7 February 2012

OH! Aku Hampir Mati.

aku mintak maaf kepada readers blog aku sebab lama tak update.
#wah! memang hebat gila kalau aku 'betol2' ada readers. "huhu"

err.. terasa kekok pulak aku nak menaip harini. tapi aku nak update jugak!!!
peehh.. kalau la semangat berkobar-2 mengarang blog ni diterapkan dalam menulis karang BM.
dah lama rasanya aku jadi ahli sastera. aiceh!

ok, dimana kita tadi?

oh ya! mukadimah terlalu panjang. ayuh kita berbalik kepada tajuk di atas.
AKU HAMPIR MATI? mesti ada yang terdetik dalam hati.
"ohmy! kenapa dia HAMPIR? kenapa tak mati je terus. DEM! la macam ni"

ok, ceritanya begini. cuti Tahun Baru Cina itu hari aku dengan famliy abang aku yang nombo dua ada join gathering dengan family mertua dia kat Port Dickson selama 3hari 2malam. ya, family mertua abang aku. Hal ini bermakna aku tak kenal sapa2 pon, tahu.

tapi, alhamdulillah. berguna jugak muka tak malu aku ni bila di tempat orang. HEHE
eh! lupa nak habaq, mak dengan ayah aku tak ikot okay. cuma abang aku dengan bini dan anak2 dya yang under 5 years old serta nenek kak ipar aku ja yg ikot.
kalau nak hidup dan cuba untuk tak mensia-siakan hari cuti aku dengan bermuka sombong dan acting seperti kerang busuk. aku pon ringan-2kan mulut menegor anak-2 makcik kak ipar aku yg berumur around 8 to 16y. dan hasilnya macam drama tv jugak. aku dapat geng yang ohsem! untuk 3 haritu. YEAAA!

gambar google. PD tidaklah seindah ini.

yang bestnya. kami dok kat apartment yg bila bukak tingkap or keluar balcony je dah nampak beach views.
MESMERIZING, man!
romantik jee biarkan rambut terbuai2 ditiup angin laut dari balcony tingkat 6.

lagi tambah JAKUN aku bila bawah apartment tu ada 'Swimming Pool!'
Wooaa!  DEM! freaking ohsem, dude!
(mesti ramai yg keciankan aku sekarang ni kan. HAHA kfine)

ok, nak di jadikan cerita.
hari kedua lepas berkubang dalam swimming pool yang dalamnya 1.7m sedari pukul 9pagi hingga pukol seploh setengah.
aku and the new geng p terjun laut pulak.
dari pantai, dok geraaam ja tengok orang naik banana boat. grrrrrrr grrr jaa *gigit bibir

sekadar gambar hiasan. sumber-google image.
then, lepas sembang pasal harga. aku, kak ipar aku, cik liza (mak cik kak ipar aku) dengan fatin, dina, fahim (anak2 cik liza) ja yang naik banana boat tu.  abang aku tak mau join kami. takut air ke hape? *riak*

masa naik banana boat tu, toksah kata laa.. bila dia bawak kita ketengah sikit. waaahh! jernih je air PD tu. rasa macam nak nganga mulut luas2 then telan air tu tanpa rasa bersalah ja.
lagi satu, punya la jauh 'pakcik banana boat' tu heret kami. dari pantai depan apartment, sampai la ke rumah api sana tu haa. *menunding jari penuh semangat*

elok2 dekat sikit dengan pantai. pakcik tu buat trick.

"jatuh la kamu wahai manusia!" spoke the devil.
dia pusing boat dia punya la tajam. tercampak kami semua jatuh.
"how DEM you pakcik! I tak reti berenang, tahu! huhu"

punya la panic aku masa tu. dah la kaki tak jejak pasir.
life jacket pon macam cilake. kempis sebelah! mana mampu menampung susuk tubuh modelku ini.
#ah! hampir mati pon mahu perasan lagi. =.="

yang pakcik tu boleh acting kerek lagi. "cetek je, tak dalam mana pon.."
sekali dia terjun. "uiissyy, dalaaammm, dalaaaammm"
HUH! kalau aku diberi kuasa masa tu. nak ja aku KA ME HA ME HA! kat pakcik tu barang sedas dua.
*menjuih bibir

lastly, err sincerely from deep inside my heart. time ride pagi tu tak 'hampir mati' betol2 lagi.

actually, panjang cerita dia.. esok aku sambung. KEH Keh keh..
..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

Comments
1 Comments

1 comment:

Unknown said...

AWESOME!!
Kalau aku jd pakcik tu,ak bawak ampa p tengah2 laut ..baru extreme.

"DEM! aku bawak penat2 bnyk songeh plak bdk nih",kata pakcik pisang.

HAHAHA!