3 December 2011

MIMPI : Siapakah dia?

caution : entry kali ni sangat panjang. :)
Malam tadi, macam biasa, sebelom tido, dengaq radio dulu..
lepas dengaq lagu 'Waiting Outside The Lines' dari Greyson Chance sebanyak dua kali..
aku berpuas hati dan mengambil keputusan untuk tido..


di pendekkan cerita, malam tadi aku tak mimpi apa2 pon. tido mati.

yang nak jadi mimpi tu, aku tido lepas subuh laa.
lepas kemas katil, tetiba mata berat dan tertutup sendiri.
so, aku malas nak melawan, aku pon tido la atas timbunan bantal2 yang dah disusun kemas..

nak di jadikan cerita..

mulanya aku mimpi aku naik bas.
taktau la bas tu nak p mana. bukan bas express, tapi bas biasa ja macam city liner tuu..

dari image tingkap yang besar. aku dapat mengagak bas jenis apa.. hehe
pastu bas tu lalu kat selekoh sempit celah-celah club sukan..
dari dalam bas, aku dok usyar la club tu.. kot kot la ada abang hensem yg perlu di beri perhatian..

tiba tiba! fulamak! Lisa Surihani der.. tengok aku pulak tu, siap senyum lagi!
pehh! comel gila, putih dia, toksah dok kata laa, kalau dia lalu sebelah dinding putih, dinding tu pon berkecil hati, rasa nak resign je dari jadi dinding.
ok, yang tu merepek.

alooo tomey tomey..~

lepas jumpa Lisa Surihani, aku pon tertido dalam bas..

ok, bermula la mimpi kedua aku..

tiba tiba ja aku ada dalam apartment lama.
tengok dari retak retak kecil kat dinding, dengan dinding yang dah takde rupa dinding.
memang sah sah la dah lama, ye tak?

dalam mimpi tu, ada sekali kucing oren aku tuu, Tupai namanya.
kes tengok citer Puss in Boot la ni.. kan dah terbawak kucing masok dalam mimpi.

muka tu bagi segak sikit pon takpa..
ok, sambung citer.
masa mimpi tu, aku tengah jalan kat koridor nak p rumah hujung sekali.
corner lot la konon, tapi versi apartment punya.
tapi masa tu aku bukan dengan kucing aku ja.
ada sekali dengan sorang laki ni.

meh aku describe sikit pasal dia.
  •  kulit putih.
  •  tinggi. ada la dalam 4-5 inci dari aku.
  •  keje cakap omputih je dengan aku.
  •  rasanya bukan orang melayu.
  •  nama dan umur tidak dikenal pasti.
  •  good looking. hehe
masa on the way nak ke rumah tu, aku sembang rancak gila dengan budak tu.
bukan guna Bahasa Melayu, kami sembang dalam English!
entah dari mana aku blajaq speaking sampai boleh melawak lagi dengan budak tuu.
macam dah lama kawan. tapi sorry to say, aku tak ingat aku sembang apa dengan dia.

sesampai ja kat rumah tu, aku berkenalan la dengan lagi 2-3 orang.
tak ingat la sapa laki, sapa pompuan. depa ni nampak macam dalam lingkungan 20an gitu la.
cakap omputih jugak. ramah jugak aku dengan depa, siryes macam dah lama kenal.

bila dah malam, tengah dok rancak bersembang, tiba tiba aku tersedaq yang kucing aku si Tupai dah takdak dengan aku. peh! aku takot dia lari keluaq then terjatuh dari apartment tu la.

panik gak la aku, terus aku lari keluaq rumah. kawan laki aku tu try nak halang aku.

"Hei! Don't go outside!"

aku buat tak dengaq ja, terus lari ke tangga.
sebelah tangga tu ada rumah, tuan rumah tu macam kalot kalot nak tutup tingkap-tingkap rumah dia.
aku tanya la dia.

"excuse me sir, did you saw my cat?"

tuan rumah tu terkejut tengok aku, pastu dia terpekik pekik suruh aku blah dari situ.

"what are you doing here?! go back to your home! go!!"

"I'm just looking for my cat." aku try nak explain kat dia, tapi dia marah aku balik.

"just go! it was already night! this place is not safe for you! GO!"

pastu kawan laki aku mai, cepat2 dia tarik tangan aku blah dari situ.
aku pon follow je la. tapi sebelom tu aku sempat pusing belakang, tengok kat tangga, kot2 la ada kucing aku.
dalam samar samar cahaya, sekali tengok ada POCONG kat tangga tu! pehhhh! menggelabah aku, terus paut tangan budak laki tu. budak laki tu sedaq aku dah nampak, dia tarik tangan aku, lari laju gila menuju ke rumah hujung tu balik.

lebih kurang ja
bila dah sampai kat rumah, sempat jugak aku tengok belakang untuk ke sekian kalinya.
kali ni, bukan takat Pocong, Pontianak ja, tapi segala jenis benda lagi la yang aku taktau namanya ada kat belakang. siap senyum lagi tengok aku, nasib takda salah 'sekor' yang tunjuk 'Peace' masa tu. kalau ada, terpengsan terus aku dalam mimpi. ok, yg tu over.

masok je dalam rumah, kunci pintu, tutup tingkap rapat2.
budak laki tu peluk aku..

"Are you okay?" sambil tangan dia usap usap rambut aku..

wahahaha! mana caring pon, dengan pandangan risau plus cuak tengok aku.
nasib aku tak berapa ingat muka dia macam mana. nak ja aku Add dia dalam pesbuk.

ok, sambung citer.
lepas tu, terdengaq dengaq la bunyi pintu di ketok ketok dengan agresif sekali.
tingkap tingkap bagai dikopek kopek dari luar, dinding dicakar cakar. Biadap betol!


dari celah celah ringkap tu, nampak la jari jari tangan yang giler buruk!
kuku panjang! terjulur julur je. cuak gila aku masa tu lantas amik penyapu ketok tangan tangan tu..
tapi aku ketok takde la kuat sangat sebab benda tu boleh ketawa berdekah dekah lagi, nampak sangat tak sakit. mungkin masa tu aku di tindih dengan bantal kot.

dah lama sikit tu, perbuatan yang agresif lagi biadap pon brenti.
aku amik peluang tu untuk intai keluaq tingkap.
sekali intai, dari jauh aku nampak kelibat kucing aku. tanpa mintak kebenaran keluaq dari rumah, aku terus bukak pintu, rembat kucing aku, pastu cepat cepat masok balik dalam rumah.
mesti hantu hantu tu ternganga tengok betapa pantas nya aku sampai depa tak sempat nak buat apa2. har har har

elok elok pintu dah dikunci, aktiviti yang agresif tu bersambung. Tak Guna betol.
ntah dari mana datang nya idea, aku bukak tingkap, aku tunjuk kucing aku kat mereka mereka yg di luar sana. apa lagi, mencicit depa lari! dengan Pocong sekali angkat kain kapan buka langkah besar besar. ok, yang tu karot.

selesai sudah sesi menghalau hantu, terus aku termasok dalam mimpi ketiga. Gelojoh betol!

dalam mimpi tu pulak, aku ada kat stesyen bas express.

"ah! di mana pula aku berada kali ini." getus hati kecilku.
aku merasa sungguh asing. tiada seorang pun manusia yang aku kenali. tiba-tiba aku merasa sangat takut.
oh! tiba-tiba juga aku berasa sungguh sengal berbahasa begini.

ok, sambung cerita..
lepas dah lama berjalan jalan. baru aku nampak kelibat family aku, depa tengah tunggu bas.
wah! muka sorang sorang langsung takde riak risau.
"depa ni kena sumpah ke hapa? *^%^%$@" aku memaki hamun di dalam hati.

dalam dok menyumpah seranah mereka dengan bertubi-tubi, tiba tiba aku terperasan budak laki yg dalam mimpi kedua tadi. dia lambai-lambai aku dari jauh. wah! aku punya syok, rasa macam jumpa kekasih lama ja. hew hew hew...
dia ajak aku sembang kat tempat yg takdak orang. aku pon ikot je la. lagi aku nampak orang, lagi mau menyumpah rasanya.

dia senyum, aku senyum.
bila dah lama jadi duta colgate sampai lenguh tulang pipi, aku dah boring, aku pon bukak mulut.

yes! aku maksudkan dia! hehe

"Errrr, is it you.... or me.. that...."
belom sempat aku nak cakap habis, dia dah gelak.

"errr, you know what I mean, right?" aku tanya dia lagi. nampak macam dia dah dapat tangkap apa aku nak cakap ja budak ni.

"hehe.. yes....." pendek ja dia balas.

yang kat atas tu, aku nak tanya, dia yang panggil aku atau aku yang panggil dia.
sebab masa dalam mimpi tu aku teringat kisah dulu dulu.

dia ada cakap, kalau aku atau dia teringat, rindu, atau what ever la antara satu sama lain. dia suruh aku pikir pasal dia, ataupon dia yg akan pikir pasal aku. nanti kami akan jumpa even dalam mimpi sekalipon.
amboi.. hebat gila!

pastu kami pon teruskan menyembang. haram aku langsung tak ingat apa apa. Ruginya!
dalam dok elok sembang sembang tu. datang pulak 'puting beliung'. HAHAHA!
giler adventure mimpi aku tu. tapi sengal jugak la aku tak diterbangkan angin. mungkin angin tak sanggup nak angkut aku yg berat dah semakin meningkat akhir-akhir ni.

budak tu punya la protect aku. wah! dah macam bini dia ja aku rasa.
nasib puting beliung tu sekejap ja. mimpi terlalu pantas, lepas habis ja puting beliung tu, kami terus sembang sambil jenjalan macam takda apa yg berlaku. sengal ubi betol dua dua orang ni.

**********************

"toooottt! toottttt!" henpon menjerit jerit mintak di jawab.

"WOI pikah! dok kat mana tu?!" terdengar sapaan lembut lagi mesra kakak aku dari hujung talian.

"orang ada la dekat dekat sini dengan ******" aargh! apasal aku taktau nama dia!

"mai cepat! bas nak jalan dah!" bas nak jalan dah? apa maksud dia?

"hrmmm, yala yala..." 

"tuuuuuuuuuutt".. talian di tamatkan.

pastu aku bagitau la budak laki tu yang aku kena pegi dah.
dia kata nak hantaq aku.
tengah on the way nak p stesyen tu. kak aku pulak mai naik moto.
adoii! pelik2 punya mimpi, mana dirembatnya moto tu?

"cepat la naik! bas nak jalan dah!"


"okay.. okay.."

aku pon berlari kearah kak aku. ntah kenapa aku pon turut menggelabah jugak masa tu.
sempat lagi aku toleh belakang tengok budak tu. aku lambaikan tangan dan jerit.

"okay, BYE BYE! :) " 

kata terakhir untuk dia.

"PIKAH! bangun la! dah pukol 10 dah ni!"
tuudia sora petir gerak aku bagun. mana terlompat pon.

okay. itu saja pasal mimpi aku.
rasanya ni la antara mimpi mimpi aku yang tak tergantung.
banyak lagi benda jadi kat aku yg memerlukan protection dari budak laki tu.
tapi tak clear sangat.
seriously, mimpi ni memang bagi kesan dalam hati aku.

kalau la budak laki tu betol betol wujud. nak ja aku cakap kat dia :
"JOM KITA KAWEN!" HAHAHAHA!

p/s : ni baru cerita mimpi tak tergantung. belom lagi cerita pasal mimpi lelaki yg sama dari zaman kanak2 sampai sekarang ni. mau berdarah jari menaip, mau juling mata membaca. keh keh keh.
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

Comments
4 Comments

4 comments:

stereohearts said...

hahaha .. jeles aku dgn mimpi akak ni .. bdw nice dream . :)

Prof.Kampus said...

kut la nk mimpi aku ka . . HAKHAKHAK

Cik Syafiqah said...

stereohearts : haha! nasib baik mimpi ja..

Prof. Kampus : kalau mimpi hg, dah jadi mimpi ngeri dah tu. haha

syakirah izwanie said...

Best mimpi awak :) Saya selalu mimpi jugak. Tapi, saya ni pelupa. Hikhok :) Sayang jeeeee :')