11 August 2011

Dugaan Bulan PUASA

rasa lama sgt aku tak update status.. sejak bulan posa ni.. kali ni bukan sebab tadak idea ok.. tapi sebab aku sibuk.. bulan bulan posa ni, sibuk nak kejar tusyen, even tusyen start pukul 8.15 (menikmati juadah berbuka)
lagipon time bulan posa ni la sekolah aku nak buat monthly test.. haiissyy.. buzy gila! kalah PM.. (macam la study sangat) =.=

HARINI aku baru ja abis test, dahh di DUGA dgn dugaan yg susah aku nak lupa & terima.. 
ingat lagi dak kucing yang akak aku bawak balik lepas hantar aku g tusyen?
aku panggil dia KICAP.. tapi mak aku panggil KOPI.. best sangat jaga dia.. dia kecik lagi, tak putus susu lg, so, mak aku ikhtiar pinjam BOTOL SUSU kucing kat jiran belakang umah.. kak aku pulak pulon cari vet, nak beli susu kucing... bila susunya dah beli, botol dah ada, SI KICAP tu pulak tak reti nak hisap... haddoihh.. terjerit jerit lapaq.. aku 'tonyoh tonyoh' puting susu tu dalam mulut dia.. dia 'tertolak tolak' taknak hisap.. GERAM gila aku! macam budak kecik (memang pon!) :)
lama lama.. boleh pon dia hisap susu guna botol susu... (selepas beberapa hari mulut kena tonyoh)

time bulan posa nih.. mak aku buat SAMOSAT kat umah org.. kiranya sebelom p keja tuu.. kena laa suap SI KICAP tu makan kenyang kenyang sampai 'bulat' perot dia.. yang sakit hatinya, dia makan xikot time sangat.. ikot 'perot' dia ja.. lapar jaa, bunyi.. asal bunyi je lapar.. orang bersahur, dia pon nak sahur jugak.. lepas subuh, aku nak p sekolah, dia dah ready nak 'meraung' dalam kotak, mintak suap lagi.. sebijik macam anak orang.. :) dia dijaga penoh kasih sayang.. manja tak bertempat.. dengar je la dia bunyi.. SPESIS MANJA.. uweekk! uweeekk!! eeyyiiuuu! eeiiyiuuu..!! (ala ala baby kucing+manusia)

masa aku balik sekolah, dengar ja moto ayah aku, dia dah gelabah dalam kotak.. mula la meraung raung.. kononnya lapar sangat la tuu.. kami 1 family sayang dia.. ayah aku tuu.. lepas parking moto depan umah ja.. dia terus suruh buat susu bagi kucing tu minum "dari tadi lagi dia bunyi tuu, lapaq sangat la tu"
caring siioottt! sampai satu hari tuu.. kak aku baru balik dari tolong mak aku buat samosat, ayah aku suruh kak aku bagi susu kat BUDAK LAPAQ tuu.. ayah aku dah siap bancuh susu dah.. tunggu nak suruh orang suapkan ja.. sayang jugak ayah aku kat anak kucing tuu.. :D

ada satu hari tuu.. SI KICAP tu degil sangat.. dia ngantok, tp bila orang letak dalam kotak.. menjerit jerit nak keluaq.. last last kak aku tinggalkan dia sekor sekor luar kotak.. biaq la dia berkawad depan umah sampai ngatok.. bila dah lama tinggal dia macam tu.. kak aku p la jengok jengok dia... 
naaakk haaaiii! bayangkan la, sekor kucing, yg tengah berjalan, tetiba dia tengah berjalan tu, dia tertido.. haaa! macam tu la gaya nya... tido mati lak tuu.. aku memain telinga dia, tapi tak sedar sedar.. ngantok sangat la tuu.. terlentok kepala dia tido dgn gaya HUDUHnya tuu.. terkekek kekek kami 1 family gelak dgn gaya dia... siap bergambar lagi.. tu pon tak sedar sedar kena flash camera..

semalam dia lain sikit.. dia nampak macam letih, macam ngantok.. tapi tabiat yang sama *degil*.. lagi satu, dia macam nak manja dengan orang, menonyoh nonyoh mulut dia kat kaki orang (ala ala cium) menyendeng nyendeng.. bila aku geli geli perot dia.. dia bagi reaksi LUAR BIASA.. tadak tampar tampar manja, yang ada, dia menepis ala ala sakit bila aku buat macam tuu... semalam pon, aku tak keluaq umah sangat, aku stay dalam bilik ja.. study chemistry dgn math.. sebab hari khamis test subjek tuu.. last day lak tuu.. aku pulon la sikit.. memang rasa terkilan tak keluaq umah sangat.. kalau la masa boleh reverse balik.. semalam la hari yg aku rajin nak keluaq umah!

pagi tadi, aku lewat sikit, tak sempat nak jengok budak tu tido.. sungguh pon rak kasot aku bersebelahan dgn kotak SI KICAP, tapi aku tak dapat hidayah pon nak jengok even sikit dalam kotak tu.. kak sekolah aku rasa bersemangat sikit dari hari yg sebelom ni, tapi, aku tak pasti apasal aku tetiba jadi macam tu...
last period, waktu aku jawab chemist, aku rasa nak jawab cepat cepat then nak balik cepat cepat.. rasa tak sedap hati laa.. bercampur baur... terok kott, sampaikan aku nak tulis pon terketar ketar... menggigil gigil tangan aku berusaha nak habiskan test.. (tak hentam, okeeyy)
tak macam selalu, harini ayah aku amik tepat pada masa dia.. selalunya, aku jadi pak pacak tunggu ayah aku amik.. ayah aku pon macam tak sabaq nak balik jaa.. teknik menyelit dia memang DAHSYAT! keja pecuuuttt jaaa... aku yg kat belakang dia ni, tak abis abis ketaq lagi even tengah on the way balik umah.. instinct aku rasa pelik, macam nak demam pon ada, tersesak sesak nafas aku masa bonceng moto ayah aku...

sampai ja depan pintu rumah.. aku rasa pelik skit, kalau ayah aku nak amik aku balik dari sekolah.. mesti dia tutup pintu gate, tak bagi SI KICAP tu merayap keluaq.. tapi harini tak, gate dibiarkan terbuka.. aku nampak mak terpacak tunggu aku.. dalam masa yg sama, aku nampak SI KICAP terbongkang tido kat luaq kotak... dengan nada berlawak, aku cakap kat mak "tudiiaa budak tu TIDO, terkangkang tak sedar.." lepas tu aku terperasan.. AIR MUKA mak berubah sikit.. slow slow mak kata "dia bukan tido".. paham dengan maksud mak.. aku tuju ke kotak, nak tengok kondisi SI KICAP......

YA ALLAH.. sebak hati aku tengok dia.. nyawa nyawa ikan.. lembik badan dia.. sesekali terkejang kejang sambil keluarkan bunyi yang xsanggup aku dengar.. mak kata "dah akhir dah tuu.. tunggu masa ja.. sekali sekali dia bunyi.. tahan sakit la tuu.." cepat cepat aku lari masok dalam umah sambil tutup telinga.. YA ALLAH.. aku tak tahan tengok kucing tu terseksa sampai macam tu sekali... mak kata dari pagi tadi lagi.. sebelom p buat samosat, dia dah jadi macam tuu.. kak aku buat susu.. dia xmau.. terbaring kekejangan kat situ.. tak dapat aku bayangkan, dari pagi sampai la tengahari menunggu ajal dia... seksanyaa... dalam kiraan aku.. umo dia baru 1 bulan setengah... dah rasa saat saat kematian yg sangat menyeksakan macam tuu... meleleih jugak aku.. setengah jam jugak aku try tabahkan hati.. orang kata jangan sedih lebih lebih sebab tu akan menambah penyiksaan dia.. biarkan dia pergi, redha.. jangan meratap sebelah dia.. lepas aku dah lega sikit.. aku pon keluaq.. aku nak teman dia sampai masa dia DI JEMPUT.. aku nak kurangkan sikit penderitaan dia.. aku usap usap badan dia harap dia tenang.. sesekali badan dia kekejangan sampaikan kepala dia 'TERPULAS' kebelakang.. sunggoh aku tak tahan tengok dia macam tuu.. ayah kata susu yang kami bagi tu, tak sesuai dengan dia.. kalau kita tengok kat tv ada cerita pasal orang di serang sawan.. bayangkan la kucing yg umo tak sampai 2bulan terkejang kejang macam tuu.. dia nak mengadu "SAKIT" pon bukan kita paham... lagi terseksa bila masa dia dah sampai.. mulut dia terbuka.. mata sedikit terbeliak.. nampak sikit dia menghembus nafas terakhir.. YA ALLAH.. aku tak penah mintak pon nak tengok keadaan macam ni... sunggoh aku kata.. dia memberi kesedaran kat aku.. lepas dia dah tak ada lagi.. aku nampak dia tenang sikit.. aku rasa bangga dengan diri aku sebab aku dapat bertahan sampai saat saat terakhir KICAP kat dunia nia... 

2 minggu kami jaga dia.. memang banyak kenangan yg dah kami kumpul bersama.. rasa laaamaa sangat walaupon cuma 2 minggu.. 
pada hari KHAMIS dia datang, pada hari KHAMIS jugak dia pergi.. aku SAYANG dia.. tapiiiii.. SAYANG ALLAH pada dia lebih dari SEGALANYA.. mungkin tempat dia kat dunia ni dengan aku sekeluarga tak lama.. aku redha dia pergi andai tu ja cara nak tamatkan penderitaan dia..

kenangan manis.. comel kan? :)
 
sedangkan SEEKOR kucing yg tak BERDOSA pon bole hadapi saat saat terakhir kematian dia sampai macam tu sekali.. inikan pulak kita MANUSIA yang banyak melakukan DOSA.. adakah lebih terok lagi? wallahualam

renung renungkan lah.. andai ada kesilapan & kesalahan yg aku dah buat selama aku berblogging ni.. maafkan lah aku... YA ALLAH YA TUHAN ku.. jauhkan lah kami dari menghadapi saat kematian yang menyeksakan seperti ini YA ALLAH... 

khamis 29 julai 2011 --> 11 ogos 2011
sekian, Assalamuailakum..

..Baca, Like, Komen dan Share Sesuka Hati ♥

Comments
0 Comments

No comments: