11 November 2011

Kerja Kerja (part time)


harini jumaat malam sabtu.. malam yang cerah, bulan yang penoh..
hantu hantu pon bebas berkeliaran di langit main kejar kejar walaupon mereka tidak dikurniakan kaki cantik seperti manusia.. namun, kekurangan itu tidak memutuskan selera mereka untuk bergembira dibawah sinaran bulan yang sangat cantik..

ahh! badan lenguh lenguh baru balik dari pasar malam..
susun selendang, angkat selendang, senyum, sengih ala ala anak kerang perasan comel, cover cun depan pakwe orang, main main mata dengan abang gerai seberang jalan, menggoda makcik makcik agar mereka terpesona untuk dijadikan ibu mertua, itulah keja aku. tak senang dah tak susah..

kalau ikotkan,  ni bukan keja namanya..
aku nak je cari keja lain.. aku nak keja betol betol.. bukan macam sekarang ni.. aku main je lebih..
dah la pengangkutan pegi balik ditanggung.. breakfast, lunch, dinner apatah lagi..
merugikan orang ja aku ni..

dulu ada jugak aku bercita cita nak keja kat kedai kedai, shopping complex ka..
tapi, pikir pikir balik, sapa nak hantaq aku p keja..
sedangkan aku nak p skolah, tusyen, pon ayah aku tak berapa larat nak hantaq.. aku p tusyen seberang jalan ja.. even apa yang orang tusyen tu ajaq aku tak paham.. ni kan pulak aku nak keja.. kalau keja seberang jalan tu, boleh la aku jalan kaki.. lagi lagi aku ni budak bawah umo.. memang CANNOT CANNOT CANNOT laa..

sekarang ni yang aku boleh keja pon sebab ada transport free.
tu pon atas alasan tolong.. baru ja keja tiga hari.. jumaat, sabtu & harini, jumaat.. keja pulak part time ja..

dulu aku ada jugak rancang nak keja kedai contact lens la.. kedai baju la.. kedai beg, kedai makan cuci pinggan pon aku penah terpikir kot.. terdesak sangat nak cari duit masa cuti..nasib tak penah terbayang keja jadi cleaner ladies.. pehhh!
aku dengan kawan aku memang plan gila gila dulu..
kat mata dok terbayang duit ribu ribu jaa.. sengal betol !

alih alih.. zaaaaaaaaaaapppppppp! tak payah!!
haaiisyy..
tapi nak buat macam mana.. plan tu terpaksa di batalkan akhirnya..
nak ja aku menitiskan air mata darah mahsuri yang putih suci tu..
tapi...... ta ta taappiiiii... (feeling)

buat masa ni rezeki nak keja macam yang aku angankan tu tak berpihak kat aku..
tapi syukur la.. walaupon plan kami nak keja satu bumbung tak jadi kenyataan..
kawan aku tu dah ada keja sekarang.. nasib dia tak tunggu aku..
kalau tak.. sampai tahun depan pon belom tentu lagi
"our dream come true"

takpa la noohh.. lain kali kita keja sebumbung yaa..
bila aku dah besaq, aku nak jadi doktor..
nanti aku amik hg keja jadi PA aku.. keh keh keh

kedua duanya sedang sibuk berbincang..

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

Comments
0 Comments

No comments: