19 November 2011

Manusia dan Binatang..

best nya pelok singa...~
memang tak dapat dinafikan lagi..
dah clear pon depan mata, manusia lain, binatang lain..

banyak perbezaan yang jelas antara binatang dan manusia..
baik dari segi fizikal mahupun akal yang cerdas.. (cewwah)

bukan tuu ja, perbezaan layanan pon hado tahu?
tengok je la accident kat tepi jalan jalan kampung..
kat bandar pon boleh terbabit jugak tauu!

"MAT REMPIT LANGGAR BABI KHINZIR!"
dua dua nazak.. helmet mat rembit pecah! khinzir yg beratnya 80kg tercampak 10 meter dari tempat kejadian.. peeehhh!

TAPI! cer tengok.. cer pikir..
  • sapa yang di kerumuni orang ramai?
  • sapa yang ditenangkan oleh orang ramai?
  • sapa yang diangkut masok ambulans?
  • sapa yang kalot dikejarkan ke hospital?

dah tentu tentu la kita sebagai manusia......
sapa la yang mulia sangat nak hantaq binatang tu p hospital?

anjing yang terbiar selepas di langgar.. ada sesapa nak hantar g klinik?
 kalau kes "MAK CIK KE PASAR TERLANGGAR KUCING!"
mak cik berdarah kat muka, ada calar calar halus.. kucing patah tulang belakang..

sapa yang orang bawak p hospital?
MAK CIK tuuu jugak!

SEE!
makcik yang kondisinya boleh dikatakan cedera ringan tu pon orang dok kalut hantar p hospital..
kalau kucing?
patah tulang belakang tuu? kita bawak p klinik tak?
ada kita tak kita try tenangkan dia? aku rasa kita lebih risau kan makcik yang bergelar manusia tuu..
kucing yang tak berakal tu dia biarkan mati kat tepi jalan tu je kan?

entry kali ni bukan untuk menyalahkan MAKCIK KE PASAR yg aku jadikan contoh kat atas tu..
tapi aku nak suruh hampa berpikir dan bersyukur..

bersyukur la sebab ada yang nak menolong kita time kita betol betol perlukan pertolongan..
bayangkan kalau kita ditakdirkan menjadi binatang, waktu susah, sakit, ada yang nak tolong ubat kan?
yang bernasib baik macam kucing, burung, mostly pet, memang sah sah la ada yg tolong, ye dak?


bersyukur la kita dilahirkan sebaik baik kejadian..
dan bukan nya sebagai seekor binatang yang tidak dikurniakan akal cerdik seperti manusia..


tapi tu pon ada yang tak bersyukur lagi.. nak terjun KLCC laa.. nak free fall kat BURJ DUBAI laa..
potong nadi, terjun jambatan ala-ala jambatan dalam Final Destination 5..
panjat tiang elektrik then kena renjatan.. bawak moto laju laju dan depakan tangan ala ala Titanic nak karam.. lompat depan kereta api, kononnya stunman dalam video klip lagu Grenade.. cari gaduh dengan mafia sampai kena pancung kat kepala dan yang sekejadian dengan nya..

TAK BERSYUKUR langsung! pfffft!

tu je la untuk kali ni..
sama sama la kita berfikir dan merenung kekurangan dalam diri. cuba la untuk menjadi baik, sebaik baik kejadian.. :)

seumur hidup aku, tak penah lagi jumpa kucing comel cenggini..

p/s : idea entry ni di petik lepas aku terserempak dengan kemalangan antara sorang makcik dengan kambing putih masa on the way p niaga.. (=.=")
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

Comments
6 Comments

6 comments:

Izwan Oppugno Creed said...

haha.orang tidak menolong binatang sebab diorang tahu binatang tu sudah sah2nya ahli syurga.Manusia ni yang perlu ditolong.Manala tahu dia dapat hidayah disebaleknya. :)

Cik Syafiqah said...

hang tau tak pa.. tp siryes kesian kalau accident yg melibatkan binatang ni.. binatang sakit, kita bukan boleh buat apa.. tengok je laa.. bersyukur aku manusia.. :)

Izwan Oppugno Creed said...

kalo aku,aku lebih suka jadi binatang sbab memang dah dijanjikan syurga :p

Cik Syafiqah said...

bersyukur je la wei.. macam la hg boleh patah balik masa, masok dalam rahim binatang pulak.. hahaha

my story yaa said...

setiap kali baca blog pikah aku menjadi insaf.. deeee ^_^
baik nye hati kawanku niee... hee..

Cik Syafiqah said...

@my story yaa : tak sangka hg baca jugak blog aku..
aku pon taktau sejak cuti ji aku jadi semacam ja.. hahaha