14 December 2011

Tragedi Cucur Bawang..

hai bebi bebi sekalian...
lepas entry Trend di Facebook yang lepas. jujur aku cakap, aku takda idea nak update blog.
pasal apa? aku pon taktau. sembelit buih kot.
hrmmmm, mungkin?

so, tanpa berfikir panjang mahupon pendek, aku nak share pasal kes cucur bawang atau bahasa kedahnya 'Cucuq' bawang. (hampir sama ja bunyinya, saja nak panjangkan entry)

critanya begini. malam semalam, ntah apakehel taktau la, mengidam nak makan cucur bawang.
pagi tu sarapan, mak aku dah buat dah. tapi macam biasa, lepas subuh, aku 'tertidoq'.
bangun pulak tengah hari, tak sempat nak merasa la kiranya.

so, aku pon try la nak buat sendiri malam tu.
punya la semangat berkobar kobar,
"AJA AJA CUCUQ BAWANG!" bak kata pelakon citer Full House.
dengan mangkuk di tangan kiri, manakala sudu teh di sebelah kanan. berapi-api aku membancuh tepung. tak di nafikan. memang kelihatan hodoh dari jauh.
  •  tepung! (check)
  • bawang! (check)
  • air panas mendidih didih! (check)
  • garam secukup rasa (check)
bila api dah panas, aku pon masukkan la adunan tadi dalam kuali.
"aikkk! apasal horror semacam ja rupa cucuq ni?"

tepung2 tu bercerai berai dalam kuali. bergaduh ka?
tambah kecilakaan, bukan takat bercerai berai, tapi lekat pulak kat dasar kuali.
waaaargghhh! geram! geram!
rasa macam nak lambung anak sedara aku sampai kena kipas syiling ja.

"takkan tak jadi kot cucuq aku tu? DEM!" nak mengcover kemaluan, aku cepat2 asingkan minyak, basuh kuali dan segala bahan bukti.

siryes aku rasa kemaluan yang teramat sangat. HAHAHA
selama ni, buat sambal, nasik goreng, spaghetti, dan yang sewaktu dengannya, okay je pon.
mai kat buat cucur berderai derai bagai. malu nyewww..
malu dia macam tersalah masuk toilet laki, rasa macam termengurat mak nyah. macam maruah aku diinjak injak. rasa macam dah dinodai 3 malam yang lepas.
rasa macam...... aahhh! hampa imagine sendiri laa.

sapa taktau cucur bawang macam mana.
naaahhh! usyar gambaq ni.

hai, saye cucur bawang. ada rupa macam fasha sandha tak?
ni gambar google ja ok. mak aku punya cucur bawang lagi gorjes. seksi gituu..

last but not least. kalau sapa2 penah jadi macam aku ni. cucur tak jadi ka.
basuh seluar sampai terkoyak celah kangkang ka.
meh la share kat aku. kalau ada yang berminat. tinggalkan link kat bahagian komen. aku nak baca. ^_^
okay, cucuq bawang aku tak jadi. cucur kau ade? :p

p/s : sorry, aku tak reti buat cucuq bawang.
sapa2 yang nak amik aku jadi menantu, haruslah anda pikir 2,3 kali. HAHAHA
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

Comments
3 Comments

3 comments:

Prof.Kampus said...

haha! kantoi x penah buat sblum nih. Cucuq bawang tu 'cucuq manis' kan kan kan, dah lma mak aku x buat. :)

Syafiqah Jamaludin said...

Prof.Kampus : HAHAHA! bukan tak penah buat. tapi tak penah menjadi cucuq nya..
cucuq manis?
taktau nak kata laa.. aku panggil cucuq bawang.. heee

cikk jue said...

staii laa hg :) suka baca blog hg wehhh , lawakk :D