19 January 2013

Malu yang Sinonim.

Pagi tadi seawal pukul 7 pagi aku dah tercanggak depan rumah menungu ketibaan Limousine berwarna keemasan milik kawan rapatku. Seperti yang sudah dijangka, beberapa minit selepas itu, kawanku Rai menghubungiku dan memaklumkan sekeras-kerasnya bahawa "Aku on the way nih!"

Lebih kurang pukul 8.30 pagi, Wani rakan seperjuangan yang boleh tahan hebat juga perjuangannya pula menelefonku.

"Hello pikah, sorry wey. kami lupa nak ambik hang tadi. sekarang ni kami dah sampai Yan.."

aku yang masih dalam keadaan mamai kerana tertidur tanpa sengaja serta sedikit terpinga-pinga mulai timbul rasa pasrah..

"owh yaka. takpa la.. takpa la kalau macam tuu.."

"HAHAHAHA! dak la wey. kami dah ada depan lorong hang dah ni.. HAHAHA"

okay.

fine.

HAMPA MEMANG KUAJAAAQQQ! mencik!
so bermula la kisah aku harini..
pagi tadi aku ikut depa (Rai dengan Wani) berserta abang Rai (Abang Rusydan) pi New Distributor Seminar. seminar pasai apa? sorry, aku perlu merahsiakannya~ hikhik!

masa kat seminar tu kami diberi 3 helai kertas yang tertulis nombor-nombor dari 1-50.
kami diarahkan membulatkan dan menyambung nombor yang tertera mengikut urutan dari 1-50 dalam masa 1minit. dalam masa yang sama kami dipaksa makan bekfes (sarapan) iaitu nasik lomak~

abang-abang hensem yang smart dan berkerjaya serta berpengalaman turut ditugaskan untuk mengganggu concentration kami. so, aku memang of cos le terkial-kial nak mampuih cari nombo. dengan nafsu makan yang terlalu ghairah sampai membuak-buak. dengan tugasan menda apa ntah. dengan godaan untuk menatap muka abang-abang hensem yang memang diminta untuk ditatap lama-lama. memang ramai ah keliling kami ni (aku, rai, wani) ini memang laaa.. MEMANG. memang aku rasa sangat sukar dan mencabar kekuatan nafsu aku. phewwww

Imma in dilemma. "jangan la kacau I, bang.... huhu"
lepas dah habis makan. kami pon berpusu-pusu masuk ke dalam dewan semula..
TIBA-TIBA Incik MC (pengacara majlis) semak tugasan yang kami buat tadi dan.. :

ni apa ni garis-garis saja? tak BULAT nombo pon! *panggil nama*

ni pulak punya la contiaaanggg! (conteng) orang dah kata tadi garis elok-elok! *panggil nama*

haaa ni lagi sorang. dia punya la BULAT.... BULAAAAT ja nombo tuh! garis tak, pun! ni sapa punya ni? SYAFIQAH JAMALUDIN!!

OMG OMG OMG OMG OMG OMG OMG OMG OMGGGGGGG!!

"cheq... pasai pa cheq tak sambung nombo-nombo ni? dok keja bulat ja pasai pa??"

OMG OMG OMG OMG OMG OMG!!

"errr.. sayaaa.. saya tak sempat.. gulp!"

"laaaa.. pasai pa tak sempat pulaaakkk..."

DEM DEM DEM DEM DEM DEM DEM!!

"er.. tadi.. taaad... tad tadi depa kacauuuu.. "

"haa! sapa kacau dia tadi! sapa kacau dia tadi? tunjuk! tunjuk! sapa kacau Syafiqah nih! tadi Syafiqah makan dak?"

YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH..

"sambil buat nombo tu sambil makan.. ehehe"

"laaa cheq.. pasai pa sambil buat sambil makan cheqqq? buat la dulu bagi habis.. lepaih tu baru la makan.. haaiissyy"

DEMMMMMMMMMMMMMMM

"errr.. tadi depa suruh makan.. saya makan laa.."

okay..

aku rasa....

malu. DEM -______-

*********************************

lepas makan tengah hari.. depa cabut 5 nama untuk buat 1 sketsa.
Incik MC pon memaklumkan yang nama-nama tu diambik secara rambang masa pendaftaran. kononnya.
So I Prayed. really really wished that I AM NOT ONE OF THEM WHICH I THOUGHT WERE LE CLOWNS.

but maybe this is the right time for me to be all known. Famous Amos, maybe.. So,

"SYAFIQAH JAMALUDIN!!"

lantas terdengar la suara-suara sumbang..

"laa.. kesian nya hang pikah.. go pikah! go pikah!" Sorak Wani menyuntik semangat kononnya.

"Femes dah dia ni....." No makcik.. NO.. kefemesan dengan cara begini bagi saya... TIDAK PATUT! :(

aku bukannya tak biasa dengan sketsa.. dari Form 4 lagi aku dah terbiasa terjebak dalam kancah sketsa-sketsa ni. tapi sketsa kali ni adalah tanpa suara dan hanya diiringi muzik. water fish??!

so for sure la menari-nari sikit, kan? garu-garu dahi aku pikiaq macam mana la aku nak buat ni..

adoh! mampus la aku! kali ni true mampus punya! *bajet macam gambar yang menggambarkan situasi sebenar*
dalam 5 orang tu.. 3 lelaki, 2 pompuan termasuk aku. 4 orang kena tunggu kat luaq dewan. so seorang abang ditinggalkan di dalam dewan dan mengalami sedikit Tutorial dari Incik MC.
dari luaq aku dah boleh dengaq lagu hindustan terpasang sekuat-kuat alam.
DEMMMMM mampus aku.. dah la pakaian tak menepati majlis. dengan long-skirt-princess-cut-apa-ntah.
memang boleh jadi kes tanggung malu wooo -_____-

pastu Incik MC pon panggil "mai masuk sorang pompuan!"

ohmai ohmai ohmaiii...

"saya takmau buat duluuuuuu.. alaaaa..." aku memujuk.

"kalau takmau buat dulu. kamu buat last. nak?"

"tak tak tak tak.. taknak taknak!"


so, as u can understand. aku lah yang masuk dulu.. deemmm!

"berikan tepukan kepada the best actress kitaaaa! Syafiqahhhh!!"
*tepukkan mana gemuruh pon. At the first time ever, I felt like being humiliated by people without any langsir to cover. YA ALLAH..

"okay Syafiqah.. awak cuba tiru apa yang dia buat"

"ti.. ti.. titi.. tiru apa yang dia buat?"


"yaa.. tiru apa yang dia buat. tengok betol-betol ya.. lepas ni awak kena buat apa yang dia buat satgi. okay?"

"haahhh?! errr o.. oo.. okay. kay. kay. ehe ehe ehe"

makanya muzik pon bergentayangan di udara..

"okay, sekarang turn awak pulak Syafiqah.. awak boleh buat?"

"bob bob bobo boleh.... boleh.. insyaAllah.. err errr"


pastu aku pon buat la..
hareeemmm step aku tak ingat langsung...
aku main buat ikut suka hati aku ja.. well, lagu hindustan kan? buat macam hindustan la..

benda ni kami buat sorang.. sorang.. so, dia macam pasing-pasing tarian la..
dah sampai orang yang terakhir.. nooohhh! satu step apa pon tak sama! dia lagi la buat ikut suka hati dia. hareeemmm HAHA

lepas tu, depa tunjuk balik video yang depa rakam masa kami menari tadi..
OH GOD PLEASE...

MALU GILA WEY!

mana la Iolls nak letak muka niihh? hukhuk!

aku punya malu.. siap tutup-tutup muka dengan fail wey! Incik MC tu siap cakap lagi:

"nah Syafiqah. tengak apa yang kami buat tadi. oi SYAFIQAH! tengok laa!"

lepas tu 'hahahahahaha' aku dengaq orang gelak.

okay. aku rasa "fineeee.. aku dah perbodohkan diri aku. MALU la gile!"

tapi aku sendiri pon tergelak-gelak jugak la tengok diri sendiri.
"aku ke tu? HELL YEAH!" hahaha

by the way, malu nak mampus tu memang la ada. gila weyh! sampai 2 kali aku naik stage sebab 'aku noob', mau nya tak rasa malu lagi? tapi positif la.. bila lagi aku nak experience benda-benda macam ni lagi kan?

kalau pi event ja, asyik-asyik berpura-pura ayu. bosan jugak la hidup guwa der! hahaha

MALU itu la yang akan dikenang lama dan menjadi kenangan manis dalam hidup setiap insan. kerana apa?
of cos la KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA.. :)
P/S : aku rasa macam batak syok sendiri pulak bila setiap situasi ada tetempek gambaq aku. dah la balik rumah baru boleh snapped gambaq. gambaq via webcam pulak tu. memang bataakkk sangat ni HAHA
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

Comments
0 Comments

No comments: