8 November 2011

Day First (KERJA)

kan best kalau school uniform macam ni..  ♥
memandangkan cuti sekolah dah start jumaat lepas..
aku orang utara cuti hari jumaat okey..

memandangkan aku dah lama niat nak cari duit poket bila cuti ni..
then, kawan aku, ana offer ikot dia dengan kak dia niaga tudung..
tunggu lagi! rembat trus laaa...

so, aku pon ikot ana niaga kat Guar Chempedak hari jumaat tuu..

first day keja! wwaaahh! memang aku excited gila..
kena la dengan shawl yang banyak gila uollss! geram mak, nyah oii! grrrr!
(sambil gigit gigit bibir)

kitorang on the way ke sana pukol 6.30 pagi..
kak dia yang amik aku depan umah dengan bunyi van yang memang tak lain dan tak bukan, van depa lettew!
awal2 pagi kitorang g chop tempat dulu..
lepas dah dapat tempat.. naik kan canopy segala, kak dia ajak breakfast..

aku punya la kelam kabut pagi tu sampai tak sempat jengok mak aku masak apa..
so, tanpa berlengah.. kami pon melangkah pergi maju ke hadapan ke kedai pakcik roti canai..
aku dengan ana order roti canai double dengan teh ais.. fuuuuhh!
aku pon melahap la roti canai double tu macam ular sawo lapo.. nikmatnya sehingga licin pinggan pakcik roti canai tuu.. keh keh keh..

lepas semuanya kenyang mengalahkan anaconda.. kami pon meneruskan tugas mulia kami untuk memajukan ekonomi negara agar menjadi lebih kaya.. pendek kata, start keja la tuu...

balik semula ke tapak kerja.. (waah! macam arkitek pulokk)
kami pon bertungkus lumus menaikkan besi untuk menggantung tudung, shawl, baju, syria dan yang sewaktu dan sekejadian dengannya...

naik gila aku tengok shawl ngan tudung terbaru yang aku kena gantung..
kalau boleh, nak ja aku leleih kan air liur aku masa tu jugak..
nak je aku beli semua pashminas tuu.. 

peehhh!
Peeehhhh!!
PEEEEHHHHH!!!
rambang mata siott...
ni cantik! tu cantik! sana cantik! sini pon cantik.. bercantik cantik laaa!

bila dah pukol sembilan lebih.. baru nampak orang lalu lalang kat situ..
ada yang singgah singgah kat kedai kami.. kak dia la yang tegor orang tu dulu.. aku dengan ana tengok je..
konon konon tengah belajaq la tuuu.. lepas costumers tu blah.. then datang lagi yang berganda dari yang tadi tuu.. baru la kami sibok nak melayan.. ayat pertama yang aku guna adalah ini :-

"Selendang kaakk.. seploh ringgit jer.. tengok la.."

amacam? sopan tak aku menyapa pelanggan? ada nampak macam super saleswoman tak?
ada nampak macam boleh dapat duit ribu ribu dalam sehari tak? keh keh keh..

ana cakap aku selambe ja tegor pelanggan macam tuu.. dia rasa segan.. katanya kak dia ja yang selalu tegor pelanggan macam tuu.. dia  nak gitau harga pon kalau ada orang tanya.. aku baru keja sehari, so, aku taktau benar atau palsu je statement tuu.. (ceeeihh! market jer)

kami pon sambung keja.. orang nak tuu, bagi yang tuu, orang nak macam ni, bagi macam ni..
kalau apa yang orang tu nak dah tak ada.. mostly selendang hitam..

"yang macam ni yang kale hitam ada tak?"

aku membalas..

"errr, takde la kak.. dah habis.. susah nak dapat shawl hitam sekarang ni.. blue black ade laa"

tak pon aku kata..

"alaa kak.. baru je orang beli tadi.. ramai orang suka beli selendang kale hitam nii.."

ataupon

"hurrmm, yang kale hitam takde la kak.. blue black ade la"

hahaha! bajet gila aku.. dah la kekadang aku cakap sambil tersengih..
mesti ada kakak kakak yang tak paham apa yang aku gebangkan..  ngeh ngeh ngeh!

lunch time... aku dengan ana p beli makan.. kak dia bagi duit..
then tempah koe tiau sup pedas giler sebungkus (cam mana nak eja bagi betol ekk)

aku dengan ana beli nasik ayam panggang 2 bungkus..
pastu beli ais 2 bungkus.. melantak la kami tiga orang kat kak dia..
nasik ayam bole tahan la.. tapi, koe tiau sup memang pedas tapi tak gila..
tahap2 aku boleh telan lagi laa.. pakat pakat merasa la aku dengan ana sebab koe tiau sup tu banyak giler.. slrrrp! tiba tiba air liur aku meleleih masa menaip ni.. chooyy!

malam tu, kami balik dalam pukul 11 lebih sebab tunggu abang ana datang..
takot nak tinggal tapak, nanti ada orang yang tak bertanggungjawab merampas tapak kami dengan selamba babi badak jerr..

punya la lambat tunggu abang dia.. rupa rupa nya abang dia p kutip kengkawan dia ajak teman tido..
haddoii.. haru gak la, belom sempat abang dia benti keta, kawan dia kat dalam tu dah lambai..
aku ingat sapa, rupanya POJAN JAMBU! noohh! sengal!

rasa nak ja aku blah dari situ secepat mungkin.. tapi, kak dia pulak dok sembang sembang dengan abang ana.. nak taknak kena tunggu laa.. dah aku p tadi dengan depa, takkan aku nak drive balik tinggalkan depa kot.. sungguh tak bermaruah rasanya.. (LOL! macam reti drive)

akhirnya, selepas beberapa minit, kami pon balik...
terlelap jugak la aku dalam keta.. nasib sebelah aku takda orang..
kalau ada Ricky Kim kat sebelah aku tuu.. mau nya aku bersandar kat bahu dia..
aaauuw!

aku suka style rambut dia!
mix american korean nih.. hotsentap gilerzzzzzz...~ aaaahh! *pengsan!pengsan!*

pfffft! sudah! sudah! jangan lebih lebih pikah.. kang terjatoh cinta pulak kat laki orang ni haaa..
tak pasal pasal bercerai berai pulak dia ni.. keh keh keh!

okaay, sampai di sini je la ekk.. nanti aku buat entry hari kedua pulak.. goodbye everyone! :)
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

Comments
0 Comments

No comments: