11 October 2012

Aku Ceraikan Kau Dengan TALAK 3!


"Aku dah lama niat nak ceraikan kau! sekaranglah masa yang sesuai untuk menjandakan kau!"
terdengarlah laungan keras seorang suami yang begitu nekad untuk membatalkan perkahwinannya bersama isteri... maka, berjurai-juraianlah air mata sang isteri menanggung perit kerana beliau bakal menjadi janda tidak lama lagi...


AHHH sudah!

semua yang di atas langsung takda kena mengena dengan hidup aku okay.
drama petang petang sejak kebelakangan ni pon tak terbit lagi dialog macam ni..
saja dok mereka ayat gramatis. well, SPM is around the corner kan?
sekali hang corner, naahaaiii ketemu SPM...

sh*t sh*t sh*t sh*t. hahaha

oh yaaa... kembali kepada "Aku Ceraikan Kau bla bla bla bla..."

well.. pagi tadi aku mimpi aku kawin uoollllsssss...
aaahhh!! what a dreammmmmzzzz~~ AHA AHA AHA!

ish! macam mana aku nak start ni? satgi terOVER emotion pulak.
naaahhh! KAU HENGAT KAU DIVA mimpi kawin grand grand?

okay, aku mimpi aku kawin..

aku tak pasti aku kawin sebab apa..

aku tak pasti perkahwinan tu diadakan tahun bila..

lepas aku SPM kah?

lepas aku errr.. teman mak aku pi kenduri kah?

atau lepas aku friend dengan abang abang hensem dalam facebook?

well, actually dalam mimpi tu tetiba ja aku kawin.. ehehe

but guess what?

aku sempat rasa aku punya WEDDING RECEPTION okayyyy!!

what a inspiring dream..

slightly baby pink mixed brown caramel baby baby woaahh~

English style, romantic surrounding.. ehehe

just imagine my future wedding~ aahh! verangan la hang.. :3

my HUSBAND?

aku rasa dia businessman. dan hensem. hohohooo

I don't know why, but my instinct keep 'screaming' "BUSINESSMAN!"

what about me?

I am a _____.
okay, aku taktau aku sapa masa tu.
yang pasti..

AKU LEBIH BERFIKIRAN MATANG dan LEBIH ELEGANT.
whahahaha! seriously, tetiba aku rasa cun gila dalam mimpi tu.
yala, aku dah besaq kot masa tu. ngeh ngeh
daannn, bertudung..

so, enough with le description na.
here le story beginzzz~

aku dah kawen dengan dia and of course kami pi honeymoon~ okay syok nyaaa!

tapi yang aku tak puas hatinya, tempat tu BUKAN ROME!
wth wth wth! why not ROME? why???? :(

no wonder la terjadi malapetaka masa honeymoon tu.
dah la tempat langsung tak dikenal pasti.
tetiba pokok besaq bapak depan villa.
ehem! repeat, VILLA. HAHAHAHAHA

kan aku dah kata. aku mesti OVER... show off pulak tu.
padahal mimpi je pon... ahahaha

sincerely, tempat tu memang la cantik.
tapi pelik okay.

dah la dalam mimpi tu, tak pegi jenjalan pon.
kami keja melepak atas pokok ja.

bayangkan, laki bini yang baru kawin tapi habiskan masa honeymoon melepak atas pokok.
what a dem dem dem honeymoon eva. -__________-

tapi dalam mimpi tu, aku syok serupa tu jugak.
bersayang sayang lagi dengan husband aku. ahahaha
husband aku sweet okay. aku sayang dia gila kot.
tapi reality nya SPM pon tak lepas lagi weeeyy..

tadi aku ada sebut malapetaka kan?
yes!
ntah macam mana, muncul hurricane ke hapa ntah. gempa bumi kot.
habis semua nya wey. aku taktau apa yang dah jadi.

DAAAANNNN.. aku tetiba bangun nak terkencing. DAMN

tapi, lepas menyahtinja segala galanya.
mimpi tu bersambung balik uolllsssss.. sak sak sak -__-


yang aku takleh lupa, masa malapetaka tu, aku yang selamat kan 'suami' aku wey.
ohoiii bangga gila.
tapi dia bukan reti nak mengenang budi.


balik ja dari honeymoon, dia dah berubah.
dia jadi pendiam okay. peehh! aku rasa macam benda tu jadi betul betul wey.
risau risau risaaauuuu sangat...~ T_T

maybe, kepala dia terhantuk dekat ranting ranting pokok kot. tu pasal dia jadi macam tu
okay, bukan salah dia (anggapan seorang isteri yang solehah)

dua tiga hari lepas tu, dia tak balik rumah.
pastu mak mertua aku datang. menziarah la kononnya.

pastu paksa aku makan ubat. you know, makan ubat...
aah malas nak mention ubat apa. HAHA satgi hampa kata aku pandai sangat pulak.
ahahahha tapi aku tak makan pon ubat yang dia bagi tu. ntah apa apa ja aku tengok ubat tu.

one thing, aku rasa mak mertua aku tak suka aku.
aku taktau sebab apa. tapi masa 'kawin' haritu, semua dah restu.
beliau pon bukan main syok lagi dapat menantu yang bertauliah macam aku ni.

takkan dia pon terhantuk ranting pokok kot.
amboi menipu sangat alasan macam tu. nak berubah jugak la ek?
no way mak mertua, no way!

*******************************

masa laki tak balik balik rumah, aku dapat berita dia ada pompuan lain wey.
aku sendiri pon pernah nampak kot. fak fak fak. dasar &$R%$$^!
hang tau tak aku dah selamatkan hang? dem you

sedih gila wey... dulu bukan main sayang lagi kat aku.
siap tolong masak. sweety sweety lagi wey.
agaknya memang betul teori aku.
memang betul la dia terhantuk ranting pokok haritu. :'(

pastu aku pi meluahkan perasaan aku kat kawan kawan aku.
menangis nangis aku. sampai basah bantal. perit jugak rasa orang curang dengan kita ni kan?
haissyyy..

tapi tak sangka okay, kawan kawan aku jadikan aku tabah gila.
walaupon bila di pikirkan balik, reality nya, aku tak kenal langsung depa tu.
tetiba mimpi, jadi kawan baik. nice man!

by the way, ada sorang laki ni, masa aku kawin haritu. dia punya la frust.
tapi lepas dapat tau laki aku jadi macam tu, dia macam syok pulak.  kuang haja ye kuang haja.

sakit hati gila kot. memang ar memang :

" LELAKI SEMUA SAMA JA! "

pastu laki tu cakap
" Syafiqah jangan la sedih... aku kan ada.. "
okay, aku telah berjaya ditenangkan.... hahahah voddo okay voddo

then, aku nekad gila.
aku ajak kengkawan aku tu teman aku balik rumah.
ingat nak ambik barang barang aku.

unfortunately, masa aku masuk bilik sorang sorang nak ambik barang..
kawan aku tunggu kat bawah.. okay, rumah kami 2 tingkat...
dalam bilik tuuu..
aku nampak laki aku tengah sedap tido dengan pompuan lain.
WATTEHEL?!!

tapi yang pelik sangat nya..

aku tak menjerit.

aku tak marah.

aku tak meraung.

aku tak melulu kat katil pastu pukul-pukul laki aku dengan beg tangan pon.

tapi yang aku buat.

" Eh eh.. suami orang tengah tido dengan pompuan jalang laa.. tak malu nya "

laki aku pulak terjaga, gosok gosok mata then tunjuk aku sekeping gambaq.
fine. GAMBAQ DIA BERPELUK DENGAN POMPUAN TU ATAS KATIL.
masa tu, aku rasa laki aku mabuk.

yala, gambar tu sebagai bukti laki aku curang okay..
senang senang ja dia tunjuk kat aku. aku pon, why not, merampas dengan bergaya nya gambaq tu dan lari laju-laju turun bawah. cepat-cepat aku pass gambaq tu kat kawan aku.
" Syafiqah! kau jangan nak biadap ya! kau tunggu situ. kau tunggu! "
laung laki aku dari atas. okay, aku tunggu dia. -_____-

elok dia turun bawah dia tanya aku" mana gambar tu? mana gambar tu?! "

" I dah buang dah. :P " okay dia percaya. HAHA

" Aku memang dah lama niat nak ceraikan kau Syafiqah! aku menyesal kawin dengan kau! "
wey wey wey wey. amboihhh sedap gila kata menyesal kawin dengan aku. dasar lelaki tak mengenang budi.
kalau aku tau hang macam ni, aku biaq ja hang kena telan dengan pokok besaq masa honeymoon dulu.
saks la saks. -_____- sedih nya..

" I datang sini pon sebab nak mintak Khuluk dekat you. I dah tak tahan dengan perangai you! "
godai la godai. haissyy awat la aku tak ber'hang aku' ja dengan dia tadi.
aku masih bersopan jugak dekat dia even dia dah macam puaka dekat aku.
well, sudah terbukti yang aku memang baik walaupon dalam mimpi. aahh nyenyenyenye~

" Syafiqah, aku ceraikan kau dengan TALAK 3! "

maka, jatuhlah talak ba'in kubra keatas aku~
tak boleh rujuk hang tau tak? haaiissyy kalau dia gila talak, aku taktau laaa..
mampuih ar kalau nak buat style cina buta. -____-

tamatlah sudah pengalaman aku sebagai seorang isteri.. :'(

kini aku sudah menjadi janda.

sedihnya, tak sempat nak dapat anak yang comel comel dengan husband aku yang hensem tu.. :'3

secara umum nya, aku rasa husband aku dibomohkan..

why?

well, naluri seorang isteri la katakan.
instinct aku tetap kuat okay walaupon dalam mimpi.

terjaga ja dari tidoq, aku pi crita kat mak aku.

" Mak, orang mimpi kena cerai talak 3 mak "

" amboih! banyak tengok drama la ni "

pastu mak aku pi crita kat mak cik aku.
okay, aku rasa malu gila. -______-

sekian sahaja la nohhh.. nak SPM dah ni, makin aneh pulak mimpi mimpi aku.
ehee

dulu lepas trial, aku keja mimpi jadi pelarian ja. lari sana lari sini.
tiap tiap malam, dengan lelaki yang berbeza. dan yang pasti mereka sangat adorable.
auw auw! nasib tak berlaku perkara yang tak diingini.
mak aku mesti bangga dengan aku sebab pandai jaga diri. muehehehe

kinda.... okay I believe it. ehehe
one more one more!

Saya doakan Syafiqah berjaya dalam SPM nanti. dan dapat membanggakan mak dan ayahnya dengan keputusan yang cemerlang. Amin


..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

Comments
1 Comments