19 November 2011

Manusia dan Binatang..

best nya pelok singa...~
memang tak dapat dinafikan lagi..
dah clear pon depan mata, manusia lain, binatang lain..

banyak perbezaan yang jelas antara binatang dan manusia..
baik dari segi fizikal mahupun akal yang cerdas.. (cewwah)

bukan tuu ja, perbezaan layanan pon hado tahu?
tengok je la accident kat tepi jalan jalan kampung..
kat bandar pon boleh terbabit jugak tauu!

"MAT REMPIT LANGGAR BABI KHINZIR!"
dua dua nazak.. helmet mat rembit pecah! khinzir yg beratnya 80kg tercampak 10 meter dari tempat kejadian.. peeehhh!

TAPI! cer tengok.. cer pikir..
  • sapa yang di kerumuni orang ramai?
  • sapa yang ditenangkan oleh orang ramai?
  • sapa yang diangkut masok ambulans?
  • sapa yang kalot dikejarkan ke hospital?

dah tentu tentu la kita sebagai manusia......
sapa la yang mulia sangat nak hantaq binatang tu p hospital?

anjing yang terbiar selepas di langgar.. ada sesapa nak hantar g klinik?
 kalau kes "MAK CIK KE PASAR TERLANGGAR KUCING!"
mak cik berdarah kat muka, ada calar calar halus.. kucing patah tulang belakang..

sapa yang orang bawak p hospital?
MAK CIK tuuu jugak!

SEE!
makcik yang kondisinya boleh dikatakan cedera ringan tu pon orang dok kalut hantar p hospital..
kalau kucing?
patah tulang belakang tuu? kita bawak p klinik tak?
ada kita tak kita try tenangkan dia? aku rasa kita lebih risau kan makcik yang bergelar manusia tuu..
kucing yang tak berakal tu dia biarkan mati kat tepi jalan tu je kan?

entry kali ni bukan untuk menyalahkan MAKCIK KE PASAR yg aku jadikan contoh kat atas tu..
tapi aku nak suruh hampa berpikir dan bersyukur..

bersyukur la sebab ada yang nak menolong kita time kita betol betol perlukan pertolongan..
bayangkan kalau kita ditakdirkan menjadi binatang, waktu susah, sakit, ada yang nak tolong ubat kan?
yang bernasib baik macam kucing, burung, mostly pet, memang sah sah la ada yg tolong, ye dak?


bersyukur la kita dilahirkan sebaik baik kejadian..
dan bukan nya sebagai seekor binatang yang tidak dikurniakan akal cerdik seperti manusia..


tapi tu pon ada yang tak bersyukur lagi.. nak terjun KLCC laa.. nak free fall kat BURJ DUBAI laa..
potong nadi, terjun jambatan ala-ala jambatan dalam Final Destination 5..
panjat tiang elektrik then kena renjatan.. bawak moto laju laju dan depakan tangan ala ala Titanic nak karam.. lompat depan kereta api, kononnya stunman dalam video klip lagu Grenade.. cari gaduh dengan mafia sampai kena pancung kat kepala dan yang sekejadian dengan nya..

TAK BERSYUKUR langsung! pfffft!

tu je la untuk kali ni..
sama sama la kita berfikir dan merenung kekurangan dalam diri. cuba la untuk menjadi baik, sebaik baik kejadian.. :)

seumur hidup aku, tak penah lagi jumpa kucing comel cenggini..

p/s : idea entry ni di petik lepas aku terserempak dengan kemalangan antara sorang makcik dengan kambing putih masa on the way p niaga.. (=.=")
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

15 November 2011

Life Is Fair Enough For Us


Good Morning!!!!!
huuuaaaarrppp! *menguap kencang*
bluurrrrrrrrrrrrrr! *senaman bibir*
eeeeeeeeerrrrrrrkkkkkkkkkkk! *sendawa pekat pagi pagi*
heeeeeermmmmmmmmmm! *menjuih bibir*

ke balkoni.. bukak tingkap daaaaann....
hiiiiiyaaaarrrkkkkk! *menggeliat seksi*
bluuurrrrrrrrrrrrrrrrr! *senaman bibir yg seksi*
hik hik! *ketawa manja yg seksi apabila ternampak anak lelaki jiran seberang jalan*

TIBA TIBA!!!!!
"waaaaaaaarghhh!" tergelincir kerana terpijak takungan air di balkoni akibat hujan lebat malam tadi..

mengambil beberapa saat menari nari tarian aneh sebelom jatuh terjelopok di lantai marmar..
OH MAK GUARD! "addddooiiiii! @$#%$##%" menggeluarkan kata kata kesat yg berbunyi ganjil seperti ostrich mengawan sambil menggosok gosok pinggul tanda sakit yg teramat sangat di bahagian tersebut..

"TAK GUNA PUNYA LANTAI! apasal takungkan air kat sini! jatoh saham aku depan anak jiran seberang jalan yang muka macam ADAM LEVINE tu tau tak! S*it! S*al! **************!"
harap maaf. perkataan yg seterusnya terpaksa di censored kerana keterlaluan..

"HIDUP NI MEMANG TAK ADIL!"


haaaa.. dah masok pon tajok aku yang di atas sana...
hidup ni tak adil ke?
anda pasti?
oookaayy.. lets check it out!

tak dinafikan.. kekadang kita rasa hidup ni tak adil..
contohnya..
bila kita nak malukan orang alih alih kita termalu sendiri..
pon kita rasa "Argh! tak adil gila! huh!"
*contoh yang negatif*

tak pon bila kita berusaha bersungguh sungguh GILA untuk pass ADDMATH..
memang bersungguh sangat gila la!
tup tup! kita gagal jugak..
"aku study bagai nak gila.. tak pass jugak addmath aku.. TAK ADIL! huhu"
(perlukah ada HUHU di akhir ayat yg kecewa?)

tapi, pernah tak kita pikir apasal hidup ni SANGGAAAT TAK ADIL?
dan pernah tak kita pikir ADILKAH KITA DALAM HIDUP?

kita selalu cakap hidup tak adil..
kita salahkan hidup..
tapi terpikirkah kita? tersedarkah kita yang kita ni SANGAT ADILKAH dalam setiap perkara yang kita lakukan..

frustrated sikit. salahkan hidup.. "Hidup tak adil!"
cinta kena reject.. "Hidup tak adil!"
gagal addmath.. "kejam! Hidup ni tak adil!"
cold war dengan BFF "tak adil gila Hidup ni.. huhu"

tapi bila kita berjaya..
cinta diterima..
lulus malah A+ addmath..
baik semula dengan BFF..
ada tak kita cakap "ADILNYA HIDUP niii....." ??

actually.. bukan senang mencari adil dalam dalam setiap benda yang berlaku dalam hidup kita..
kalau semuanya adil.. tak best la hidup!


cuba bayangkan kalau hidup hari hari happening ja..
semuanya berjalan dengan lancar..
cinta tak pernah kena reject.. addmath selalu lulus.. takdak jenayah sebab hidup kan adil.. semua orang baik baik ja.. takda pistol, senapang gajah.. takda house maid sebab semuanya kaya, adil la katakan.. takda postman sebab semuanya mampu mampu belaka, buatpa nak jadi postman lagi..
takdak facebook, sebab mark zuckerberg dah senang nak contact kawan dia yang jauh diperantauan, takpayah susah susah berkurung lama lama dalam bilik untuk create facebook.. takda wonderpets sebab haiwan haiwan semuanya hidup aman damai, takda haiwan junior yg kena buli.. tak wujud la KL GANGSTER sebab takda gangster, semua orang baik belaka.. what a boring life! tak mencabar langsung!


so, bersyukur la dengan apa yang kita lalui dalam hidup..
walau seterok mana pon hidup kita, sekurang kurangnya kita diberikan peluang untuk hidup di muka bumi yang luas ni kan..

walaupon kita dilanda kesusahan yang rasanya tak tertanggung sangat2..
percaya la.. selagi kita berusaha.. semakin luas peluang kita untuk melangkah meninggalkan segala kesusahan yg selama ni membendung hidup kita..
semakin banyak kita berusaha untuk mencapai matlamat kita.. semakin dapat kita merasakan yang HIDUP NI SANGAT LA ADIL..
 dan percaya la

gagal sekali tak bermakna selama lamanya gagal..
berjaya selalu, tak menjanjikan berjaya selamanya..

berusaha saja tak cukup wahai sayangku sekalian..
dekatkan lah diri dengan ALLAH agar segala usaha yang kita dah lakukan itu tak sia sia..

ini saja untuk malam ni.. Selamat Malam wahai sayang sayang sekalian..
take care, sweet dream.. :)

p/s : jangan pelik bila aku guna perkataan 'sayang'.. aku budak tengah belajar ni, okay..
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

11 November 2011

Kerja Kerja (part time)


harini jumaat malam sabtu.. malam yang cerah, bulan yang penoh..
hantu hantu pon bebas berkeliaran di langit main kejar kejar walaupon mereka tidak dikurniakan kaki cantik seperti manusia.. namun, kekurangan itu tidak memutuskan selera mereka untuk bergembira dibawah sinaran bulan yang sangat cantik..

ahh! badan lenguh lenguh baru balik dari pasar malam..
susun selendang, angkat selendang, senyum, sengih ala ala anak kerang perasan comel, cover cun depan pakwe orang, main main mata dengan abang gerai seberang jalan, menggoda makcik makcik agar mereka terpesona untuk dijadikan ibu mertua, itulah keja aku. tak senang dah tak susah..

kalau ikotkan,  ni bukan keja namanya..
aku nak je cari keja lain.. aku nak keja betol betol.. bukan macam sekarang ni.. aku main je lebih..
dah la pengangkutan pegi balik ditanggung.. breakfast, lunch, dinner apatah lagi..
merugikan orang ja aku ni..

dulu ada jugak aku bercita cita nak keja kat kedai kedai, shopping complex ka..
tapi, pikir pikir balik, sapa nak hantaq aku p keja..
sedangkan aku nak p skolah, tusyen, pon ayah aku tak berapa larat nak hantaq.. aku p tusyen seberang jalan ja.. even apa yang orang tusyen tu ajaq aku tak paham.. ni kan pulak aku nak keja.. kalau keja seberang jalan tu, boleh la aku jalan kaki.. lagi lagi aku ni budak bawah umo.. memang CANNOT CANNOT CANNOT laa..

sekarang ni yang aku boleh keja pon sebab ada transport free.
tu pon atas alasan tolong.. baru ja keja tiga hari.. jumaat, sabtu & harini, jumaat.. keja pulak part time ja..

dulu aku ada jugak rancang nak keja kedai contact lens la.. kedai baju la.. kedai beg, kedai makan cuci pinggan pon aku penah terpikir kot.. terdesak sangat nak cari duit masa cuti..nasib tak penah terbayang keja jadi cleaner ladies.. pehhh!
aku dengan kawan aku memang plan gila gila dulu..
kat mata dok terbayang duit ribu ribu jaa.. sengal betol !

alih alih.. zaaaaaaaaaaapppppppp! tak payah!!
haaiisyy..
tapi nak buat macam mana.. plan tu terpaksa di batalkan akhirnya..
nak ja aku menitiskan air mata darah mahsuri yang putih suci tu..
tapi...... ta ta taappiiiii... (feeling)

buat masa ni rezeki nak keja macam yang aku angankan tu tak berpihak kat aku..
tapi syukur la.. walaupon plan kami nak keja satu bumbung tak jadi kenyataan..
kawan aku tu dah ada keja sekarang.. nasib dia tak tunggu aku..
kalau tak.. sampai tahun depan pon belom tentu lagi
"our dream come true"

takpa la noohh.. lain kali kita keja sebumbung yaa..
bila aku dah besaq, aku nak jadi doktor..
nanti aku amik hg keja jadi PA aku.. keh keh keh

kedua duanya sedang sibuk berbincang..

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

10 November 2011

Friday 11.11.11

There's nothing strange about 11.11.11.

don't think too much people..
what will happen? what i have to do if..? is something gonna happen to us on that date?
it just a date.. can you see that? what a BEAUTIFUL date today.so, enjoy your day.. have fun guys!

p/s : harini aku keja.. Tanjung Dawai!! wait for me! yeaaahhh!

it 'all' about the money, money, money..
i 'need' your your money, money, money..

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

8 November 2011

Day First (KERJA)

kan best kalau school uniform macam ni..  ♥
memandangkan cuti sekolah dah start jumaat lepas..
aku orang utara cuti hari jumaat okey..

memandangkan aku dah lama niat nak cari duit poket bila cuti ni..
then, kawan aku, ana offer ikot dia dengan kak dia niaga tudung..
tunggu lagi! rembat trus laaa...

so, aku pon ikot ana niaga kat Guar Chempedak hari jumaat tuu..

first day keja! wwaaahh! memang aku excited gila..
kena la dengan shawl yang banyak gila uollss! geram mak, nyah oii! grrrr!
(sambil gigit gigit bibir)

kitorang on the way ke sana pukol 6.30 pagi..
kak dia yang amik aku depan umah dengan bunyi van yang memang tak lain dan tak bukan, van depa lettew!
awal2 pagi kitorang g chop tempat dulu..
lepas dah dapat tempat.. naik kan canopy segala, kak dia ajak breakfast..

aku punya la kelam kabut pagi tu sampai tak sempat jengok mak aku masak apa..
so, tanpa berlengah.. kami pon melangkah pergi maju ke hadapan ke kedai pakcik roti canai..
aku dengan ana order roti canai double dengan teh ais.. fuuuuhh!
aku pon melahap la roti canai double tu macam ular sawo lapo.. nikmatnya sehingga licin pinggan pakcik roti canai tuu.. keh keh keh..

lepas semuanya kenyang mengalahkan anaconda.. kami pon meneruskan tugas mulia kami untuk memajukan ekonomi negara agar menjadi lebih kaya.. pendek kata, start keja la tuu...

balik semula ke tapak kerja.. (waah! macam arkitek pulokk)
kami pon bertungkus lumus menaikkan besi untuk menggantung tudung, shawl, baju, syria dan yang sewaktu dan sekejadian dengannya...

naik gila aku tengok shawl ngan tudung terbaru yang aku kena gantung..
kalau boleh, nak ja aku leleih kan air liur aku masa tu jugak..
nak je aku beli semua pashminas tuu.. 

peehhh!
Peeehhhh!!
PEEEEHHHHH!!!
rambang mata siott...
ni cantik! tu cantik! sana cantik! sini pon cantik.. bercantik cantik laaa!

bila dah pukol sembilan lebih.. baru nampak orang lalu lalang kat situ..
ada yang singgah singgah kat kedai kami.. kak dia la yang tegor orang tu dulu.. aku dengan ana tengok je..
konon konon tengah belajaq la tuuu.. lepas costumers tu blah.. then datang lagi yang berganda dari yang tadi tuu.. baru la kami sibok nak melayan.. ayat pertama yang aku guna adalah ini :-

"Selendang kaakk.. seploh ringgit jer.. tengok la.."

amacam? sopan tak aku menyapa pelanggan? ada nampak macam super saleswoman tak?
ada nampak macam boleh dapat duit ribu ribu dalam sehari tak? keh keh keh..

ana cakap aku selambe ja tegor pelanggan macam tuu.. dia rasa segan.. katanya kak dia ja yang selalu tegor pelanggan macam tuu.. dia  nak gitau harga pon kalau ada orang tanya.. aku baru keja sehari, so, aku taktau benar atau palsu je statement tuu.. (ceeeihh! market jer)

kami pon sambung keja.. orang nak tuu, bagi yang tuu, orang nak macam ni, bagi macam ni..
kalau apa yang orang tu nak dah tak ada.. mostly selendang hitam..

"yang macam ni yang kale hitam ada tak?"

aku membalas..

"errr, takde la kak.. dah habis.. susah nak dapat shawl hitam sekarang ni.. blue black ade laa"

tak pon aku kata..

"alaa kak.. baru je orang beli tadi.. ramai orang suka beli selendang kale hitam nii.."

ataupon

"hurrmm, yang kale hitam takde la kak.. blue black ade la"

hahaha! bajet gila aku.. dah la kekadang aku cakap sambil tersengih..
mesti ada kakak kakak yang tak paham apa yang aku gebangkan..  ngeh ngeh ngeh!

lunch time... aku dengan ana p beli makan.. kak dia bagi duit..
then tempah koe tiau sup pedas giler sebungkus (cam mana nak eja bagi betol ekk)

aku dengan ana beli nasik ayam panggang 2 bungkus..
pastu beli ais 2 bungkus.. melantak la kami tiga orang kat kak dia..
nasik ayam bole tahan la.. tapi, koe tiau sup memang pedas tapi tak gila..
tahap2 aku boleh telan lagi laa.. pakat pakat merasa la aku dengan ana sebab koe tiau sup tu banyak giler.. slrrrp! tiba tiba air liur aku meleleih masa menaip ni.. chooyy!

malam tu, kami balik dalam pukul 11 lebih sebab tunggu abang ana datang..
takot nak tinggal tapak, nanti ada orang yang tak bertanggungjawab merampas tapak kami dengan selamba babi badak jerr..

punya la lambat tunggu abang dia.. rupa rupa nya abang dia p kutip kengkawan dia ajak teman tido..
haddoii.. haru gak la, belom sempat abang dia benti keta, kawan dia kat dalam tu dah lambai..
aku ingat sapa, rupanya POJAN JAMBU! noohh! sengal!

rasa nak ja aku blah dari situ secepat mungkin.. tapi, kak dia pulak dok sembang sembang dengan abang ana.. nak taknak kena tunggu laa.. dah aku p tadi dengan depa, takkan aku nak drive balik tinggalkan depa kot.. sungguh tak bermaruah rasanya.. (LOL! macam reti drive)

akhirnya, selepas beberapa minit, kami pon balik...
terlelap jugak la aku dalam keta.. nasib sebelah aku takda orang..
kalau ada Ricky Kim kat sebelah aku tuu.. mau nya aku bersandar kat bahu dia..
aaauuw!

aku suka style rambut dia!
mix american korean nih.. hotsentap gilerzzzzzz...~ aaaahh! *pengsan!pengsan!*

pfffft! sudah! sudah! jangan lebih lebih pikah.. kang terjatoh cinta pulak kat laki orang ni haaa..
tak pasal pasal bercerai berai pulak dia ni.. keh keh keh!

okaay, sampai di sini je la ekk.. nanti aku buat entry hari kedua pulak.. goodbye everyone! :)
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

3 November 2011

Konon NARNIA lettew? ☻

"I want to spend my lifetime loving you"
"If that is all in life I ever do" ♥ ♥ ♥

Pelik kan.. tiba tiba ja  nak spend seumur hidup aku untuk sayang orang kan..
heeeee..

sebenaqnya, petang semalam aku ada mimpi..
kisah perang dulu dulu.
tapi tak pakai keris la sebab bukan orang melayu..
kononnya zaman omputih lettew.. aauuw!

ada kuda segala, pedang panjang panjang ada archer bagai.. dress pulak yang meleret menyapu lantai..
dah rasa macam dalam citer NARNIA pulak aku ni !
 
aauuww! tiba tiba aku rasa peter sangat hensem dan susan sangat cantik..
 
tapi jalan citer dia dah macam ZORRO pulak..

NOHH! mana hot pon pompuan ni.. aauuw!
 
apa punya mimpi laa.. buat aku confuse jaaa..
 
oleh itu.. untuk mengabdikan kisah mimpi aku yang tragik macam citer ZORRO..
lantas aku menukar lagu blog ni dengan semangat yang berkobar kobar tanpa mengetahui punca sebenar dari mana datang nya semangat itu.. (hamboi! ayat macam tak dak titik)

tiba tiba aku rasa EDMUND sangat KACAK!! auww! *rolling eyes* ♥ ♥ ♥

harap harap mimpi tu akan bersambung..~
hehe..
p/s : orang kata mimpi petang petang boleh jadi kenyataan.. hahaha! *tipu*

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥