !!
sincerely,
Syafiqah

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

2 March 2012

In a Relationship with.....



re-post, re-edit, more informative. who cares? hewhewhew

takda kena mengena. tapi aku sukaa.. 


aku? in a relationship? memang GILA LA GILER!
  • tapi betooolll.. hewhewhew

aku relationship dengan sapa? 
  •  pi la tengok sendiri kat Pesbuk aku tuu...
kenapa tiba-tiba? apa yang telah berlaku?
  • okay, mari kita mulakan cerita. *baru mukadimah*
begiiiniii ceritanya. 

beberapa hari yang lepas.. ada orang tanya aku. 

"aku dengaq, HANG SUKA DEKAT ______?"

errr, actually aku pon tak pasti tu satu pertanyaan atau dia saja nak bagitau aku. 
untuk menjadikan entry lebih menarik, so, aku anggap ia sebagai pertanyaan.. bermotif sikit. hewhew

OWH! what a simple question. tapi bagi aku....

"HELL YOU! very disturbing question bak hang!"

terasa over pulak menggunakan hell.
but seriously, ayat ni la yang pertama terdetik dalam hati aku masa tu. HAHA

macam biasa ja orang cakap macam ni depan kita kan.
tapi, aku pantang wooo.. aku rasa macam ^%%$%*%$& jaa.
aku rasa macam tak patot orang mai tanya aku macam tu.
yee laa.. mesti la aku suka dia. kalau aku benci dia, meluat kat dia. buat apa aku kawan dengan dia?
kot la nak tanya "aku dengaq, hang suka Greyson Chance."

boleh la jugak aku menjerit dalam kelas "YES I DO!"

tapi tak.
aku rasa macam tak masok akal, tahu? pendek kata, macam macam la aku nak rasa.
tapi, panjang tak kata apa-apa pon. panjang hanya mampu melihat sahaja. pendek ja yang dok mengata lebih-lebih. kan?

okay, dah jauh tersasar dari topik sebenar.
di mana kita tadi?

owh! okay.

aku rasa macam soalan budak budak baru masok sekolah menengah.
macaaamm. aku rasa macam "AH! tak perlu kot aku jawab soalan ni.."

tapi, kalau tak jawab. dia buat spekulasi sendiri pulak.

"YEAAHH! dah betol la tu sangkaan aku. Syafiqah memang suka kat ______"

once again. HELL YOU!

serious wey! aku rasa disturbing kot kalau orang cakap/tanya aku macam tu.
dalam kepala aku ni dah pikir kena d-merit 70 markah dah.
sungguh baq hang!

"kalau hang rasa benda tu tak betul. yang hang TERGANGGU pasal pa?"

begitu mudah dia mengeluarkan kata kata.

once again. DEM DEM DEM!

♫ ♬~ini tidak adil. tidak adil. tidak adil bagi kuuu..~♫ ♬
*mesti Yuna berbuih-buih mulut bila dengaq aku nyanyi*

kenapa aku? ramai lagi orang lain. kenapa aku jugak yang dikaitkan dengan dia.
tak layak bak hang!
dia pon bukan rapat dengan aku sorang ja. raaamaaaaii lagi kaan.
kenapa aku? tak aci la, gile! (T_T)

bila aku pikir balik, aku boleh terima lagi kalau dia taip ayat tu dalam chatbox ja.
tapi, dia cakap face to face kot, dengan aku! MORAL DOWN bak hang!
aku rasa macam pompuan desperate kot. 
macam perigi cari timba.
macam isi cari kuku.
macam umang-umang cari kulit cengkerang tepi pantai.
eh! bukan!
macam kulit cengkerang kosong tu yang cari umang-umang.
*haaaa.. baru matching!

asal aku rapat dengan orang ja. hampa kata aku syok kat dia.. kengkadang ada yang cakap aku syok sendiri laa. then suruh aku sabar sebab laki tu dah berpunya la, cari yang lain laa..
HOTAK!

ingat aku hadap sangat kot nak bercouple-couple nih?
ingat aku nak sangat kot title 'AWEK' orang?
ingat aku mengidam sangat kot nama aku tertulis dalam whiteboard bilik disiplin?
never ever hokaaayyy..


aku rasa sensitif dengan isu-isu sebegini. terasa bagai digamit dari jauh untuk buat entry blog.
sungguh! lebih lebih lagi, dia kata "AKU DENGAQ...."
apakah? dia dengaq dari sapa? sapa yang mereka-reka cerita nih? sapa yang bawak mulut main habaq-habaq nih? sapa? sapa?

HAHA! apasal aku rasa beremosi sangat pagi-pagi nih?

bila aku tanya dia, dia tau dari mana benda tu.

"ADA laaaa.."

pompuan ka laki.

"POMPUAN...."

apakah? aku rasa macam nak menangis jaa masa tu..
rasa macam nak ja nyanyi lagu

♫ ♬bagaikan melukut di tepi gantang....♫ ♬

macam yang aku kata tadi.
macam macam aku rasa.
sampai taktau nak describe kat sini.
tapi, ada satu rasa yang pasti. aku rasa macam nak campak ja budak tu dari tingkat 3 sekolah.
HAHA

selain tu. ada lagi yang dok tanya.

"hang bahagia tak?"

what the?? apa yang harus aku jawab?
satgi kalau aku kata aku bahagia.
depa pikiaq lain pulak.

"feeewwittt. dia bahagia laa.. cecey.. awoooouuu..~"

kalau kata tak bahagia.
satgi pakat-pakat ucap takziah kat aku.
banyakkan bersabar laaa..

aku TAK PAHAM bak hang!
aku rasa sangat curious bila di tanya begitu.

********************************************

oleh yang demikian. aku memilih alternatif yang simple tapi banyak risikonya.

APA? APA?

buatfakerelationdengankawanaku. *sorry, space bar rosak*

aku berpendapat. kalau aku buat macam ni. 'mereka-mereka' yang suka bertanya itu akan menghadapi kejutan besar sehingga mengalami insomnia yang teruk.
lantas menZIP mulut masing masing. HAHA

terpikir jugak aku. macam pendek akal ja buat keputusan macam ni.
tapi, kalau takut mencuba, macam mana nak berjaya?

"you so afraid taking chances.. 
how you gonna reach the top?"
-Greyson Chance
actually, aku yang ajak dia.
haaa.. NI BARU LA DESPERATE!

dia pon. "Okay, balik sekolah nanti aku invite hang"

owh yeaahh!
OOoo.. baru aku taauuuu..
last but not least, I hope our fake relationship not last forever.   HAHA
p/s : aku suka semua orang. if you do not know me very well. please don't ever judge me. clear?

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥