22 December 2011

RESULT PMR !!!

seperti yang anda ketahui.
harini Result PMR dah keluar.
haahh. amacam? "ada ketar ketar ka adik adik semua?"
*melody mamak roti canai*

ketar tak ketar, takut tak takut. atau dalam bahasa Kedahnya, serot tak serot.
keputusan dah pon dalam genggaman.. teheeee..~

so, harini aku nak kongsi pengalaman aku amik result PMR tahun lepas.
hampa nak tau tak? kalau nak tau, baca sampai habis. :)

23 Disember 2010 : 6.30 a.m.
bagun pagi dengan air liur kering sampai ke pipi. Tenang.
dengan langkah yang terhuyung hayang sampai langgaq habis kerusi meja, aku p mandi.
semayang subuh dan doa untuk kesekian kalinya. (last minute prayer)
" Ya Allah Ya Tuhan ku, KAU permudahkanlah urusanku pada hari ini. apa saja keputusan yang akan aku peroleh, aku terima. "
dalam hati masa tu. " paling kurang, 6A pon takpa laa "

7.15 a.m.
sarapan Spaghetti Goreng Tom Yam.
makan dengan penuh selera. Tenang.
Mak langsung tak bukak mulut pasal result yang akan keluar jam 10 nanti.

8.30 a.m.
bersedia nak p sekolah.
Mira dah calling2. tunggu kat mana, p pukol berapa.
ayah pon langsung tak bukak mulut pasal result.
dia hantaq aku p sekolah macam nak p latihan umah sukan petang2 ja.

9.00 a.m.
dah tercegat depan sekolah pon. geng pon dah ada.
ada Mira. kami lepak kat stage merah hati depan tapak perhimpunan.
2-3 minit kemudian, Jue pon sampai.
" weeeii, aku ketaq weeii. aku takot laa.. agak2 result aku dapat apa?!"
alahai peah sorang ni. dia punya ayat, terus jantung aku tambah speed.
"ok, pikah. Relaaaakssss. coooool." tapi tak tenang jugak.
pastu mai pulak budak2 pandai. depa pon dok kata 'ketaq ketaq'.
Dem! makin bertambah denyutan jantung aku. Fuuuuu!
*gabra tahap pertama*

9.30 a.m.
dari tapak perhimpunan. dah nampak cikgu2 tengah sibuk pasang memasang dalam dewan sekolah. pasang apa? aku pon tertanya tanya.
pastu keluaq la sorang cikgu ni. sambil tersenyum senyum kat kami. tapi aku tak berapa pasti dia senyum kat
'kami' atau kat 'kami kami yang di sana' (budak2 pandai sebelah aku)
"pa hal cikgu ni? dia senyum kat sapa?" dok pikir2 gak aku, nak senyum balik ka?
sambil dok senyum2 tu. cikgu tu angkat tangan dia, tunjuk 6 jari.
"Aaaaaahhhh! apa pulak kali ni?? 6 jari untuk sapa pulak?"
hati aku memberontak.

aku dengan Mira tanya la.
"6? ada apa dengan 6? mungkinkah ini cinta? :)"
ok, yang tu tak penah terjadi.

sebenarnya
"6? apa yang 6 nya cikgu? jangan la buat kami tertanya tanya"
siryes masa ni memang hati aku memberontak gila.
macam nak rebut ja Result dari tangan cikgu yang tengah semak Result dalam bilik Result.

cikgu tu jawab " kamu lah. 6A! "

"HAAAAAAAHHH????!!!" aah! prasangka apa pulak kali ni..
aku jadi blur terus. innocent ja muka sekor sekor masa tu.
dalam kepala aku memang dah set. " cikgu tipu! "

10.00 a.m.
cikgu cikgu arahkan semua student berkumpul kat dewan.
tak kesah la, dok kat dalam dewan ka, kat luar.
aku dengan kengkawan yang lain pilih port baik punya.
depan tingkap betol2 tepi stage dewan. memang semuanya clear!
abang2 hensem, cikgu2 bujang. abang cleaner, muka semuanya jelas belaka. ♥
masa tu, dia punya ketaq, toksah dok kata la.
memang takut siot. gigi aku dah berlaga laga sesama sendiri.
*gabra tahap dua*

10.30 a.am.
Result telah pon diumumkan.
bermula dari 5A. satu persatu nama kawan sekelas aku kena panggil.
mula nya aku target aku 5A. tunggu punya tunggu, takde poooonnnn... :(

lepas tu depa umum 6A pulak.
masa tu aku rasa macam nak nangis ja.
memang dalam hati aku dok menyanyi lagu
"Impossible...~ impossible..~"
air mata pon dah bertakung, tunggu masa nak jatuh ja.
takot wei!

"I'm waiting, waiting, just waiting, I'm waiting! Waiting Outside the Lines...."
haaiisy.. Greyson Chance memang memahami aku la.

"dah 5 orang dah kena panggil, mana nama aku ni?"
aku tunggu lagi.
antara dengar tak dengar.
"Syafiqah Bt Jamaludin!"

aku dok tercegat lagi dekat tingkap tu..
kengkawan aku yang lain dah bersorak dah.
"YEAAAHHH! kan aku dah cakap. cikgu takkan tipu kita punya la." 
suara Mira yang gila dekat dengan telinga aku. menyentap gila! terus aku tersedar. (cewah!)

10.45 a.m.
Result dah pon dalam tangan.
aku tak sempat nak check apa yang aku A, apa yang aku B.
terus aku call Rumah aku.

Mak jawab. (dialog)

"Hallo."
"Assalamualaikum mak!"
"W'salam. ada apa?"
"6 mak! 6!!!"
aku dah start nangis. siap melutut kat atas tanah masa tu. dah macam drama petang2 ja bila teringat balik. nasib terlindung dengan kreta cikgu2.
"apa yang 6 nya?"
"huuuuuuu......" (dah takleh cakap)
"6 makkk.. 6............"
"yala 6. apa yang 6 nya?"
"6 mak.. takda D pon..."
"takda D? abis tu? ada C laa?"
dengan tenaga yang tinggal sisa sisa ja. tarik nafas dalam2, aku sambung.
"orang dapat 6A mak. 6A 2B."
".....................???" mak aku tengah interpreting the data.
"AL-HAM-DU-LILLAH... nak suruh ayah amik pukul berapa?"


fuuuuhhh! lega gila. takot jugak aku masa tu.
mana la tau, kot mak aku cakap "pasai pa tak dapat 8A?"
tak ke naya?


11.00 a.m
aku p balik kat kengkawan aku. depa yang check result aku, apa yang A, apa yang B.
lepas tu, Kak Chik aku mesej.
"woi ten! brapa A?"
DEM! bukan reti nak bagi salam. dah tu, tanya A ja.
aku pon bagitau la dia berapa aku dapat. alih2 ni ja dia balas.
"wooitt! KH dapat B.? BI, A kot. macam tak caya ja. HAHAHA!"
Tak Guna. tak bersyukur langsung.


pastu Abang Ngah aku call.
"Amacam result?"
"macam tu laa.. 6 ja. 2 lagi B"
"Alhamdulillah. apa yang B?"
"KH... dengan maaaathhhhh........" (nangis)
"ok. takpa2. pikah start study betol2 bila?"
"3 minggu lepas raya.."
"ok, takpa la tuhh, kalau study awal2, kan boleh dapat lebih. nanti pulon SPM pulak."


lebih kurang la macam ayat abang aku tahun lepas.
aku pon ingat2 lupa ja ni.


12.00 noon.
lepas kengkawan yang lain amik result.
sembang2 sat, nangis2 segala. sampai bengkak2 mata.
kami pon balik..
aku tak sempat salam cikgu cikgu. :(


okay.. tu je la pengalaman aku pasai Result PMR.
takda la bagus sangat. bila pikir2 balik.
rasa macam BODO ja KH boleh B.
kalau time ujian bulanan, benda tu yang nak skor pon.


Math pulak. memang aku lemah. sampai ayah aku pon pening kepala pikir pasal aku.
awal awal lagi aku dah agak. math aku memang tak A masa PMR nanti.
so, apa yang aku pikirkan, dah jadi kenyataan. yes, memang aku tak kecewa pon.


last minute study.
memang tertulis dalam diari hidup aku. aku pon taktau macam mana nak ubah perangai tu.
terbawak2 sampai la sampai sekarang. 
bila dah Form 4, disebabkan last minute study aku tu, banyak subject yang aku tak skor.
kebanyakkannya cukup2 makan ja. sekarang ni baru aku sedar.
zaman kegemilangan "tuah last minute" aku dah tamat. Form 3 dengan Form 4 banyak perbezaan.


p/s : Next year, I will be a DIFFERENT person. HEHE

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

Comments
0 Comments

No comments: