24 December 2011

Saya Suka Single.

YEAAHH! Long Live SINGLE life!
1. BEBAS BERKAWAN : 
Aku bebas berkawan dengan sesapa ja yang aku suka.
aku boleh panggil kengkawan lelaki aku "sayang" dengan innocent sekali.
tapi, kalau aku COUPLE. mesti pakwe aku marah aku buat macam tu dan ugut nak terjun KB Mall.
so, LEBIH BAIK AKU SINGLE.

2. BEBAS BERIMAGINASI : 
Sebelom tido, sambil2 online pesbuk, tengah mandi sekali pon, aku bebas berangan.
Aku boleh berangan bercinta dengan anak Tan Sri. aku boleh berangan kawen dengan anak Raja.
dan yang penting, aku boleh berangan Greyson Chance masok meminang aku dan berbalas pantun dengan Tuan Ayah dalam bahasa melayu.
tapi, kalau aku COUPLE. aku mesti berangan pasal date dengan pakwe aku. berangan buat wayang dengan pakwe aku dalam panggung wayang. makan Mekdi bersuap. grrrr.. what a boring story.
so, LEBIH BAIK AKU SINGLE.

3. BEBAS BER'RELATIONSHIP' : 
Dalam pesbuk. aku dengan berbesar hati boleh tukar2 relationship macam pesbuk tu Mark Zuckerberg dah bagi free kat aku. Harini engaged. minggu depan married. lepas tu buat fake account dan gadoh dalam pesbuk. dah gadoh tu, tukar ke divorced pulak. dua tiga hari kemudian, isytiharkan diri sendiri sebagai widowed. sebulan kemudian, ulangi perbuatan awesome tu. ah! what an Ohsem life!
tapi, kalau aku COUPLE. segala 'urusan' pertukaran relationship aku terkawal. 
kalau aku buat jugak nanti dia ugut nak jadi gay. 
so, LEBIH BAIK AKU SINGLE.

4. BEBAS MENJELAJAH :
Dengan kebenaran Puan Mak dengan anggukan Tuan Ayah, sudah memboleh kan aku keluar dengan kengkawan. bersukaria main games, bajet hot dalam wayang, potong queue beli popcorn.
menggatal dengan 'abang tiket'.
tapi, kalau aku COUPLE. kemana ja aku p, mesti kena inform kat pakwe aku jugak. kalau dia tak bagi, aku tak berani nak bantah sebab takut 'DERHAKA'. 
then cancel event tu dan bagitau kengkawan 
"Sorry babe, aku takleh join. PAKWE aku tak kasi."
dari jadi Bodoh macam tu. LEBIH BAIK AKU SINGLE.

5. BEBAS KONGKONGAN :
aku dengan innocentnya boleh approve sesuka hati friend requests dalam pesbuk.
tak kira la. musuh orang ka. Mak Janda Sg. Dua ka. pengantin tak jadi ka.
aku pon boleh bermanja2 dengan orang yang tak dikenal dalam Private Message.
tapi, kalau aku COUPLE. confirm punya la dia mintak password pesbuk aku.
mesti punya la dia nak check message aku, check friends lists aku. mana la tau aku friend dengan musuh dia.
kalau aku tak bagi. dia kutuk aku kaw kaw dalam pesbuk dan IM semua kengkawan dia supaya LIKE status dia. 
Apa Kejadahnya?! LEBIH BAIK AKU SINGLE.

6. BEBAS BERGAYA :
zaman sekarang ni, banyak  gaya lilitan selendang. ada yang perfect, ada yang macam tak cukup kain nak buat selendang. aku bebas meniru gaya artis macam Diana Amir, Yuna, Mak Jemah dan sewaktu dengannya.
tapi, kalau aku COUPLE. mesti pakwe aku cakap. "Apasal pakai macam tu?" atau lebih sopan lagi "EWww! tak lawa la Bebi pakai macam ni. Macam MakCik la." tak pon. "Tak tercekik ke pakai macam tu?"
Owh Pehliiiss! aku lebih rela mak dengan ayah aku yang tegor.
so, LEBIH BAIK AKU SINGLE.

7. BEBAS DOSA :
Bercinta itu boleh. Tapi COUPLE itu Haram!
bebas dosa bukan bermaksud sapa yang SINGLE tu suci.
takdak dosa. Macam baby baru lahir. Tapi, aku maksudkan yang SINGLE ni Bebas dari Dosa ber'COUPLE.
so, LEBIH BAIK AKU SINGLE. :)

Cinta yang di cari, pasti AKAN PERGI. Cinta yang datang, KEKAL ABADI.
p/s : Lisa Surihan dengan Yusry KRU terus kawen je. takde tunang2 lagi dah. >.<
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

22 December 2011

RESULT PMR !!!

seperti yang anda ketahui.
harini Result PMR dah keluar.
haahh. amacam? "ada ketar ketar ka adik adik semua?"
*melody mamak roti canai*

ketar tak ketar, takut tak takut. atau dalam bahasa Kedahnya, serot tak serot.
keputusan dah pon dalam genggaman.. teheeee..~

so, harini aku nak kongsi pengalaman aku amik result PMR tahun lepas.
hampa nak tau tak? kalau nak tau, baca sampai habis. :)

23 Disember 2010 : 6.30 a.m.
bagun pagi dengan air liur kering sampai ke pipi. Tenang.
dengan langkah yang terhuyung hayang sampai langgaq habis kerusi meja, aku p mandi.
semayang subuh dan doa untuk kesekian kalinya. (last minute prayer)
" Ya Allah Ya Tuhan ku, KAU permudahkanlah urusanku pada hari ini. apa saja keputusan yang akan aku peroleh, aku terima. "
dalam hati masa tu. " paling kurang, 6A pon takpa laa "

7.15 a.m.
sarapan Spaghetti Goreng Tom Yam.
makan dengan penuh selera. Tenang.
Mak langsung tak bukak mulut pasal result yang akan keluar jam 10 nanti.

8.30 a.m.
bersedia nak p sekolah.
Mira dah calling2. tunggu kat mana, p pukol berapa.
ayah pon langsung tak bukak mulut pasal result.
dia hantaq aku p sekolah macam nak p latihan umah sukan petang2 ja.

9.00 a.m.
dah tercegat depan sekolah pon. geng pon dah ada.
ada Mira. kami lepak kat stage merah hati depan tapak perhimpunan.
2-3 minit kemudian, Jue pon sampai.
" weeeii, aku ketaq weeii. aku takot laa.. agak2 result aku dapat apa?!"
alahai peah sorang ni. dia punya ayat, terus jantung aku tambah speed.
"ok, pikah. Relaaaakssss. coooool." tapi tak tenang jugak.
pastu mai pulak budak2 pandai. depa pon dok kata 'ketaq ketaq'.
Dem! makin bertambah denyutan jantung aku. Fuuuuu!
*gabra tahap pertama*

9.30 a.m.
dari tapak perhimpunan. dah nampak cikgu2 tengah sibuk pasang memasang dalam dewan sekolah. pasang apa? aku pon tertanya tanya.
pastu keluaq la sorang cikgu ni. sambil tersenyum senyum kat kami. tapi aku tak berapa pasti dia senyum kat
'kami' atau kat 'kami kami yang di sana' (budak2 pandai sebelah aku)
"pa hal cikgu ni? dia senyum kat sapa?" dok pikir2 gak aku, nak senyum balik ka?
sambil dok senyum2 tu. cikgu tu angkat tangan dia, tunjuk 6 jari.
"Aaaaaahhhh! apa pulak kali ni?? 6 jari untuk sapa pulak?"
hati aku memberontak.

aku dengan Mira tanya la.
"6? ada apa dengan 6? mungkinkah ini cinta? :)"
ok, yang tu tak penah terjadi.

sebenarnya
"6? apa yang 6 nya cikgu? jangan la buat kami tertanya tanya"
siryes masa ni memang hati aku memberontak gila.
macam nak rebut ja Result dari tangan cikgu yang tengah semak Result dalam bilik Result.

cikgu tu jawab " kamu lah. 6A! "

"HAAAAAAAHHH????!!!" aah! prasangka apa pulak kali ni..
aku jadi blur terus. innocent ja muka sekor sekor masa tu.
dalam kepala aku memang dah set. " cikgu tipu! "

10.00 a.m.
cikgu cikgu arahkan semua student berkumpul kat dewan.
tak kesah la, dok kat dalam dewan ka, kat luar.
aku dengan kengkawan yang lain pilih port baik punya.
depan tingkap betol2 tepi stage dewan. memang semuanya clear!
abang2 hensem, cikgu2 bujang. abang cleaner, muka semuanya jelas belaka. ♥
masa tu, dia punya ketaq, toksah dok kata la.
memang takut siot. gigi aku dah berlaga laga sesama sendiri.
*gabra tahap dua*

10.30 a.am.
Result telah pon diumumkan.
bermula dari 5A. satu persatu nama kawan sekelas aku kena panggil.
mula nya aku target aku 5A. tunggu punya tunggu, takde poooonnnn... :(

lepas tu depa umum 6A pulak.
masa tu aku rasa macam nak nangis ja.
memang dalam hati aku dok menyanyi lagu
"Impossible...~ impossible..~"
air mata pon dah bertakung, tunggu masa nak jatuh ja.
takot wei!

"I'm waiting, waiting, just waiting, I'm waiting! Waiting Outside the Lines...."
haaiisy.. Greyson Chance memang memahami aku la.

"dah 5 orang dah kena panggil, mana nama aku ni?"
aku tunggu lagi.
antara dengar tak dengar.
"Syafiqah Bt Jamaludin!"

aku dok tercegat lagi dekat tingkap tu..
kengkawan aku yang lain dah bersorak dah.
"YEAAAHHH! kan aku dah cakap. cikgu takkan tipu kita punya la." 
suara Mira yang gila dekat dengan telinga aku. menyentap gila! terus aku tersedar. (cewah!)

10.45 a.m.
Result dah pon dalam tangan.
aku tak sempat nak check apa yang aku A, apa yang aku B.
terus aku call Rumah aku.

Mak jawab. (dialog)

"Hallo."
"Assalamualaikum mak!"
"W'salam. ada apa?"
"6 mak! 6!!!"
aku dah start nangis. siap melutut kat atas tanah masa tu. dah macam drama petang2 ja bila teringat balik. nasib terlindung dengan kreta cikgu2.
"apa yang 6 nya?"
"huuuuuuu......" (dah takleh cakap)
"6 makkk.. 6............"
"yala 6. apa yang 6 nya?"
"6 mak.. takda D pon..."
"takda D? abis tu? ada C laa?"
dengan tenaga yang tinggal sisa sisa ja. tarik nafas dalam2, aku sambung.
"orang dapat 6A mak. 6A 2B."
".....................???" mak aku tengah interpreting the data.
"AL-HAM-DU-LILLAH... nak suruh ayah amik pukul berapa?"


fuuuuhhh! lega gila. takot jugak aku masa tu.
mana la tau, kot mak aku cakap "pasai pa tak dapat 8A?"
tak ke naya?


11.00 a.m
aku p balik kat kengkawan aku. depa yang check result aku, apa yang A, apa yang B.
lepas tu, Kak Chik aku mesej.
"woi ten! brapa A?"
DEM! bukan reti nak bagi salam. dah tu, tanya A ja.
aku pon bagitau la dia berapa aku dapat. alih2 ni ja dia balas.
"wooitt! KH dapat B.? BI, A kot. macam tak caya ja. HAHAHA!"
Tak Guna. tak bersyukur langsung.


pastu Abang Ngah aku call.
"Amacam result?"
"macam tu laa.. 6 ja. 2 lagi B"
"Alhamdulillah. apa yang B?"
"KH... dengan maaaathhhhh........" (nangis)
"ok. takpa2. pikah start study betol2 bila?"
"3 minggu lepas raya.."
"ok, takpa la tuhh, kalau study awal2, kan boleh dapat lebih. nanti pulon SPM pulak."


lebih kurang la macam ayat abang aku tahun lepas.
aku pon ingat2 lupa ja ni.


12.00 noon.
lepas kengkawan yang lain amik result.
sembang2 sat, nangis2 segala. sampai bengkak2 mata.
kami pon balik..
aku tak sempat salam cikgu cikgu. :(


okay.. tu je la pengalaman aku pasai Result PMR.
takda la bagus sangat. bila pikir2 balik.
rasa macam BODO ja KH boleh B.
kalau time ujian bulanan, benda tu yang nak skor pon.


Math pulak. memang aku lemah. sampai ayah aku pon pening kepala pikir pasal aku.
awal awal lagi aku dah agak. math aku memang tak A masa PMR nanti.
so, apa yang aku pikirkan, dah jadi kenyataan. yes, memang aku tak kecewa pon.


last minute study.
memang tertulis dalam diari hidup aku. aku pon taktau macam mana nak ubah perangai tu.
terbawak2 sampai la sampai sekarang. 
bila dah Form 4, disebabkan last minute study aku tu, banyak subject yang aku tak skor.
kebanyakkannya cukup2 makan ja. sekarang ni baru aku sedar.
zaman kegemilangan "tuah last minute" aku dah tamat. Form 3 dengan Form 4 banyak perbezaan.


p/s : Next year, I will be a DIFFERENT person. HEHE

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

20 December 2011

GAY MARRIAGE?! awesome!


alololololo.... what a "perfect" couple.
agak2 mana satu lelaki, mana satu pompuan? hrrmm. confuse nih.

yang aku tak tahan tu. sorang gay tu, baju yang dia pakai. macam aku kenal lah.
aahh ya! tu la baju melayu.

ambooiii.. siap bertanjak dan bersampin lagi. bawak nama M'sia tu..
bangga nya M'sia.... perkahwinan gay pertama ni..

dengan berbaju melayu tu. bukan saja menunjukkan yang dia tu orang M'sia, tapi kita jugak boleh mengenal pasti agama dan bangsa beliau.
ya! tak lain dan tak bukan. beliau beragama Islam dan berbangsa Melayu.


gay yg muka melayu tu kalau hampa nak tau. dia tu pelajar kolej perubatan kat Dublin, Ireland yang di taja oleh Petronas. kiranya budak pandai la tu.

ok pompuan2 di luar sana. anda boleh menjerit " WHAT !!!! "
dan lelaki lelaki pulak boleh melaung " PEEEHHHHH !!! "


tapi dia dikatakan lost contact dengan family dia 3 tahun lepas.
**********
apa la nikmatnya jadi gay, lesbian kejadah macam2 lagi semua tuu?
bukan boleh buat anak pon..

memang aku tak nafikan. ada sesetengah lelaki yg tertarik dengan lelaki kacak bergaya.
hensem kalah Mr Bean.
pompuan2 yang terpesona tengok pompuan cantik.
tapi. tak bermakna hampa perlu kawin dan membina rumah bertangga dengan kaum sejenis!
apa kejadahnya semua ini? apakah neraka yang berlaku? apakah!!!? *over*

jangan nak pentingkan diri sangat la. ikot nafsu mati. kalau dah mati, tak bernafsu laa..
kalau tak bernafsu tuu.. eeeerrrrrr.. pikiaq sendiri la!

pikir la sikit perasaan mak ayah hampa. bayangkan la bertahun tahun lost contact tu.
tiba tiba ja keluaq berita jadi gay, siap kawen lagi.
mengucap panjang la masing2, dah la kawen kat gereja.
ntah islam lagi ke tak sekarang ni. wallahualam.

nafsu gay tu tak bawak kemana laaa.
bawak ke neraka ada la!

"Lisa tak cukup cantek kew sampai ade  yang jadi gay?" luah  Lisa Surihani  
kes si gay sorang ni. family dia kena tanggung saman pihak petronas dekat sejuta ringgit sebab dia tak belajar sampai habis.
tengok! kalau dia nak rosak sensorang. lantak la!
tapi dia babit kan keluarga dia sekali. tak ke babi nama nya?

terpikir gak aku, "apa la masalah dia sampai kawen dengan 'lelaki' ?"

eehheem! i mean " apa la tarikan yg ada kat 'lelaki' tu.
apa dah takdak pompuan cun lagi ka dalam dunia ni?
apa dah takdak lagi ka Megan Fox yang seksi plus lawa gile dalam dunia ni?
sampai dia jadi gay?
apa dah tak da lagi ka Dr Rozmey dalam dunia ni?
eehhh! errrr.. paling tidak pon. Lisa Surihani? Neelofa?
Hai. saya Megan Fox. *google translate*
amacam tak terliur lagi? nak Neelofa pulak? ok!

Saya dah semakin meletopps sekarang ni. huhu
tak cukup lagi? ok takpa takpa. tak cukup kaann...
NAAAHH!
v
v
v
v

"filem 2 alam memang da bessttt!" Dr Rozmey kata.
hambik kau. besar punya. malam ni, kompon tak lena tido. HAHAHA

p/s : dulu kucing aku pon ada yang gay. tapi lepas aku tayang gambaq Megan Fox yang seksi tu. mereka terus kembali ke pangkal jalan. Alhamdulillah... :)

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

14 December 2011

Tragedi Cucur Bawang..

hai bebi bebi sekalian...
lepas entry Trend di Facebook yang lepas. jujur aku cakap, aku takda idea nak update blog.
pasal apa? aku pon taktau. sembelit buih kot.
hrmmmm, mungkin?

so, tanpa berfikir panjang mahupon pendek, aku nak share pasal kes cucur bawang atau bahasa kedahnya 'Cucuq' bawang. (hampir sama ja bunyinya, saja nak panjangkan entry)

critanya begini. malam semalam, ntah apakehel taktau la, mengidam nak makan cucur bawang.
pagi tu sarapan, mak aku dah buat dah. tapi macam biasa, lepas subuh, aku 'tertidoq'.
bangun pulak tengah hari, tak sempat nak merasa la kiranya.

so, aku pon try la nak buat sendiri malam tu.
punya la semangat berkobar kobar,
"AJA AJA CUCUQ BAWANG!" bak kata pelakon citer Full House.
dengan mangkuk di tangan kiri, manakala sudu teh di sebelah kanan. berapi-api aku membancuh tepung. tak di nafikan. memang kelihatan hodoh dari jauh.
  •  tepung! (check)
  • bawang! (check)
  • air panas mendidih didih! (check)
  • garam secukup rasa (check)
bila api dah panas, aku pon masukkan la adunan tadi dalam kuali.
"aikkk! apasal horror semacam ja rupa cucuq ni?"

tepung2 tu bercerai berai dalam kuali. bergaduh ka?
tambah kecilakaan, bukan takat bercerai berai, tapi lekat pulak kat dasar kuali.
waaaargghhh! geram! geram!
rasa macam nak lambung anak sedara aku sampai kena kipas syiling ja.

"takkan tak jadi kot cucuq aku tu? DEM!" nak mengcover kemaluan, aku cepat2 asingkan minyak, basuh kuali dan segala bahan bukti.

siryes aku rasa kemaluan yang teramat sangat. HAHAHA
selama ni, buat sambal, nasik goreng, spaghetti, dan yang sewaktu dengannya, okay je pon.
mai kat buat cucur berderai derai bagai. malu nyewww..
malu dia macam tersalah masuk toilet laki, rasa macam termengurat mak nyah. macam maruah aku diinjak injak. rasa macam dah dinodai 3 malam yang lepas.
rasa macam...... aahhh! hampa imagine sendiri laa.

sapa taktau cucur bawang macam mana.
naaahhh! usyar gambaq ni.

hai, saye cucur bawang. ada rupa macam fasha sandha tak?
ni gambar google ja ok. mak aku punya cucur bawang lagi gorjes. seksi gituu..

last but not least. kalau sapa2 penah jadi macam aku ni. cucur tak jadi ka.
basuh seluar sampai terkoyak celah kangkang ka.
meh la share kat aku. kalau ada yang berminat. tinggalkan link kat bahagian komen. aku nak baca. ^_^
okay, cucuq bawang aku tak jadi. cucur kau ade? :p

p/s : sorry, aku tak reti buat cucuq bawang.
sapa2 yang nak amik aku jadi menantu, haruslah anda pikir 2,3 kali. HAHAHA
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

6 December 2011

Trend Di Facebook.

sekadar gambar hiasan.
zaman sekarang ni kalau sapa takda facebook, memang rasa dia tu memang...... memang! jahil lah.
facebook ni memang antara keperluan aku la, sehari kalau tak check notification facebook, memang rasa macam nak parkinson je pagi esok. Sunggoh!
selama berfacebook ni, banyak sangat la benda yang aku jumpa yang jadi ikotan facebookers untuk mencuba terhadap diri mereka sendiri. antaranya,

1. Relationship : baru couple 2,3 bulan, tengok2 dah married. wah! melampo kome nyerk! bila dah putus, pandai pulak tukar ' Si Polan went from being "in a relationship" to "single". ' apasal tak letak divorce dulu? widowed ka. jujur la sket.


2. Nama Profile : nama mau bunyi omputih. Rapeah Evans la, Sabtoyah Chance la, Mail Cullen la, Rosmah Bieber la, Jaapar Torres la, Mariam Ozawa la. nampak la hot sikit, ye tak?


3. Nama Akhir : bagi yang dah "married" la sangat, nama hujung di letaknya nama pakwe yang belom tentunya jadi suami yang sah satu hari nanti, apa la dosanya letak nama bapak kat belakang tu. nak membajet dekat memember ke?


4. Profile info : haaa, yang ni aku suka, rules dia punya la panjang, contohnya " i'm not approve a stranger " kononnya! tapi bila aku add, approve jugak. pa cer kak? btw, mekasih bebanyak lah ya.


5. Status : yang ni pon aku suka jugak. terbahagi kepada :
  • status panas terlampau kalah gambar Zarina Anjulie seksi" cilake, ingat aku lahap sangat balak kau tu, gotohel la! "
  • status bajet artis. " tadi I pegi watson, beli Oxa, jerawat dah tumbuh 2 bijik."
  • status bajet boleh kenyang " lapar laa.. huhuhu "
  • status jiwa. " I sayang die, tapi kenapa die gay??? huhu "
  • status nak perhatian. " boring!!! "
6. Event : yang ni memang macam puaka! " tolong like pic saya plez..." , " try klik event ni dulu " , " korang sporting tak? " , jom tolong ramai-ramai ". kalau nak ajak makan kenduri takpa jugak.. pffftt!


7. Profile picture : gambar mesti ala ala photoshoot, tengah makan laa, depan cermin toilet Pavilion la. baru glemer.
tak pon letak gambar abang abang korea atau kakak kakak korea yang muka plastik tu. tomeeeyyyy!


8. Bahasa comel : "akue asew nak capel lew, capew capew nark capel nan akue ta?" 
"akue ta cuke owg y bjet hawt, bagak, ply boyz, bt caket atie jew "
adik adik oii, aku mengambil masa yang lama nak faham the whole sentences okay. jujur ni!


9. Gila likers : 
"tekan like kalau korang jumpa 4 kat bawah ni
44444444444444444444444444444444444444444444
44444444444444444444444444444444444444444444
4444444444444444444444444444444444444444444
44444444444444444444444444444444444444444444
44444444444444444444444444444444444444444444"


10. Photo album : nama album yang ' random, wall photo, me,    ' memang sah sah penuh dengan gambar dia jaa.. trust me! describe sikit pasal gamba tu, " sorry, I tak se'HOT' uols  ♥ "
alooo tomey tomeyy..~
ok, sebenarnya banyak lagi benda yang membabitkan pesbuk ni. dah la tu, cukup la 10 jaa.. 


last but not least, yang nombo 6 tu memang aku takleh trima. hari hari notification aku berpuluh puluh, sekali bukak, keluaq event yang 'Like-like' bagai ja yang berlambak. tak ka kecilakaan namanya.

p/s : entry yang ramai tersentap, tapi ni la kenyataan.
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

5 December 2011

Kengerian Ketika DEMAM!

sekadar gambar hiasan. 
Bila demam, sakit-sakit sikit, mesti mood dengan perangai kita berubahkan?
dari perangai sejahat jahat puaka, terus jadi se 'innocent-innocent' makhluk, ye dak?
dari kuat melawan cakap orang, terus jadi pendengar yg baik.
dari mat rempit, terus jadi orang masjid. okay, yang tu over.

nak di jadikan citer, semalam kakak aku yang nombo 3 demam.
macam biasa, mak aku mesti cakap dia demam sebab malas mandi.
alah! bajet je ayat tu, aku sakit kepala pon mak aku kata  malas mandi jugak.. 

memandangkan cuti2 ni amat membosankan tahap puaka, aku cuba meluangkan atau lebih tepat lagi mensia siakan masa yang ada dengan membaca blog koleksi cerita seram yang bersepah kat google. kalau nak baca, klik sini

tengah tengah sedap feeling scary tahap scary movie 4.
tetiba kak aku yang demam 'meracau-racau'.
peeh! mana ngeri pon. dah la tengah layan citer hantu, boleh pulak dia meracau tepi aku.
kalau Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Tiap Malam dengar, mau dia resign dari jadi pelakon. Sungguh!

nak tau apa yang diracaukan tu?

"kahhh.. pikaaahhh... kak lang nak memanje dengan pikah boleh?"
aku : "wad.. waadd.... waddehel?!" 

p/s : HAHAHA! siryes aku seram bila kakak aku cakap camtu. 
tak penah penah.
dah la selama ni mulut masing masing tajam macam senjata membunuh!

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

3 December 2011

MIMPI : Siapakah dia?

caution : entry kali ni sangat panjang. :)
Malam tadi, macam biasa, sebelom tido, dengaq radio dulu..
lepas dengaq lagu 'Waiting Outside The Lines' dari Greyson Chance sebanyak dua kali..
aku berpuas hati dan mengambil keputusan untuk tido..


di pendekkan cerita, malam tadi aku tak mimpi apa2 pon. tido mati.

yang nak jadi mimpi tu, aku tido lepas subuh laa.
lepas kemas katil, tetiba mata berat dan tertutup sendiri.
so, aku malas nak melawan, aku pon tido la atas timbunan bantal2 yang dah disusun kemas..

nak di jadikan cerita..

mulanya aku mimpi aku naik bas.
taktau la bas tu nak p mana. bukan bas express, tapi bas biasa ja macam city liner tuu..

dari image tingkap yang besar. aku dapat mengagak bas jenis apa.. hehe
pastu bas tu lalu kat selekoh sempit celah-celah club sukan..
dari dalam bas, aku dok usyar la club tu.. kot kot la ada abang hensem yg perlu di beri perhatian..

tiba tiba! fulamak! Lisa Surihani der.. tengok aku pulak tu, siap senyum lagi!
pehh! comel gila, putih dia, toksah dok kata laa, kalau dia lalu sebelah dinding putih, dinding tu pon berkecil hati, rasa nak resign je dari jadi dinding.
ok, yang tu merepek.

alooo tomey tomey..~

lepas jumpa Lisa Surihani, aku pon tertido dalam bas..

ok, bermula la mimpi kedua aku..

tiba tiba ja aku ada dalam apartment lama.
tengok dari retak retak kecil kat dinding, dengan dinding yang dah takde rupa dinding.
memang sah sah la dah lama, ye tak?

dalam mimpi tu, ada sekali kucing oren aku tuu, Tupai namanya.
kes tengok citer Puss in Boot la ni.. kan dah terbawak kucing masok dalam mimpi.

muka tu bagi segak sikit pon takpa..
ok, sambung citer.
masa mimpi tu, aku tengah jalan kat koridor nak p rumah hujung sekali.
corner lot la konon, tapi versi apartment punya.
tapi masa tu aku bukan dengan kucing aku ja.
ada sekali dengan sorang laki ni.

meh aku describe sikit pasal dia.
  •  kulit putih.
  •  tinggi. ada la dalam 4-5 inci dari aku.
  •  keje cakap omputih je dengan aku.
  •  rasanya bukan orang melayu.
  •  nama dan umur tidak dikenal pasti.
  •  good looking. hehe
masa on the way nak ke rumah tu, aku sembang rancak gila dengan budak tu.
bukan guna Bahasa Melayu, kami sembang dalam English!
entah dari mana aku blajaq speaking sampai boleh melawak lagi dengan budak tuu.
macam dah lama kawan. tapi sorry to say, aku tak ingat aku sembang apa dengan dia.

sesampai ja kat rumah tu, aku berkenalan la dengan lagi 2-3 orang.
tak ingat la sapa laki, sapa pompuan. depa ni nampak macam dalam lingkungan 20an gitu la.
cakap omputih jugak. ramah jugak aku dengan depa, siryes macam dah lama kenal.

bila dah malam, tengah dok rancak bersembang, tiba tiba aku tersedaq yang kucing aku si Tupai dah takdak dengan aku. peh! aku takot dia lari keluaq then terjatuh dari apartment tu la.

panik gak la aku, terus aku lari keluaq rumah. kawan laki aku tu try nak halang aku.

"Hei! Don't go outside!"

aku buat tak dengaq ja, terus lari ke tangga.
sebelah tangga tu ada rumah, tuan rumah tu macam kalot kalot nak tutup tingkap-tingkap rumah dia.
aku tanya la dia.

"excuse me sir, did you saw my cat?"

tuan rumah tu terkejut tengok aku, pastu dia terpekik pekik suruh aku blah dari situ.

"what are you doing here?! go back to your home! go!!"

"I'm just looking for my cat." aku try nak explain kat dia, tapi dia marah aku balik.

"just go! it was already night! this place is not safe for you! GO!"

pastu kawan laki aku mai, cepat2 dia tarik tangan aku blah dari situ.
aku pon follow je la. tapi sebelom tu aku sempat pusing belakang, tengok kat tangga, kot2 la ada kucing aku.
dalam samar samar cahaya, sekali tengok ada POCONG kat tangga tu! pehhhh! menggelabah aku, terus paut tangan budak laki tu. budak laki tu sedaq aku dah nampak, dia tarik tangan aku, lari laju gila menuju ke rumah hujung tu balik.

lebih kurang ja
bila dah sampai kat rumah, sempat jugak aku tengok belakang untuk ke sekian kalinya.
kali ni, bukan takat Pocong, Pontianak ja, tapi segala jenis benda lagi la yang aku taktau namanya ada kat belakang. siap senyum lagi tengok aku, nasib takda salah 'sekor' yang tunjuk 'Peace' masa tu. kalau ada, terpengsan terus aku dalam mimpi. ok, yg tu over.

masok je dalam rumah, kunci pintu, tutup tingkap rapat2.
budak laki tu peluk aku..

"Are you okay?" sambil tangan dia usap usap rambut aku..

wahahaha! mana caring pon, dengan pandangan risau plus cuak tengok aku.
nasib aku tak berapa ingat muka dia macam mana. nak ja aku Add dia dalam pesbuk.

ok, sambung citer.
lepas tu, terdengaq dengaq la bunyi pintu di ketok ketok dengan agresif sekali.
tingkap tingkap bagai dikopek kopek dari luar, dinding dicakar cakar. Biadap betol!


dari celah celah ringkap tu, nampak la jari jari tangan yang giler buruk!
kuku panjang! terjulur julur je. cuak gila aku masa tu lantas amik penyapu ketok tangan tangan tu..
tapi aku ketok takde la kuat sangat sebab benda tu boleh ketawa berdekah dekah lagi, nampak sangat tak sakit. mungkin masa tu aku di tindih dengan bantal kot.

dah lama sikit tu, perbuatan yang agresif lagi biadap pon brenti.
aku amik peluang tu untuk intai keluaq tingkap.
sekali intai, dari jauh aku nampak kelibat kucing aku. tanpa mintak kebenaran keluaq dari rumah, aku terus bukak pintu, rembat kucing aku, pastu cepat cepat masok balik dalam rumah.
mesti hantu hantu tu ternganga tengok betapa pantas nya aku sampai depa tak sempat nak buat apa2. har har har

elok elok pintu dah dikunci, aktiviti yang agresif tu bersambung. Tak Guna betol.
ntah dari mana datang nya idea, aku bukak tingkap, aku tunjuk kucing aku kat mereka mereka yg di luar sana. apa lagi, mencicit depa lari! dengan Pocong sekali angkat kain kapan buka langkah besar besar. ok, yang tu karot.

selesai sudah sesi menghalau hantu, terus aku termasok dalam mimpi ketiga. Gelojoh betol!

dalam mimpi tu pulak, aku ada kat stesyen bas express.

"ah! di mana pula aku berada kali ini." getus hati kecilku.
aku merasa sungguh asing. tiada seorang pun manusia yang aku kenali. tiba-tiba aku merasa sangat takut.
oh! tiba-tiba juga aku berasa sungguh sengal berbahasa begini.

ok, sambung cerita..
lepas dah lama berjalan jalan. baru aku nampak kelibat family aku, depa tengah tunggu bas.
wah! muka sorang sorang langsung takde riak risau.
"depa ni kena sumpah ke hapa? *^%^%$@" aku memaki hamun di dalam hati.

dalam dok menyumpah seranah mereka dengan bertubi-tubi, tiba tiba aku terperasan budak laki yg dalam mimpi kedua tadi. dia lambai-lambai aku dari jauh. wah! aku punya syok, rasa macam jumpa kekasih lama ja. hew hew hew...
dia ajak aku sembang kat tempat yg takdak orang. aku pon ikot je la. lagi aku nampak orang, lagi mau menyumpah rasanya.

dia senyum, aku senyum.
bila dah lama jadi duta colgate sampai lenguh tulang pipi, aku dah boring, aku pon bukak mulut.

yes! aku maksudkan dia! hehe

"Errrr, is it you.... or me.. that...."
belom sempat aku nak cakap habis, dia dah gelak.

"errr, you know what I mean, right?" aku tanya dia lagi. nampak macam dia dah dapat tangkap apa aku nak cakap ja budak ni.

"hehe.. yes....." pendek ja dia balas.

yang kat atas tu, aku nak tanya, dia yang panggil aku atau aku yang panggil dia.
sebab masa dalam mimpi tu aku teringat kisah dulu dulu.

dia ada cakap, kalau aku atau dia teringat, rindu, atau what ever la antara satu sama lain. dia suruh aku pikir pasal dia, ataupon dia yg akan pikir pasal aku. nanti kami akan jumpa even dalam mimpi sekalipon.
amboi.. hebat gila!

pastu kami pon teruskan menyembang. haram aku langsung tak ingat apa apa. Ruginya!
dalam dok elok sembang sembang tu. datang pulak 'puting beliung'. HAHAHA!
giler adventure mimpi aku tu. tapi sengal jugak la aku tak diterbangkan angin. mungkin angin tak sanggup nak angkut aku yg berat dah semakin meningkat akhir-akhir ni.

budak tu punya la protect aku. wah! dah macam bini dia ja aku rasa.
nasib puting beliung tu sekejap ja. mimpi terlalu pantas, lepas habis ja puting beliung tu, kami terus sembang sambil jenjalan macam takda apa yg berlaku. sengal ubi betol dua dua orang ni.

**********************

"toooottt! toottttt!" henpon menjerit jerit mintak di jawab.

"WOI pikah! dok kat mana tu?!" terdengar sapaan lembut lagi mesra kakak aku dari hujung talian.

"orang ada la dekat dekat sini dengan ******" aargh! apasal aku taktau nama dia!

"mai cepat! bas nak jalan dah!" bas nak jalan dah? apa maksud dia?

"hrmmm, yala yala..." 

"tuuuuuuuuuutt".. talian di tamatkan.

pastu aku bagitau la budak laki tu yang aku kena pegi dah.
dia kata nak hantaq aku.
tengah on the way nak p stesyen tu. kak aku pulak mai naik moto.
adoii! pelik2 punya mimpi, mana dirembatnya moto tu?

"cepat la naik! bas nak jalan dah!"


"okay.. okay.."

aku pon berlari kearah kak aku. ntah kenapa aku pon turut menggelabah jugak masa tu.
sempat lagi aku toleh belakang tengok budak tu. aku lambaikan tangan dan jerit.

"okay, BYE BYE! :) " 

kata terakhir untuk dia.

"PIKAH! bangun la! dah pukol 10 dah ni!"
tuudia sora petir gerak aku bagun. mana terlompat pon.

okay. itu saja pasal mimpi aku.
rasanya ni la antara mimpi mimpi aku yang tak tergantung.
banyak lagi benda jadi kat aku yg memerlukan protection dari budak laki tu.
tapi tak clear sangat.
seriously, mimpi ni memang bagi kesan dalam hati aku.

kalau la budak laki tu betol betol wujud. nak ja aku cakap kat dia :
"JOM KITA KAWEN!" HAHAHAHA!

p/s : ni baru cerita mimpi tak tergantung. belom lagi cerita pasal mimpi lelaki yg sama dari zaman kanak2 sampai sekarang ni. mau berdarah jari menaip, mau juling mata membaca. keh keh keh.
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥