30 May 2012

Alhamdulillah..

"haaa.. oii Syafiqah! nak tunggu berapa kurun lagi baru hang nak update blog?
hang ingat bapak aku bayar bil internet ni semata mata nak suruh aku baca post-post lama hang ja ka?"
okay okay, first of all.

"UOLLSSS sorry ya uols uolsz..
hapa hang ingat mak aku beranakan aku untuk jadi blogger tegar ka?
aku ni student lagi la der. c'mon la. itu hari ada mid year exam. gila ahh nak relaks relaks depan blog masa tu.
nanti kimia kemana, fizik kemana, biology kemana, addmath kemana. satgi Sivik ja aku skor.
tak ke nahaya aku nanti? tak pasal pasal ayah aku Troll 9gag kat aku. haaa kan?"
so, cut it short la ya. aku himpun balik semua cerita yang lepas lepas.
kalau takda orang baca pon 'tidak mengapalah'. at least untuk tatapan anak cucu aku nanti.

"haa.. ni la aktiviti mama masa muda-muda dulu. ni haa masa mama form 5. mama haktive okaayhh! kau hado?"
(bercerita kepada anak anak dengan gaya paling megah dan keji)


1. English Drama Competition. 17 April 2012 (Tuesday)

OMG! harini drama competition kat Sungai Layar.
Ya Allah. I'm shaking! 
macam mana ni? watak nurse masih belom dikuasai sepenuhnya oleh si pathetic, Syafiqah.
tengok lah crita HOUSE berpuluh puluh kali pon, tengok lah CSI beriban riban kali pon. layan lah GERAK KHAS yang menyebabkan penonton berbulu bijik mata pon, aku tetap tak dapat mendalami watak nurse.

Hai, I am Nurse Adilah.
hohoho~ saja tempek muka sendiri dengan berpakaian Nurse dulu.
okay, takda motif.
kenapa mulut tetiba merah? aahh~ jangan di tanya. itulah kesan edit. aku tidak bersalah, tahu!

A nurse with her patient and err.. the black and white soul. err. what?


masa latihan, kejap-kejap jadi nurse yang gedik. rolling eyes segala.
kejap-kejap jadi nurse yang arrogant. konon tegas padahal macam pokok reput dalam hutan.
kejap-kejap jadi nurse yang infected dengan pesakit gila, lantas beliau juga turut menjadi gila.
makanya, wujud lah Le Creizi Nurseeyy~


bila dah sampai hari nak bertanding. mula la confuse macam nak gila.
"kalau aku menggedik atas stage satgi, tak nampak waras pulak aku. tak pasal-pasal confusekan jalan cerita"
"tapi kalau jadi tegas. aku terover pulak. kang tak pasal-pasal memboring kan jalan cerita"
AH! DEM la cam ni. aku nak jadi NURSE YANG MACAM MANA WOI?


Lelaki memakai CINCU merah? adakah beliau cuma separuh lelaki? okay, alasan agak munasabah.

Make-up-ing Le Diva.
Le Diva looked Like A True Diva aite~  eh, tetiba jadi slang selenge ni.
bajet niii.. bajet....

Le Diva after make-up. Am I in the real Insane Hospital?
FEEHH! Le Diva looked sooo hawt! 
"wanna take some picture with me?" said Le Diva crazily.
"gulp! owh please! please! stay away from me! err... I have works to do." said the nurse scarily.

A group of crazy people. aaahh! what a hell. -oo-

bila jam dah menunjuk-nunjuk jarumnya ke angka 12. 
maka, jantung juga semakin kencang memukul dada. terasa seperti kanak-kanak 7 tahun bermain tali skipping di atas dada. seperti mahu tercampak tulang rusuk merata rata. owwh! teroknya gelora hati ini tidak dapat ditahan lagi.. :')


dok dalam dewan dah macam tunggu Tok Kadi menikahkan aku.
berdebar nak mampos U NO! macam nak menangis aku.
terasa sangat over sebab aku Extra ja. HAHA
but like I care. hang tak berlakon, hang diam cukup!


bila kat backstage tuu jangan cerita la wey. berderau darah kejantanan aku.
bila mai part aku. OMG! aku takut suara aku tak kuat ja. without any microphone okay.
kat sekolah aku selalu kena tegoq. suara macam cipan tersepit. (perumpamaan)
tak dengaq okay! suara macam vampire orang putih tu. kan depa cakap macam berbisik sikit. haaa, macam tu laaa. #motif nak kaitkan dengan international level lettew. biasa!



Le Crazy of War looked normal. whyaaa?
owh okay. before make up maybe. ha ha ha

gila beno muka Le Crazy of Money ni. *LCOM*

"owh hai LCOM! you looked very rich! and.... crazy. yeaaa.. errr" 
said the nurse awkwardly.
"here! take my money!" LCOM said proudly with his Monopoli money on his both hands.

the nurse.... #POOOFFF# (disappear)

**************************

aku ingat lagi... masa atas stage aku tersalah sebut nama orang gila. hahaha! sengal toksah dikata la.
nasib main-actress tak tersembur tawa masa tu. kalau tidak, mau aku disepak beramai ramai owww..
dah la masa tengah berlakon tu. boleh pulak budak gila duit pesan kat aku 
"slow slow pikah. jangan laju sangat" HAHA!
nak panjang kan masa kononnya. almaklumlah takda mic, so, tak dengaq apa yg kami bisikkan. 


mummy mummy mummy~
Le Crazy Mummy sedang menampal bedak sejuk di seluruh mukanya.
okay, she's cute! I know that. :)


Le Hungry Black and White soul. oowwhh! mereka seperti manusia biasa jugak kan?
perlukan nasik dan ayam masak merah untuk hidup. aahh sadisnya. :'(


The Nurse telah di ganggu oleh Black and White soul walaupon mereka sudah kenyang.
haiissyy. nampak beno nasik ayam masak merah tu belom cukup mengenyangkan mereka.
dasar perut tong niii..

************************************

balik dari sekolah kaaaaannnn.. Ya Allah. (menenyeh-nenyeh mata)

Le Crazy of Money sedang mengecat~
wait. wait a second.

adakah mata aku salah? LCOM sedang mengecat dinding sekolah aku? apakah?


wat lehel? Le Diva pon mengecat jugak?
apakah yang sedang berlaku?
mengapakah mereka mereka yang tadinya gila tak siuman tiba-tiba menjadi waras?
siap buat keja keja amal mengecat dinding sekolah lagi.
si Diva pula tiba-tiba insaf dan bertudung?
apa mereka sudah gila?
errrrrrrr.. ops! mereka memang gila.

sedihnya, perkara ini masih menjadi tanda tanya dan bualan masyarakat setempat...
oleh itu, jangan biarkan hidup anda diselubungi, Misteri.... kolokolokolo~


siapakah si gila ini? (tertanya-tanya)


okayyyy, dah habis semua selesai. peeehhh! lega kuasa dua youuuu..
tapi bengang sikit ja. kami tak boleh pi tengok result esok.
dah la ada lagi 3 buah sekolah nak bertempur. SMK Ibrahim, SMK Sg Layar, SMK Convent.
depa tu hebat kot. rugi tak dapat pi tengok. cikgu bawak 5 orang ja. :')



2. English Drama Competition - LE RESULT. 18.4.2012

gila hidup aku sehari tu tak tenang.
terasa diri begitu gelisah seperti terhantar surat cinta dekat orang yang salah.
seperti telah menyantau angin kepada orang yang tidak berdosa.
terasa seperti telah jatuh cinta dekat Pak Ya a.k.a Pak Cik Kantin kesayangan semua.

hoh! sampai macam tu sekali aku punya gelisah.
hampa yang dok baca ni jangan dok pikiaq lebih lebih.
aku cuma bagi perumpamaan ja. senang sikit hampa nak paham, kan?
senang ka?

muka bajet ja yang berbaju sukan tu.. alah! dia kan extra~ *rolling eyes*
TETAPI..
kegelisahan aku yang melampau itu tidak sia sia!

Drama Team kami MENANG okay!
menang! bukan menang-gung kekalahan.
menang ya. M.E.N.A.N.G

haa. aku dah siap eja kan untuk hampa.
kalau dok anggap aku melawak lagi. haiissyy, taktau la nak kata apa.
budak baru belajar mengeja, mungkin.

mengejek gaya the black and white soul.. kau hado?
oisssyy. nak buat muka menakut kan konon...
alih alih. nahaaaiii. muka jijik pulak yang terhasil.
maaf lah. tapi aku tetap nak menempek jugak keaiban aku dalam blog ni.
ada sapa sapa kesah?....~ *rolling eyes*


3. Hari Anugerah Sahsiah Cemerlang. 


dua hari selepas dapat keputusan. nooohh. terus pengetua suruh buat 'show'.
walehek? aku rasa macam nak me'reject' ja tawaran tu.
tapi. aku sedar sapa aku...

aku hanya Extra yang hanya tahu berlakon seperti kayu tetapi berpakaian Nurse dan berdialog beberapa kerat cuma. huuw huuw huuw~
akulah seorang nurse yang melutut di tepi gantang... T_T
*dasar extra! ayat dalam blog pon nak acting over-over*

tapi, walau macam mana sekalipon gelora jiwa budak-budak drama.
kami tetap kena berlakon.. kami? depa mungkin. hahaha

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

aahhhhh~
hampa tau tak aku ambik masa 3 hari nak siapkan entry ni?
semua punca anak anak buah aku yang mengganggu.
haih dasar buah. mesti spesis buah durian ni. lem lem lem~

aku rasa cukup kot entry aku kali ni.

Thank you for reading this entry ! ( bajet Fatin Liyana ) 

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

Comments
1 Comments

1 comment:

Unknown said...

nampak bahagia n ceria je dia. Ouchhh!